Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, June 16, 2011

Siapa kata PAS lupa...

Kata Ambiga Sreenevasan,

"Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan kerana kami memiliki pahlawan Melayu yang sedia bertempur."

Baiknya 'pahlawan Melayu' kerana mempertahankan Founder IFC aka Pejuang Murtad aka Pengerusi BERSIH. Pahlawan Cina dan India tak nak join sekali ka? Nak jadi tukang sorak saja ka sambil tengok pahlawan Melayu berdemonstrasi menentang kerajaan Melayu? Hehehe...(Gelak pahlawan Cina dan India kepada 'pahlawan Melayu')

Kata Zulkifli Nordin pulak,

"Saya ambil dari sudut tidak memahami mentaliti dan pemikiran khususnya ahli-ahli Pas, ulama-ulama dalam Pas.

Bagaimana mereka boleh memberi ataupun membenarkan seorang seperti Ambiga menjadi ketua mereka untuk “demo BERSIH”, sedangkan mereka tahu Ambiga ni bekas Pengerusi Majlis Peguam.

Semasa saya menjadi Exco Majlis Peguam, Ambiga ini Timbalan Pengerusi. Masa itu Datuk Yew Yang Pooh Pengerusi Majlis Peguam. Dan kita tahu aktiviti Majlis Peguam.

Jangan lupa, Ambiga dan Majlis Peguam ini antara tokoh yang menonjol dalam isu Interfaith Commission (IFC).

Isu IFC ini PAS tentang habis-habisan. Malahan saya ingat, saya bersama beberapa pemimpin PAS, termasuk Pemuda PAS berdemonstrasi menentang IFC.

Ada pemimpin-pemimpin PAS yang masuk penjara, dihukum mahkamah kerana menentang IFC. Ambiga terlibat secara langsung dengan IFC.

Hari ini, macam mana mereka (PAS) boleh bersengkokol dengan orang macam ini?

Kedua, Ambiga ini antara orang yang menyokong penuh kes murtad Lina Joy (Azlina Jailani). Orang PAS tak kan lupa ini.

Kita berhujan panas menentang kes murtadnya Lina Joy. Ada antara kita masuk lokap Ada kepimpinan PAS termasuk di peringkat Dewan Pemuda termasuk Ulama yang mengisytiharkan jihad.

Kafir harbi mereka isytiharkan orang yang menyokong kes murtad Lina Joy ini. Ambiga antara kepalanya.

Hari ini, saya hairan macam mana mereka boleh tidur sekongkol dan menjadikan dia ketua pula ?

Ketiga, Ambiga adalah antara mereka yang menonjol dalam membawa isu murtad. Dia orang yang menjadi dalang dalamForum Memeluk Islam. Pemimpin PAS takkan lupa. Benda tu baru berlaku 2008.

Mereka antara orang yang hadir dengan saya semasa kita membuat himpunan membantah isu memeluk Islam yang diketuai oleh Ambiga.

Jangan lupa takbir-takbir yang mereka laungkan, jihad-jihad yang mereka laungkan di depan bangunan Majlis Peguam menentang Ambiga.

Hari ini mereka boleh duduk sebantal dan boleh pula menjadikan yang paling teruk menjadikan Ambiga ketua.

Jadi, Ambiga ada niat nak memartabatkan Islam ke? Tak ada. Ada nak mempertahankan Islam? Tak ada.

Jadi, pada sayalah, kepada ahli-ahli akar umbi PAS, pemimpin mereka rosak, sedarlah. Kita ini dipergunakan sahaja." Selanjutnya di sini.


Den raso Tun M dah silap cakap la. Sepatutnya Tun M bukan sebut "Melayu mudah lupa", TAPI yang patut disebut "PAS MEMANG PELUPA"!

Rupanya PAS hanya setaraf ikan emas yang hilang ingatan selepas 3 bulan!

10 comments:

  1. Whatever anybody says about PAS and after deliberating on all angles, the Party is much more better than UMNO.
    Given the chance PAS will put off all the outstanding issues over UMNO. If there are problems then it will be a fresh new problems which the public may still be able to withstand.
    Let us not quarrel. Just vote for PAS and PR. That's all

    silent observer

    ReplyDelete
  2. d question is did pas really much more better or worst than umno?

    kelantan for an example. why so many klantanese migrate to other state if kelantan under pas administration for than 20 years claim that they much more better than umno?

    oh yeah, islam itu mesti miskin, mundur, kotor dan hidup dalam kedaifan serta zuhud. barulah islamik ya tak?

    ReplyDelete
  3. stupid pas blawok...

    migration kelantanese sudah lama dari dulu lagi....

    sibuk2 pasal kelantanese cari kerja di lembah kelang...lu ada tgk time musim raya??? highway utara selatan penuh sesak??? tambak johor...time awal pagi dan lewat petang...jamm giler..apa sebab?? orang johor p blah kerja di singapore...

    pas blawok idiot...

    penghijrahan ini ambillah dari sudut positif...keluarnya kelantanese dari lembah kelang...akan memberi kesan juga pada ekonomi lembah kelang...permintaan pada hartanah...barangan pengguna...dan bla bla...malahan syarikat spt airasia/mas/fireflyz/bas express juga terkesan.

    dan akan lebih banyak mat2 bangla/indon/nepal/burma di lembah kelang...

    pas blawok yang bodoh...
    dikelantan, jika tiada sekatan dari federal, negeri tersebut akan lebih maju. dgn pentadbiran yang telus/berintegriti,berhemah/cermat bl bla...kerajaan kelantan jauh meninggalkan KERAjaan federal. itu sebab KERAjaan federal takut sgt nakkasi royalti pada kerjaan kelantan. dengan rm100 mereka bole buat mcm2 tapi bagi KERAjaan federal rm100 tiada nilai...
    jgn kata tak sekat...org bodoh je percaya. orang2 MITI/EPU semua tahu. nak senaraikan..panjang sgt..

    ReplyDelete
  4. I am wondering why do people still support UMNO.

    Come on, forget about UMNO. Insulting to get associated with that party of deceit, murderer, corruption, mischievous leaders and inhumane attribute.

    Tok usohlah UMNO nok belawok lagi.

    ReplyDelete
  5. Anon June 16, 2011 12:57 PM:

    Kerajaan pas yang janji nak buat jambatan tapi 10 tahun pacak batu asas tu ke? Yang 20 tahun bekal air kuning? Sekatan dari federal? HAHAHA ini la urban legend yang paling lama bertahan. Itu alasan kerajaan yang pemalas beb. Toksah la ko berdendang lagu yang sama. Sibuk dengan royalti yang tak layak, negeri lain yang lansung takda minyak kenapa boleh maju? Nak uruskan bazar tok garu pun kelam kabut, toksah cerita berhemah la beb.

    Apa cerita dengan kohilal? Uruskan kohilal pun burn 45juta. Itupun ada hati nak mintak ahli tabur dana 45juta lagi. Ladang rakyat apa cerita? Tinggal gambar kenang2an dengan kambing boer je ke?

    Tabung memali pun sampai sekarang lesap ntah kemana. Pegi dah. budak kecik boleh la ko kencing.

    meksu, ko ada ciri2 tukang baring atas jalanraya. taknak apply untuk bersih 2.0 ke? setakat cerita takda bukti, rentikan beb. oghang noghori bukan macam lombu, sonang kono gulo2kan. Heh.

    ReplyDelete
  6. Karl

    Bayar duit royalti jambatan 2 tingkat boleh buat...isu nye kerajaan BN bila kalah satu2 negeri state terus dia sekat bantuan..demokrasi taik anjing ala UMNO la tu...tak sedar tu duit rakyat...peeerah

    ReplyDelete
  7. kerana rakus pada jawatan PM,ambigal yang bingai yang jadi kepala kes Lina Joy dijunjung...hebatlah!

    ReplyDelete
  8. zat June 16, 2011 10:25 PM:

    aku tengok bn kalah kat Selangor ni, takda pun pusat urut, pusat hiburan, pub2, disco, kedai jual arak disekat? bercambah je atas usaha pakatan riot. tak berbunyi pun pasal halal haram.

    lancau la dapat royalti baru boleh buat jambatan. uruskan kohilal pun lingkup 45juta, ada hati mintak lagi 45juta dari ahli. apa cerita ladang rakyat? rakyat dah diladangkan ke? apa cerita tabung memali? dah buncit mentekedarah duit derma? peruntukan repair jalan ko kene sakau. cehhh jangan cerita la dol. zaman surat bubuh setem boleh la ko kencing, maklumat lambat sampai samdol.

    ReplyDelete
  9. Take a break guys,

    Subject: Old Sea Story

    There's an old sea story in the Navy about a ship's Captain who inspected His sailors, and afterward told the Chief Boson that his men smelled bad.

    The Captain suggested perhaps it would help if the sailors would change underwear occasionally. The Chief responded, "Aye, aye sir, I'll see to it immediately!

    The Chief went straight to the sailors berth deck and announced, "The Captain thinks you guys smell bad and wants you to change your underwear.

    Mahfuz, you change with Lim Kit Siang. Nuar, you change with Pok Nik, and Karpal you change with Khalid. Now get to it!!!"

    THE MORAL:

    Someone may be promising "Change" ; but don't count on things smelling any better!

    akuantiPAKATAN.

    ReplyDelete
  10. Anon June 17, 2011 4:52 PM:

    Typical pakatan losers. Heh. I never expect any better from you guys.

    ReplyDelete

Blog Archive