Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, June 3, 2011

Tak tahulah nak puji ke atau nak marah Khairy ni...

Khairy desak Kerajaan Persekutuan dedahkan perjanjian berat sebelah antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Independent Power Producers (IPP) kepada umum.

Biar rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik perjanjian yang dikhabarkan amat merugikan kerajaan itu.

Mungkin melalui pendedahan tersebut, kita akan tahu siapa sebenarnya memaksa TNB membeli harga yang mahal daripada IPP. Sama ada paksaan itu datangnya daripada Menteri Kewangan pada ketika itu, ataupun Timbalan Perdana Menteri pada masa sama. Projek IPP pertama adalah pada 7 April 1993 dan sebanyak 14 syarikat IPP ditubuhkan semasa 'orang tu' jadi Menteri Kewangan.

Rakyat juga mungkin nak tahu daripada 26 syarikat IPP yang telah wujud sehingga kini, kroni siapa pula yang dapat kontrak? Manalah tahu..kan..kan..kan?!

Tapi pelik juga, dulu masa si Pak Mertua di tampuk kuasa, sang menantu tak pulak buat bising suruh dedahkan perjanjian IPP ni. Sedangkan ketika itu sang menantu begitu angkuh menjawab bagi pihak kerajaan berkenaan isu penjualan 1Euro MV Agusta, isu Proton, isu kenaikan harga minyak, isu pembatalan jambatan bengkok etc. Padahal dia ketika itu hanya Naib Ketua Pemuda tanpa sebarang jawatan di Dewan Rakyat mahupun Kabinet. Kenapa sang menantu tak bangkitkan isu IPP yang kononnya berat sebelah ketika dia untouchable di tampuk kuasa? Kenapa baru sekarang?

Nampaknya kini sang menantu kelihatan senada dengan sang peliwat. Ada apa-apa ke?

Apa-apa pun den setuju bonarlah jika kerajaan dedahkan perjanjian IPP kepada umum. Jangan nak main sembunyi-sembunyi dengan rakyat, sebab rakyat tahu PEMANDU dan consultant asingnya memang BODOH!

Sapo nak jawab ni...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive