Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, June 1, 2011

Parlimen Radio 24

Begitu sekali terbakar hingga ibarat meletup ledakan gunung berapi daripada tubuh ilmu Pak Sedaro, bilo mano mendongar keletah Prejudis dua orang DJ Radio 24 Bernama pada jam 1830 hingga 1930 siaran hari ini, Selasa 1 Jun 2011 berkenaan isu Parlimen Belia.

Sudahlah nada DJ agak sinis dan pesimis, termasuk juga cubaan provokasi yang akhirnya hanya 4 orang Tukang Karut sempat beri komen sehinggalah mungkin Penerbit atau Pengarah Radio 24 terima panggilan untuk tutup talian awam bagi pendengar. Mako, hampolah sikit Pak Sedaro untuk counter 4 orang komentar yang ternyata "LIAR DAN BEGITU ORIENTALIS" analisa mereka tentang Parlimen Belia.

Syabas Zulkifli Bujang dan Rina yang selia siaran 1 jam berkenaan. Tahniah juga kepada yang terima panggilan Pak Sedaro, kobarnya Bernama akan telefon semulo. Terus sonyap sopi. Siaran Bernama Radio 24 hanya dapat dicapai di KL, Putrajaya dan sebahagian Selangor.

Kepada 4 orang komentar ini, Pak Sedaro nak beritahu bahawa anda semua ialah contoh "penyamun minda positif warga belia" dan "ahli pengkaderan faham Jabariah yang berjaya". Anda telah memusnahkan impian mendalam 20 tahun sebegitu ramai aktivis, penggerak, pejuang dan patriot dalam Arena Pembangunan Belia sejak 1991. Akta 668 yang diwarta pada 20 Julai 2007 merupakan kesan daripada konsistensi aliran perjuangan belia.

Model Parlimen Belia ialah aspirasi Makmal Pembangunan Belia. Semua yang dibentang oleh YAB PM semasa pelancaran mega 28 Mei 2011, iaitu, 5 inisiatif besar tersebut ialah Output Makmal Pembangunan Belia. Proses pembangunan Negara membangun kepada Negara Maju sedang diorientasikan. Gerak lakunya, sedang menjadi ratahan oleh Komunis, Freemasonry dan Syiah yang melabuh sauh kepada sampling 4 komentar pojok berkenaan.

Tahniah Radio 24 kerana "pickup" beberapa perenggan dalam wacana di blog Paneh Miang ini, dalam Parlimen Belia Hak Belia Malaysia. Ini bermakna Paneh Miang merupakan medan rujukan Bernama (Reuters Malaysia). Alhamdulillah, setingkat lagi ilmu PM berlayar.

Untuk re-enery Parlimen Belia, rakyat tidak membaca daripada perspektif lebih lateral, kreatif dan inovasi. Parlimen Belia bukan Dewan Rakyat mahu pun Dewan Negara. Parlimen Belia jika hendak dilangsungkan, maka, Akta 668 perlu ditambah beberapa input baru atau Seksyen Baru misalnya Parlimen Belia mengganti Majlis Perundingan Belia Negara, atau Seksyen terbaru Parlimen Belia (independent).

Hujah Pak Sedaro dalam skrip pertama menjelaskan serba sedikit rasionalisasi Parlimen Belia. Komentar ada yang begitu "biadab" kerana tidak langsung berfikir soal tamadun bangsa. Budaya Ilmu yang dipupuk menerusi Parlimen Belia bukanlah pencabar kepada Dewan Rakyat, kerana kuasa-kuasa politik bukan sandaran Parlimen Belia.

Subjek yang wajar menjadi "galang-ganti" Parlimen Belia, ialah bagaimana setiap Akta/Dasar/Polisi yang bakal dibahaskan atau telah diterima sebagai perbahasan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara boleh menjadi laluan perlaksanaan. Apakah peruntukan-peruntukan Modal Insan yang merujuk kepada pembangunan belia atau isu-isu besar bersabit belia dalam aspek yang membina tamadun Bangsa Malaysia sesuai dengan Gagasan 1 Malaysia merupakan corak nilai yang wajar dibawa bersama.

Apa ke punya gila, bila salah seorang komentar kobarkan Parlimen Belia akan melbatkan ratusan juta wang rakyat Malaysia ke longkang? Parlimen Belia tidak perlu sebuah Dewan Parlimen seperti yang kita nampak hari ini. Mereka yang menjadi pendengar dan penyumbang saran pemikiran korupsi ini, tidak pernah ke Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu bila mana ada sidang khas untuk pemimpin-pemimpin belia.
Salah seorang pendengar beri komen bahawa Kerajaan wujudkan persatuan belia. Ini satu lagi pemikiran HAPRAK dan SAMPAH, sesuailah mereka ini Pak Sedaro tadikakan untuk subjek khas Akta 668 dan Perlembagaan Persekutuan.

MBM tertubuh pada 1948. Lebih awal daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan. 3 orang insan yang berkorban untuknya ialah Almarhum Tuanku Jaafar, Almarhum Tun Razak dan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah (inilah pemula pergerakan belia). Terima kasih kepada Tuanku Sultan Pahang, dan al-fatihah kepada 2 hamba Allah berkenaan.

Perbahasan yang nampak miskin dan jembel ini, memberi gambaran bahawa begitu ramai rakyat Raja tidak menyokong kepemimpinan dan gagasan 1 Malaysia. Mereka sudah dirasuk dan dinodai oleh gelombang pemikiran JingGAY, Komunis dan Freemasonry.
Sesungguhnya Pak Sedaro amat tidak puas hati, panas hati, dan terasa bahawa ramai benar rakyat Raja yang menyimpang kepada faham-faham orientalis. Janganlah jadi penyamun dan lanun pasca BAHALUL setelah 54 tahun merdeka.

Pak Sedaro ajak Bernama Radio 24 buka perbahasan Parlimen Belia semula dan benarkan pejuang belia berhujah demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Inilah kesan dan akibat bila mana Akta 668, gagal dihadam dan dihayati dengan baik penuh bil-hikmah oleh pemimpin-pemimpin belia. Apabila Perlembagaan Persekutuan 1957 dikelaskan sebagai elemen sejarah semata-mata, manakala, 90% pemimpin utama pergerakan belia BUTA HURUF, BUTA KALAM dan BUTA AKLI tentang Akta 668, Akta 335, dan Perlembagaan Persekutuan.

Syabas Parlimen Radio Bernama 24 kerana memancutkan darah Pak Sedaro dengan provokasi MAUT anda. Waima apa pun, Parlimen Belia WAJIB diteruskan kerana inilah "time-line" dan kayu ukur Negara Maju berorientasi Budaya Ilmu, Budaya Inovasi, Budaya Prestasi Tinggi dan Budaya Ketepatan.

Allah hu akbar.

No comments:

Post a Comment

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive