Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 29, 2013

Azhar Idrus Mesti Bersumpah


Assalamualaikum Azhar Idrus.

Saya terpanggil untuk memohon agar Azhar Idrus segera bermubahalah untuk menafikan tuduhan yang dibuat Selangor Daily.

Sekian terima kasih.

*********

Ketaksuban pengikut Pas terhadap Azhar Idrus adalah berlandaskan kepada ilmu yang cetek dan lawak jenaka ala-ala maharaja lawak. Jalan mudah yang mereka pilih adalah kerana pegangan yang rapuh dan akidah yang terpesong akibat dari fitnah dan ajaran songsang oleh para pemimpin Pas. Umum telah ketahui bahawa AMANAT HADI AWANG telah membawa kehancuran terhadap akidah dan perpaduan umat Islam Di Malaysia.

Peristiwa MEMALI adalah bukti nyata akibat dari amanat Hadi Awang maka wujudlah kaum pelampau yang telah bertindak ganas KONONNYA atas nama jihad sedangkan pegangan itu adalah sesat akidahnya. Kematian mereka yang sia-sia telah diburukkan lagi dengan mayat-mayat tersebut tidak diuruskan secara Islam apabila tidah dimandikan dan di sembahyangkan dan kubur mereka di siram dengan minyak Attar untuk memesongkan akidah umat Islam atas dasar kononnya Syahid.  Siapakah yang wajib jawab diakhirat kelak di atas kesesatan yang ditabur pada umat Islam ini.  Haji Hadi, para pemimpin Pas dan mereka yang bersubahat wajib menanggung segala kesesatan ini.

Makanya Pas membawa satu lagi ikon yang menyesatkan umat Islam iaitu Azhar Bin Idrus yang amat cetek dan rendah ilmu Islamnya namun diangkat dan dijulang oleh penganut Pas. Mereka meletakkan Islam sebagai hiburan lawak jenaka yang amat melalaikan dengan secara halus ajaran Islam cuba disesatkan lagi oleh parti Pas ini.

Kata Ustaz Azhar Idrus...


Ustaz Azhar Idrus kata Kristian bertuhankan Allah. Siapa tok guru kepada Azhar Idrus ni? Selanjutnya sini.

49 comments:

  1. Semua makhluk atas muka bumi ni ciptaan Allah SWT. Hrp jelas

    ReplyDelete
  2. Rabb sama, Ilah kita lain lain. kenalah belajar beza Rabb dgnIlah.

    ReplyDelete
  3. bukan ke nabi isa a.s tu adalah nabi yang diperakui kenabian nya dalam al-quran...cume yg menjadi masalah nyer mereka (kristian) menolak kenabian nabi Muhammad SAW dan mengubah isi kandungan kitab Injil (yg kini bible) dan menganggap Nabi Isa a.s sbg anak tuhan..Nabi Isa a.s dah membawa ajaran yg betul dan dlm kitab injil yg asal pn ada menyebut tentang nabi Muhammad SAW tp mereka menolaknya dengan mengubah kitab Injin

    ReplyDelete
  4. Rase nye xde salah pn kenyataan UAI tu..cube belajar sejarah agama kristian serba sedikit..xperlu crik kitab bible..ckup tngok di youtube je debat antara ISLAM n kristian..hurm..semoga kita lebih menghargai ilmu agama dri mencari kesalahan org lain..Allah tu kn Maha Mengetahui..kalo dia xbtol,lastly kantoi jgak..tp cmne kalo dia btol n kita slalu menfitnah dia?hargai usaha org lain yg tarik org ke arah agama kalo kita sndri x mampu nk buat cmtu..

    ReplyDelete
  5. tuduhan 1: kristian sama dengan islam

    tuduhan 2: UAI ada awek simpanan di terengganu

    apacer ustaz.... boddo la...

    ReplyDelete
  6. Pnulis ni bodoh ke??

    ReplyDelete
  7. UAI ilmu cetek, kau tak nak ikut. Kau kutuk. Ustaz Hadi dam Ust Nik Aziz yang tinggi ilmu pun kau sesatkan. Kau ni benar2 ikhlas ke bila berkata-kata pasal Islam? Bukan semua yang gi ceramah UAI tu orang PAS. Mat Rempit ada. "Jack Sparrow" pun ada. ( Rujuk Mastika Nov atau Dis 2012 ). Mat rock pun ada. Malah yang tidak kenal agama pun hadir. Moga usaha beliau diredhai Allah.

    ReplyDelete
  8. Cube afmin gtau d mana silap nya kata2 ustaz azhar tu?

    ReplyDelete
  9. Artikel bodo tahap gaban merapu meraban.sure ngaji tak habis ni takpun malas ngaji takpun tak pernah pi ngaji.kesian dia

    ReplyDelete
  10. “Dia menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil,” (QS. Ali Imran : 3)

    “Dan Kami iringkan jejak mereka (nabi nabi Bani Israil) dengan Isa putera Maryam, membenarkan Kitab yang sebelumnya, yaitu: Taurat. Dan Kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya (ada) petunjuk dan dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan kitab yang sebelumnya, yaitu Kitab Taurat. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Maidah : 46)

    “Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.” (QS. Ali Imran : 48)

    “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS. Al Fath : 29).

    Harus diingat sebelum turunnya Quran, kitab2 yang turun sebelum itu hanya disebut Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa (Zabur), Shuhuf Daud (Taurat) dan Shuhuf Isa (Injil). Tidak pun dinamakan Islam. Nama Islam hanya diwahyukan dalam Al-Quran.

    Sebutan Kristian hanya diguna pakai selepas 'kematian' Isa as dan ajarannya tidak pun sama dengan ajaran Isa as.

    "Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya..." - Petikan Surah Al Fath : 29 menjelaskan bahawa penganut ajaran Musa, Daud dan Isa as rukuk dan sujud menyembah Allah.

    Adakah Kristian yang ada hari ini sujud dan rukuk menyembah Allah? Atau menyembah Isa yang kononnya anak Tuhan?

    Adakah Azhar Idrus cuba untuk menyamakan Islam yang menyembah Allah dengan Kristian yang menyembah manusia as?

    ReplyDelete
  11. Jadi, maksud kamu ada 2 pencipta lah?? kamu yg sesat... bagi saya sepatutnya kita kena paksa org lain mengakui wujudnya Allah SWT tapi lain pula skrng..... tak bagi org sebut.....

    ReplyDelete
  12. Publisiti murahan yg bjaya buat org suma bc blog ko......ilmu ko xcukup lg nk sembang psal islam. Harap ko stop je sume2 ni.....

    ReplyDelete
  13. Salah ke apa yang uai tu tulis? walau bukan admin yg tulih artikel ni, tp admin kena le bertanggungjawab sama bila dok sebarkannya. Untuk jawab persoalan ini, cuba terjemah ayat kedua surah Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia x tahu... Bismillah pun xtau maksud.. silap² baru nak bukak terjemahan..

      Delete
  14. Apabila sang politik bertuhankan lembu. Nilah UMNO.. Islam yg dijunjung PAS dinafikan.. BN yng mengagungkan Kpop, duit, Najib yg berantai emas..
    Admin, kau g carik tabligh yang tak berpolitik tu, kau g kukuhkan ibadat dulu.. pas 6 bulan, g carik guru.. kalau berguru skrg x guna, sbb kau sendiri akan nafikan ilmu guru kau.. semoga Allah memberikan hidayah pada kau...

    ReplyDelete
  15. bagus komen anon 9.32pm. patut dijawab penyokong azhar idrus dan termasuk azhar idrus sekali.

    apa yang paling kelakar ialah penyokong azhar idrus menjawab macam bagus konon suruh orang mengaji, tapi mereka sendiri tidak kemukakan hujah yang baik untuk menyangkal dakwaan penulis asal selangor daily.

    hujah anon 9.32pm pun mereka tak mampu leraikan tapi begitu mudah pula menuduh konon orang lain kurang ilmu agama.

    mereka yang berilmu tidak riak dan memperkecil2kan orang lain. ulama' muktabar (pas bukan ulama' muktabar...mereka ulama' politik) jika tidak bersetuju pun dengan pendapat sesama mereka, mereka akan berdiam diri dan berijtihad menggunakan ilmu masing2 sahaja kerana dunia hari ini tiada yang maksum. manusia semua boleh buat silap kecuali nabi.

    bahkan imam syafie sendiri pun pernah berkata andai suatu hari nanti dia dibuktikan silap, maka tinggalkanlah kesilapan (yang pernah) dia perkatakan itu.

    inikan pulak pengikut azhar idrus hatta azhar idrus sendiri adakah tidak akan silap langsung?

    makin tinggi ilmu seseorang, makin besar ujian Allah, dan makin hebat godaan iblis.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  16. Paneh Minang perlu bersumpah tidak pernah pergi ke rumah urut Summer di Seremban.

    ReplyDelete
  17. secara mudahnya hndklh difahami Tuhan yg dimaksudkn oleh uai tidaklah sama dgn tuhan yg difahami oleh adik thomas kita.

    ReplyDelete
  18. Hujah Anon 9.32 di ateh tu, bernas. Tahniah.

    Nampak cagho e, dek terlalu taksub kek fatwa UMNO ni, kok jumpo oghang kafir sobut Allah maso berburak konolah suruhlah dio tukar sobut namo tak pekong dio pulak..

    Contoh seorang cino bercakap: "Kita sama2 minta Tuhan Allah kasi selamat kita semua." Nampak e, kito kono suruh dio "hai, apek, lu tak boleh sebut Tuhan Allah. Lu mesti sebut itu Tuhan Tokong la, baru betul."

    Hahaha...Inilah jadi e, kok kito bercakap isu kalimah Allah ni dari sudut politik, makin gilo kito jadi e..

    Jadi, kono bincang isu ni dari sudut dakwah. Orang krisitian sabah dah hampir seratus tahun guno kalimah. Allah. Tapi, cubo tuan2 selidik, bopuluh ribu orang kristian sabah dah masuk islam hari ni. Susah nak cari orang islam masuk kristian.

    Di Eropah dan Amerika agamo terpantas berkombang adalah Islam. Walaupun bukan Islam yang memerintah.

    Di Malaysia ni, orang Islam yang memerintah, tapi kenapo agak e, takut bonar gnerasi muda keliru kalimah Allah? Menunjukkan UMNO gagal lahirkan generasi yang kukuh agama di kalangan generasi muda.

    Generasi mudo lobih diagamokan dengan hiburan, KPop, maharaja lawak dsb. Ini salah sapo ni?

    ReplyDelete
  19. Waghih Paneh Miang... Nampak e, kono kojo kuek lagi ni. Bos di ateh tu dah naik miang dah ni..

    http://medan-info-kita.blogspot.com/2013/01/tentera-perang-siber-umno-masih-lemah.html

    Konolah skripkan lobih banyak cito liwat, gay, sosek, zina, komunih, freemason lagi..

    Mesti kerja keras lagi. Setakat ni lombab sangat ni..

    ha ha ha....

    ReplyDelete
  20. Tuan-tuan,,
    Taubat lah,bacalah betul betul jawapan AI.Cukuplah dengan beberapa perilaku Pembesar PAS lakukan yang mungkin membuat akidah terpesong.Ini bukan bab UMNO atau PAS,ini ada kaitan dengan kesucian Agama kita.Janganlah melaacurkan diri demi kepentingan parti.Salam.

    ReplyDelete
  21. anon 922am. ekau jang bilo citor bab sabah sarawak ni ekau kono kaji sejarah latar belakang mereka. kebanyakan bible sabah sarawak yang guno kalimah Allah tu adalah dalam bahaso indonesia. dan kristian sabah sarawak kebanyakannya protestan dan anutan2 lain dalam kristian yang memudahkan mereka dipengaruhi untuk masuk islam.

    banyak orang protestan yang masuk islam di sabah sarawak kerana ajaran mereka dah dekat2 dengan islam. takdo orang katolik yang masuk islam kek sabah sarawak doh.

    yang dok sibuk nak guno kalimah Allah kek semenanjung ni adalah golongan katolik. ekau kono ingat rajo katolik ni dok kek vatican. ekau faham tak agenda mereko ni sumo nak menyesatkan islam?

    kok tak paham study dulu jang agenda tersirat vatican ni.

    ekau citor barat konon agamo islam berkembang pesat sobab kebanyakan yang poluk islam tu bukan agama asal kristian tapi atheist. kok ado pun kristian protestant. katolik jangan harap sbb katolik agama yang keras. dap leaders ni banyak katolik kok ekau tak perasan. itulah agenda sebona mereka nak menyesatkan umat islam negara ni.

    ekau tengok indonesia dari 220juta penganut islam skrg dah tinggal 190juta. lobih 30juta dah sosek sobab menganggap tuhan kristian dan Tuhan islam itu samo. tu sobab bible sano guno kalimah Allah jugak tu.

    takut sok keturunan ekau yo yang keliru jang. tak pun kok ekau sokong bonar kristian katolik ni guna kalimah Allah, elok ekau suruh anak cucu kau sok baco bible instead of baco quran. itu yang kau nak sangat kan?

    ReplyDelete
  22. Salam. Terpanggil untuk saya menulis sedikit tentang yang dituliskan oleh Azhar Idrus. Sepatutnya Azhar Idrus hanya menyentuh tentang perkara yang dibangkitkan oleh adik tomas iaitu berhubung soal hati dan perasaan tanpa mengaitkan Allah SWT. Tetapi sekiranya Azhar Idrus menyamakan Tuhan Kristian Allah dan Tuhan Islam Allah, dan menyamaratakannya, itu adalah kesalahan 'akidah'. Umat Kristian mempercayai Tuhan Allah itu terbagi kepada tiga iaitu Allah Tuhan Allah Anak dan Allah Roh Suci iaitu gabungan 3 Tuhan dalam satu. Berlainan dengan Tuhan Islam, iaitu, Ahad (Satu) dan tidak bersekutu. Oleh itu penyataan Azhar Idrus bahawa Tuhan Kristian Allah dan Tuhan Islam Allah adalal sama, adalah 'kesalahan" yang nyata, itu pun kalau ianya "terdetik dihatinya" maka wajib bagi Azhar Idrus ' beristidar dan bertaubat".

    ReplyDelete
  23. Anon 11.02 am.. Sey nak tanyo, dalam dunia ni ado ko Tuhan yang lain selain Allah? Allah itu totap SATU, TUNGGAL. Segala puji untuk ALLAH Tuhan seluruh alam. Seluruh alam termasuk juga orang bukan Islam. Janganlah akui, Allah orang Islam lain, Allah orang bukan Islam lain.. Silap2 kito jadi syirik pulak. Nauzubillah Waghih sayang hoi...

    Jadi, kok ado orang bukan Islam, ngaku Allah itu adalah Tuhan, apolah pulak kito nak larang. Takkan nak suruh tukar panggil Tokongko, Dewako, Patungko, apoko..

    Ha ha ha... nampak e, waghih akui pun bahwa dakwah Islam berkembang di Sabah & Sarawak meskipun kristian sabah guna kalimah Allah.

    Jadi,takdolah mutlak, Islam tak bonarkan bukan Islam akui Allah itu Tuhan. Mako, janganlah takut bonar2 macam dunio nak runtuh bilo mereko akui Allah itu adalah Tuhan. Jika mereka kato, Tuhan ado anak dll, itu baru di namokan syirik.

    Ini semuo adalah mainan politik UMNO. UMNO ni dari dulu, bukanlah gomar bonar agamo Islam ni.. Tengoklah sejarah macamano UMNO tindas dan sekat gerakan dakwah (kecuali nang pro UMNO).

    UMNO ni penganut falsafat pragmatisme (rujuk ucapan2 mahathir, maso dio jadi PM). Boleh bertukar2 ikut musim. UMNO mulo nak ikut Islam bilo gerakan dakwah terlalu kuek di tahun2 1970-80an. Sobab itu, Mahathir pujuk DSAI masuk UMNO.

    PRU 1999, majoriti orang Melayu sokong PAS/Barisan Alternatif (BA). 2004 SPR buek sempadan semulo. Tambah melungguk kawasan bukan Islam. Nang kawasan Melayu/Islam, dihadkan. Sobab, takut orang Melayu sokong PAS/BA lagi. PRU 2004 BN monang godang.

    PRU 2008, BN kalah toghuk. UMNO comeh momeh nyaris nak bungkeh. Bukan Melayu dah sokong PR. Apo caro nak kokal berkuaso? Takdo jalan lain, gunolah isu agamo dan kaum rasis dan sompit. Lago2kan semua agamo dan kaum. Bilo dah gaduh. Isytirhar Mageran balik. Dapeklah terus perintah dan rasuah lagi.

    Itu sajo isu e.. Ini semuo mainan politik UMNO yang nak bungkeh dalam PRU akan datang.

    Takkan tak paham2... Blog Paneh Miang ni pun di bayar mahal oleh UMNO.

    Janganlah dibodoh2kan orang Melayu ni lagi. Dahlah Mahathir cakap, nang tinggal dalam UMNO takdo nang coghodik lagi..


    Maaflah.. cukuplah sampai di sini.

    ReplyDelete
  24. anon 306 ekau jang paham tak bilo den cakap bezo protestan ngan katolik? ini bukan soal politik jang. ini soal agamo anutan ekau dan den. ekau takdo sekelumit dalam hati ko paham maksud tersirat agenda katolik nak menyosatkan orang islam dengan isu kalimah Allah ni?

    adokah ekau memang bungko atau buek2 tak paham bilo ekau hujah konon syirik jiko sobut Allah orang bukan islam lain, Allah orang islam lain? ekau ni provok bangang namo eh? kito yo yang akui Allah itu ahad, masalah ey bukan islam kat dunio hari ini tak mengaku Allah itu ahad, mako mereko sosek dan cubo jugak nak mehyosekkan orang islam...

    payah hujah dongan orang yang hati dah itam ni. semuo ey nak ditaakul dari sudut politik. lantak ko la jang. kubor memasing.

    ReplyDelete
  25. Sdra dihormati Anon 3.20 pm. Tahniah atas respon tuan. Saya cadangkan elok tuan tengok video ni. Ini contoh hujah ahli ilmu, ulamak dan bekas mufti. Biarlah berhujah dengan ilmu dan fakta. Bukan ikut nafsu dan emosi politik.

    http://www.youtube.com/watch?v=CZf0MHu5pwM

    Ada juga ulamak, bagi pandangan yang lain. Ahlan wa sahlan. Kita perlu terbuka fikiran. Memang Islam suruh berhujah dengan baik dan tenang. Dengarlah semua pandangan dan pilihlah yang terbaik daripadanya. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  26. Salam,

    Surah Al-Fatihah ayat kedua "Segala Puji Bagi Alah,Tuhan sekalian Alam".

    Semua pandai cakap Allah tu tunggal, Allah tu satu. Tapi bila timbul isu ni, pandai pulak cakap Allah bagi muslim lain, Allah bagi kapir lain. Betulka?

    Allah tetap satu, muslim ke kapir ke, Allah tetap sama.

    TAPI, bila menduakan Allah dengan sesuatu yang lain, maka jatuh syirik. Syirik ni pulak ada yang nyata macam kapir sembah berhala dan ada juga yang tersembunyi, macam percaya sesuatu musibah berlaku kerana polong atau jin (contoh). Atau umnolah yang bagi kita ni semua hidup aman damai, kalau bukan kerana umno, mati kebulur la kita(contoh).

    Bab syirik ni tak kira ko muslim or kapir, bila menduakan Allah kompom syirik.

    Jadi, salah ke ayat yang uai tu tulis? Sebab dia tau agama la dia kata gitu.

    'Islam dan kristian bertuhankan Allah' - sebab uai muslim yang faham konsep akidah, dia kena cakap begini. Takkan dia nak kata tuhan kita lain? Bila dia kata tuhan kita lain, bermaksud uai menduakan Allah (sebab meyakini bahawa ada tuhan lain selain Allah).

    Begitu juga ayat Isa tu Nabi umat Islam dan Kristian. Salah ke? Kita muslim, uai pun muslim. Siapa muslim berani kata Nabi Isa tu anak tuhan?

    Kesimpulannya, uai menulis atas kepercayaannya sebagai umat islam. Umat Islam kena yakin bahawa Allah itu Tuhan sekalian Alam. Nabi Isa itu Nabi yang diutuskan oleh Allah untuk untuk masyarakat pada masa tersebut dan kita kena yakin (percaya pada Nabi, rukun Iman).

    Sesuai dengan dirinya sebagai pendakwah, uai telah berdakwah dengan caranya. Apa yang umat kristian percaya, itu kepercayaan mereka, kita tak boleh ikut dan mengiakannya.

    ReplyDelete
  27. Maaf, ralat.

    Surah Al-Fatihah ayat kedua "Segala Puji Bagi ALLAH, Tuhan sekalian Alam".

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum, dari apa yang saya pelajari, samakan Allah dengan tuhan agama lain bermakna Pluralisme. Pluralisme salah di sisi Islam kerana ia merosakkan akidah kita. Untuk faham kenapa orang agama lain tidak boleh dibenarkan menggunakan kalimah Allah, sila tonton video ini:
    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hqCgBXYLdKo

    ReplyDelete
  29. Allah bagi rezeki pun melalui perantara anon yg kebetulan negara ni diperintah oleh umno. Byk negaro di dunio ni yg x makmur mcm malaysia ni sobab dapek pemimpin bebal. Contoh terdokek kelantan la. Tu pasal ghamai anak kelantan keluar kelantan cari rezeki. Itu bukan syirik namo ey. Itu berterimo kasih. Budaya kito berterimo kasih pado ibu bapo yg membosar an kito, pado org yg menolong kito. Bukan syirik atau menduokan tuhan namo ey tu. Atau ekau mmg spesis x konang budi dan berterimo kasih. Rezeki ko sumo turun dari langit gak ey. Ekau kok hujah pun biar ado base. Jangan putar bolit ko lain. Cubo ekau duduk sajo kek rumah zaman ni doa pada Tuhan yg satu hari2...agak ey turun x nasi?

    Polik den, azhar idrus sorg yo ko yg belaja agamo sobab tu dio bulih ckp camtu? Abih org lain x belaja agamo ko? Kok ikut statement ko maknonyo azhar idrus sorg yo pandai, yg lain temasuk ekau bodoh belako? Gitu ko?

    ReplyDelete
  30. Anon 7:26pm.. Osah cara ekau berhujah sebijik ikut otak BTN sekolah pencuci otak UMNO tu.

    Sobab tu, den dah cakap, jangan politikkan isu kalimah Allah ni. Ado hujah ulamak yang pro. Ado hujah ulamak yang kontra. Dua2 ado.. Biarlah para ulamak nang kolokaikan. Kito yang macai2 dibawah ni, tak usahlah memandai2 lobih sudu dari kuah pulak.

    Isu ni tak sesuai dijadikan modal politik UMNO do.. Den tahulah, blog ni dibayar dek UMNO. Memang kojo e pun, khusus nak narik oghang ateh pagar nyokong UMNO.

    Bilo buek cagho ni, makin jauh orang bukan Islam daripado Islam. Bughuk bonar nampak e kok kito ni comeh buto, tak pasal2 dalam isu ni.. Bueklah kojo dakwah kuek2. Mudah2an Allah beri taufik berduyun ramai masuk Islam.

    Ini masalah e, kito ni gomar dok nonggok sonang hati dopan TV nengok akademi fantasia, maharaja lawak, cerito hantu, utusex meloya dan tv3. Sobab itulah dakwah tak berkombang..

    ReplyDelete
  31. Anon 1137. Standard tul jawapan cai pembangkang menyalahkan umno. Ekau lupo ko sapo yg bangkit isu ni? Bukan khalifah lge pujaan kau ke? Pastu yg meloncek ialah pemimpin pas yg tibo2 buek sidang media menyokong. Siap mesyuarat majlis syura lg. Itupun keputusan majlis syura presiden pas tak ikut. Media hanya melapor saja. Tu la deh Allah nak tunjuk. Kem sendiri yg buek kecoh, sendiri yg terbelit. Pehtu nak pusing nyalahkan umno. Typical sungguh la hujah. So siapo sebona yg politikkan isu ni? Bukan pakatan haram ka? Hehehe...

    ReplyDelete
  32. Anon 135. Tahniah. Memang ekau ni bijak berhujah. Den tak bantah do. Pencacai ado class punyolah. Bravo!

    Memang LGE ni ado lajak e. Tak sensitif. Namo e pun bolum Islam laie. Kito doakanlah Allah beri hidayat kek dio. Samo jugak kek bukan Islam dlm BN tu.

    Mako, PR/PAS jadi terbolit. (Pandai waghih buek pombidal e. Memang den solut).

    Tapi, dah tau dio terbolit, patut tolonglah lopehkan. Itu namo e, botul2 jujur sayangkan Islam sayangkan bangso. Ini tidak. Dilopehkan goram dondam kesumat. Ambik pulak tali baru. Ditambah pulak lilit lain. Tujuan biar terbolit sampai mampuih.

    Ini cito UAI ni, adolah cagho nak tambah lilit barulah ni. Bukan susah nak baco waghih hoi.. Hehehe

    Itulah bezo e, caro pikir oghang politik dakwah vs politik nafsu.

    ReplyDelete
  33. masalah ey kalo time umno terbelit pun puak pas lagi dok tambah tali sauh nak bagi lilit kuek lagi.

    tapi ekau kono ingat jang, kerajaan federal pun tolak al-kitab ni sobab tu kdn dok hold tak bagi keluar di semenanjung. cuma geng kristian katolik ni bawak mahkamah dan keputusan mahkamah persekutuan bolum tau lagi. sabah sarawak kelulusan bersyarat atas faktor budayo dan sejarah.

    tapi buek apo pas meloncek dalam isu ni? kenapo tak dibalun balik khalifah pas yang buek kecoh tu? kalo time umno boleh pulak balun. bilo time cino dipujo2.

    bagus den nengok bebudak sokong umno ni kalo mca gerakan buek kecoh, dibalun ey. tapi pembangkang kok cino dap buek kecoh, samo ada pas pkr sonyap atau didefend lagi dap tu.

    tang azhar idrus ni sumo pun tau dio sebolah mano. sobab tu statement dio pun mirip sokon presiden parti isle tu. ustaz politik cari makan jugak dio ni.

    kok kobaan azhar idrus dapek tarik orang mudo la bagai dongan lawak dan jawapan mudah ke sasaran pendengar, dulu ismail kamus pun samo yo macam azhar idrus ni. malah ismail kamus lagi lawak sinikal dan ramai orang mudo suko. bezo ey kito tau taraf ilmu ismail kamus sampai tahap phd yg diiktiraf. azhar idrus ni sapo guru ey..mano pondok ey? diiktiraf ko? sobab tu orang berilmu agak skeptikal dongan azhar idrus. sendiri pikir la jang.

    ReplyDelete
  34. Anon 10.22. Sekali lagi tahniah. Memang osah bijak waghih berhujah. Payah den nak caghik. Liat botul2 BTN/UMNO e.. Totok..

    Itulah bezo e politik dakawah vs politik nafsu waghih hoi. Setiap wadah tu ado cagho nak dakwah e. Masalah & situasi e lain2. Kok waghih ni pikir jalan dakwah tentu lapang dado & doa yang baik. Tapi, waghih ni totok otak UMNO. Nak buek camno. Cubo tengok apo komen pengarang ni..

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/abdul-shukur-harun/16421-hebatnya-dakwah-politik-tuan-guru-

    Den tau, sdro takkan setuju. maklumlah harakah. Kok Utusex & tv3 suku, meloncek sdro nyokong ni kan?

    Takpolah, tersorahlah. Nang pertamo elok kito samo beringat. Termasuk den sendirilah. Allah nengok dan ngiro apo niat kito bilo nulih dlm blog ni. Tak dapek nak elakkan bezo pendapat macam ni dalam hal macam ni. Ado hikmah e ni.. Sobab tu, den cadang elok kembalikan pd yang ahli e. Eloklah kito elak tumpang semangkok, menundo berak hanyut.

    Marilah samo kito ikhlaskan hati. Mudah2an, niat kito ikhlas, Allah totap akan baleh yang baik. Jadi, mintak maaflah kok den terkasar terlopeh tulis kek sini yo?

    ReplyDelete
  35. orang UMNO yang amik rasuah dan menggunakn duit itu utk beli makanan utk dimakan maka dia makan makanan haram. Ekau faham tak aku cakap?

    Bila makan makanan haram, maka solatnya dan ibadah-ibadahnya lain tak diterima oleh Allah. Yang ado hanya dosa. 1 suap makan makanan haram bermakna 40 hari ibadahnya tak diterima. Kalau bersuap-suap dah berapa hari tak diterima?? Bukan itu sajo. doa dia pun tak makbul selama tempoh tersebut. Maknanya dia terkeluar dari Islam. Cuba ekau selidik diri ekau, adakah ekau kafir atau Islam?? Silo jawab..

    ReplyDelete
  36. Makan daripada duit haram jatuh kuffur..Kebanyakan pemimpin2 skrg dah jadi kufur..Ekau faham tak..Blog sampah..

    ReplyDelete
  37. Sdra Shuib..

    Nampak e, tuan ni dah melalut terkeluar dari tajuk ni.

    ReplyDelete
  38. Janji humban Umno BN ke nurrakaa..mamposh BN negara selamat dan maju,rakyat gembira.harap ini juga tak keluar tajuk?apa aku peduli ye tak?janji asal bukan umno parti iblis setan yg dikenali!yeyehhhhhhh bak kata Bandi Amok.kikikihhhhh.m.mampush umno

    ReplyDelete
  39. Penulis blog nak beradu kekuatan dgn aku tak??

    ReplyDelete
  40. Amri ko nak beradu kekuatan dgn Paneh Miang. Memang otak ko letak kat kepala lutut la...... hehehe

    ReplyDelete
  41. Jumpa ko Paneh Miang, aku pecahkan ko..dari hujung rambut ko sampai hujung kaki, aku pecah...biar bersepai mayat kau..

    ReplyDelete
  42. Ramai kok ekau nak pecahkan tu bang. Tak silap den ado 13org warga paneh miang ni. Osah handa ko nak pocahkan rambut dorg sumo. Camno ilmu pocah rambut ni? Silat pun xdo ilmu pocah rambut. Hehehe. Standard cai pembangkang kaki pecah rumah.

    ReplyDelete
  43. Salam PM maaf kalau saya kata, ni lah artikel paling BODOH pernah saya baca di sini. Malas nak komen pjg2 sbb nanti jd melalut. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  44. Ni paneh miang ni yg bodoh.....bawa isu yg saja nak cari popular......ini bloger cari duit punya....suku sakat dengan sanggah tok janggut....ugut agensi kerajaan kerana nak duit bayar hutang mercedsnya......

    ReplyDelete
  45. Setuju dengan shuib.....ini bloger UMNO.....geng dia ni sanggah tok janggut.....juga kaki ugut bila tak dapat duit. Sanggah tok janggut ni namanya Raffi...tak ada Dato ngaku Dato.....dapat habuan dari JASA, MKN, Research, penerangan.....kira sapu keliling....la ni nampaknya sedang ugut KP BTN pulak..kononnya KP BTN ada janji deangan dia nak bagi gaji bulanan.....merosak nama bloger aje.....oi taubat le....tapi biarkan gitu biar ramai lagi bloger UMNO macam dia ni .....biar UMNO/BN cepat kalah.....

    ReplyDelete
  46. Ye ke sanggah tok jangut tu kawan paneh miang......patut le akau lihat blok depa duanorg ni asyik hentam Raja arif...ok nanti aku nak tanyakan geng aku kat BTN tu betul ke apa yg berlaku macam yg dia org hentam ni.......takkan PM lantik ...PM mesti ada maklumat lebih hebat dpd bloger bangang macam dua org ni.....atau bolger dua ni ada agenda. Lain nak masukkan KP lain supa depa boleh hidup senang pau KP tajaan merekaq

    ReplyDelete
  47. mondoghu ko orang yang mondonga coramah eh tu jadi murtad? ..koluar dari Islam masok kristian? atau masuk hindu ko ...budhha ko..??? ...SAPO SUKO BOLEH POI DONGA ... SAPO TAK SUKO TAKYAH DONGA ... TAK ADO SAPO-SAPO YANG PAKSO ... KALAU DIO BOTO DIA DAPEK PAHALA ... KALAU DIO SALAH DIO DAPEK DOSA ....apo susah bona lak...????????

    ReplyDelete
  48. Yahudi, Kristian dan Islam adalah bertuhankan Allah
    Bezanya -
    Yahudi tidak memperakui Nabi Muhammad dan Nabi Isa sebagai Rasul

    Kristian -Tidak memperakui Nabi Muhammad sebagai Rasul dan menganggap Jesus sebagai anak tuhan.

    ReplyDelete

Blog Archive