Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, October 4, 2011

Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan PMR

Warga Paneh Miang mengucapkan selamat menjalani peperiksaan PMR kepada adik-adik seramai 481,147 orang calon yang akan menduduki peperiksaan PMR di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 4 oktober dan berakhir pada 11 oktober 2011.

Warga Paneh Miang juga berbangga kerana dapat memberi sumbangan terhadap aktiviti seperti mengendalikan kelas tuisyen, seminar tip menghadapi peperiksaan, bacaan Yaasin dan sembahyang solat hajat kepada adik-adik di beberapa buah sekolah di sekitar DUN Sikamat.

Ucapan Terima Kasih tidak terhingga juga ditujukan kepada Penganjur Kelab Melayu Negeri Sembilan kerana begitu prihatin mengendalikan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan secara percuma terhadap anak-anak Melayu di Negeri Sembilan termasuk aktiviti membantu menyediakan adik-adik untuk menduduki PMR tahun ini.

Semoga anak Melayu akan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

4 comments:

  1. Caya lah Paneh, ini baru contoh blogger pembina negara. Bukan setakat cakap aje tapi membantu menyumbang tenaga,harta dan masa utk anak bangsa. Syabas...

    ReplyDelete
  2. Inilah bezanya anda berbanding blogger lain yang hanya bercakap soal Melayu tapi tiada pun tindakan untuk memajukan anak Melayu. Tahniah dan terima kasih kepada warga Paneh Miang. Teruskan usaha membantu anak-anak Melayu. Semoga segala usaha anda diberkati Allah swt hendaknya.

    -pak teh

    ReplyDelete
  3. Tahniah, Bro teruskan usaha yg murni ini.....

    ReplyDelete
  4. Bro Paneh, masjid sikamat tu besar, gunakan platform blog untuk berdakwah mengajak warga taman sekitar2 masjid sikamat menunaikan solat 5 waktu di sana. Masjid bukan untuk kumpulan KRU je. (Kumpulan Rambut Uban). Masjid centre untuk berdakwab. Jumpa ustaz najib. diskusi dgn dia.

    ReplyDelete

Blog Archive