Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, June 4, 2011

Panglima Setia Mahkota

Berikut merupakan Penerima Pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran "Tan Sri":

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Datuk Seri Ainum Mohamed Saaid, Profesor Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Datuk Seri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, Tunku Temenggong Negeri Kedah, Datuk Seri DiRaja Tunku Sallehhuddin Almarhum Sultan Badlishah, Penasihat Tijaz Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar, Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan, Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan, Mahaguru/Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omar Din Mawaidin, bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Phaik Gan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif NAM Institute For The Empowerment Of Women (NIEW), Datuk Rafiah Salim, Tokoh Akademik dan Intelektual Islam (Pengasas The International Institute of Islamic Thought and Civilization, ISTAC), Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al Attas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Dr Anthony Francis Fernandes, Naib Presiden Persatuan Bekas-Bekas Pegawai Polis, Datuk Seri Yuen Yuet Leng, Pengerusi South East Asia Welfare and Education Foundation (SEAWEED), Left Jen (B) Wan Abu Bakar Omar, Pengarah Urusan M. Zain Group Of Companies, Datuk Goh Teck Chai, Timbalan Pengerusi Eksekutif Salcon Berhad, Datuk Tee Tiam Lee, Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia, Datuk Seri Panglima Jeneral (B) Mohd Azumi Mohamed, Pengerusi Eksekutif, Concord Alliance Sdn Bhd, Datuk Mohd Hussin Abd Hamid, Pengerusi STS Equestrian & Sports Centre, Datuk Cham Hak Lim, Consultant Cardiologist, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Ridzwan Abu Bakar, Pengerusi, Syarikat Jendela Hikmat Sdn Bhd, Jen (B) Datuk Seri Che Md Noor Mat Arshad, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin, Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah @ Zainal Abidin, Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Sri William Mawan Ikom, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Sri Dr James Jemut Masing, Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias, Penasihat Malaysian Chinese Association (MCA) Pusat, Datuk Lim Yew Loong, Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn Bhd, Datuk Rashpal Singh Jesawant Singh dan Timbalan Pengerusi Eksekutif IJM Corporation Berhad, Datuk Tan Boon Seng @ Krishnan.

Ironi 4 insan yang dihighlightkan:

1. Mahaguru Silat Lincah, tahniah. Silat Lincah memiliki kekuatan pesilat lebih daripada 200 ribu orang seluruh Tanahair. Maka, Pak Sedaro cadangkan masa depan, UMNO cadangkan Nama Almarhum Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk PSM. Perguruan Silat Gayung Malaysia memiliki kekuatan lebih daripada 1 juta pesilat seluruh Tanahair.

2. Pengasas ISTAC, namanya harum satu buana alam. Semalam diangkat Tokoh Melayu Terbilang, Hari ini UMNO dapat restu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan dianugerahi PSM. Esok, UMNO kena bantu selesaikan polemik ISTAC atau langkah lebih afdhal ialah memberi mandat dan amanah kepada Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas untuk mengasaskan World Institute of Islamic Thought and Civilisation dengan Dana RM 1billion. Pak Sedaro amat yakin Kerajaan Qatar, Arab Saudi, Libya, Brunei dan Jordan serta Kuwait akan memberi Dana Baitul-Mal masing-masing untuk kerja fisabilillah penubuhan WISTAC.

3. Air Asia terbina daripada tangan manusia ini. Kamaruddin Meranun seorang bekas pelajar MRSM Kuantan juga wajar dicalonkan tahun 2012 untuk PSM. Tony Fenandez lumpuh jika Kamaruddin Meranun tempang. Ini wawasan 1Malaysia nampaknya. Namun apakah pengorbanan ekonomi yang disumbang oleh Air Asia kepada pembangunan tamadun dan budaya Ilmu? Apakah Air Asia akan membina legasi sendiri dengan penubuhan sebuah Yayasan CSR Air Asia dan menjalan tugasan seperti The Apprentice karya Empayar Donald Trump? Atau apakah sumbangan Air Asia akan menyumbang kepada Sekolah Penerbangan Rantau Asia terbaik berpusat di Sendayan?

4. Dato' Seri Yuen Yuet Leng, ialah seorang Pegawai Cawangan Khas yang membawa kepada pengkisahan pembunuhan Komunis dan maklumat perisikan Komunis. Yuen merupakan seorang anak Kaum Cina dari suku Hakka yang paling lama bertugas sebagai undercover, sehingga nyawanya hampir terurai dari jasad. Yuen jugalah manusia yang masa mudanya merancang bagaimana menyelesaikan Perletakan Senjata Komunis di Thailand dengan Tun Haniff Omar bersama Almarhum Tan Sri Azizan Zainal Abidin yang ketika itu Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri. Yuen banyak berbakti kepada Bumi Melayu ini. Inilah insan berjasa yang taat setia kepada Tanahair, Bangsa dan Agama. Amatlah afdhal, anak-anak Cina khususnya Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong berguru daripada Dato' Seri Yuen Yuet Leng.

Daulat Tuanku, Sesungguhnya Perkara 32 dan 38 amat penting kesan dan akibatnya kepada tanahair ini. Ambillah pengajaran bermakna dan berikanlah sumpah taat setia ANDA kepada Bumi Melayu ini.

1 comment:

  1. Salam,
    Hidup atau mati Ong Boon Hua a.k.a Chin Peng, jangan beri dia masuk ke Semenanjung Tanah Melayu ini.Tahniah kepada semua penerima darjat, "Daulat Tuanku!". Wassalam.
    Salam Perantauan,
    Westaussiemalay

    ReplyDelete

Blog Archive