Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, October 7, 2011

Jom kolokai harta Baitul Mal

Episod kesempitan hidup No.140, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar ialah sebahagian daripada kisah pilu kemiskinan sebahagian kecil umat Melayu. Sebahagian kecil inilah yang diintai oleh Gerakan Kristianisasi untuk proses pemurtadan dengan asuhan bantuan kewangan, bantuan sekolah, bantuan makanan, bantuan kediaman, bantuan pakaian, bantuan sara hidup dan bantuan pendapatan bulanan berasaskan kemahiran kerja yang boleh dilaksana oleh insan-insan terpilih ini.

Allah pilih mereka sebagai pelakon cerita manusia yang kelilingnya senang-lenang, joli katak, bergentayangan dan bergelandangan dek kerana kehausan iman, dek kerana dakyah duit yang senang kedapatan oleh mereka yang mewah, kaya-raya, hingga lupa bahawa dalam kemewahan dan kekayaan mereka, ada hak harta tersebut untuk insan terpilih seperti No.140, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar.

Sibuklah mereka melapor untuk bantuan negara luar, negara hilang kedaulatan dan diragui makna kemerdekaannya. Sibuklah mereka berkisah tentang kekufuran nikmat makanan di dunia luar gelanggang dan padang Melayu. Lantai-lantai merempat dan kufur nikmat, masih banyak berpeleser di bandar-bandar utama negeri-negeri Melayu, Perlis hinggalah Sabah. Andai dihimpunkan mereka ini, bilangan mereka ialah 3 kali jumlah kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka ini jika diberikan nilai yang lebih baik atas makna Bajet Kebajikan Nasional Hak Rakyat Di Utamakan, Kecapaian Rakyat Di Pertingkatkan, maka RM 10 billion diperlukan untuk tadbir urus semua jenis perihal Ansaf yang relevan.

Duit di Baitul Mal dan Pusat Kutipan Zakat masih banyak belum dikolokai mengikut keperluannya. Masjid dan surau dalam Malaysia masih jauh daripada tanggungjawab "fiddunya wal akhirah". Mereka kena ditashkil dan ditarbiyyah menjadi Agen Kader Komuniti Islam tulen dan bukannya bertopeng PAS atau UMNO atau PKR atau KITA atau JERANGKUNG atau LANGAU. Masjid dan Surau di Malaysia perlu menjalani Program Transformasi Tasawwur Islam. Marilah kita meneroka sirna daripada OBOR kalimah toyyibah.

2 comments:

Blog Archive