Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, June 9, 2011

Pantau Maybank dan CIMB

NUBE mengeluarkan flyers yang menjelaskan kenapa Maybank begitu rakus dan sadis mengerjakan DUIT pendeposit dan sebagainya. Satu analisa yang perlu dikaji secara mendalam, penuh bil-hikmah oleh Khazanah Nasional dan Pasukan Pemikir Kewangan Negara di bawah selia YAB Menteri Kewangan.

Maybank mempunyai tenaga kerja paling ramai dalam sektor perbankan di Malaysia yakni sekitar lebih 10,200 orang pekerja. Hari ini Maybank memberi pulangan dalam bentuk Zakat dan Cukai kepada Negara sebanyak lebih RM12 bilion setahun. Mengapakah BNM tidak analisa sentimen yang meragam dan menghancurkan ini? NUBE pun bijak, tidak sewenangnya mengeluarkan notis secara nyata di Bandaraya Kuala Lumpur dalam 4 bahasa.

Akhirnya nak ditonjolkan ialah Saudara Abdul Wahid, seorang lagi anak periuk dan dapur MRSM menduduki kerusi CEO dan Pengarah Urusan Kumpulan Maybank yang menerima gaji/imbuhan/ganjaran setahun sebanyak RM4,679,000, yang jika dibahagi ikut kiraan hari akan berjumlah RM12,819.18 sehari. Banyak tu beb, untuk orang marhaen. Kat mana dibelanjakan duit sedemikian banyak?

Apakah iklan harimau banyak belanja? Maybank melebur duit untuk Malaysia Gold Open 2011 dalam bentuk hadiah tunai sebanyak RM7.5 juta dan sejak 2009 dan 2010, pelaburan masing-masing untuk kejohanan ini berjumlah RM6.4 juta! Isu yang besar, apakah ini sumbangan Maybank kepada Budaya Inovasi, Budaya Ilmu, Budaya Ketepatan dan Budaya Berprestasi Tinggi Gagasan 1Malaysia?

Laporan yang berkembang biak mengatakan banyak duit pencen kakitangan awam diurus oleh Maybank, sampai ada yang kena "makan" dek kaum dalam akaun. Yolah, bukan CEO, COO, CFO atau CMO yang belasah, tetapi pekerja Maybank yang sapu, dan dikhabarkan sistem firewall serta pengurusan keselamatan akaun pemilik Maybank tidak MANTAP!

Maybank dan CIMB ialah dua buah bank perdagangan tempatan yang kerap menjadi wahana scam oleh penjenayah siber dan penggelap duit. Ini terkesan kepada sistem makro ekonomi negara. Bahagian Perisikan Kewangan BNM kena melihat ini sebagai isu rakyat yang menjahanamkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

Hari ini, wang kertas pada nota cetakan RM1,000 dan RM500 masih ada di pasaran yang dibekukan. Pak Sedaro diberitakan dikalangan pasaran korporat, wang kertas tersebut berjumlah RM83 billion. Nota ini bermula dengan siri ZX.....! Bank Negara Malaysia kena bertindak balas segera, kerana nota ini dikhabarkan masih laku didagangkan jika pembekuan ke atas wang kertas RM1,000 dan RM500 itu ditarik semula. BNM tidak boleh cetak matawang melampau kerana akan jadi DUIT PISANG di zaman Jepun.

Hari ini, MSM yang memiliki ladang tebu ialah hak Felda yang sedang diapung di Bursa Malaysia. Jangan dipolitikkan isu ini kerana ini amalan korporat lazim. Namun, bagaimana natijah Perkara 153 memberi kesan kepada ekonomi bidangan dan mikro Umat Melayu yang tak sudah disogok dengan mauduk dengkel dan singkat?

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) diunjurkan hanya untuk sasaran 8,000 orang sahaja, sedangkan hujung tahun akan bertambah lagi bilangan graduan. SL1M mesti mampu memberi impak kepada 200,000 graduan Malaysia setiap tahun, barulah Barisan Nasional PASTI MENANG PRU-13.

5 comments:

  1. Salam PM

    Skim Rumah Pertamaku (SRP)hanyalh cerita manis saja. Pergilah mana-mana bank kata ada skim ni tp bila apply macam-macam alasan utk tolak.Setengah ban kcontohnya CIMB dan RHB dah tak layan apa-apa loan pun kecuali credit card

    Jamal Pak Tongkol

    ReplyDelete
  2. Wang Kertas RM 1000 dan RM 500 ni ANUar al JUBURi dan simpan. Sebab tu dia menggila nak jadi Pee eeM. Duit dia berbillion tapi dah beku. Kalau dia jadi Pee eeM nanti bolehlah kuncu-kuncu nya hidup mewah 'golek gelantang ateh duit' termasuk lah aku.. he he he.

    ReplyDelete
  3. yg hampeh ngan si maybank ni.. tak sampai seminggu lewat bayar kreto surat dah sampai rumah.. copek btul diorang betindak..

    ReplyDelete
  4. itu pasal jangan undi umno/bn, semua dasar polisi bank, insuran semuanya berat sebelah pasal pemimpin2 umnoporno ada inti.

    tak paham-paham lagi ke?

    Baik dasar apa pun dibuat semuanya merugikan rakyat dan menyenangkan kapitalis iaitu cukong cina dan pemimpin umno/bn

    ketuanan umno

    ReplyDelete
  5. Duit RM500 dan RM1000 walaupun didagangkan semula sudah tentu mempunyai design yg lain. Dan duit lama itu tetap akan diluputkan di kaunter BNM shj. Jumlah duit yg belum diluputkan tidaklah sebanyak yg diberitakan dan jika ada sejumlah itu dlm pegangan individu, ianya adalah palsu.

    tenno

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive