Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, April 26, 2008

Sabotaj di Parlimen Seremban

25 April 2008- Seramai hampir 100 orang ahli UMNO Bahagian Seremban berkumpul di Hotel Seri Malaysia Seremban bagi menghadiri suatu sidang media oleh pemimpin-pemimpin kanan UMNO Bahagian Seremban yang menafikan dakwaan oleh Ketua Bahagian Seremban Dato' Ishak Ismail yang menyatakan bahawa kekalahan teruk BN di Parlimen Seremban adalah disebabkan oleh sabotaj yang di lakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga merangkap Pengerusi BN Negeri.
Dato' Ishak bin Ismail , Ketua UMNO Bahagian selama hampir 20 tahun yang telah tidak terpilih sebagai calon wakil rakyat bagi DUN Lenggeng bagi PRU 12 yang lalu, sebelum ini membuat sidang akhbar menyalahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO merangkap Pengerusi BN Negeri kerana memilih calon wakil rakyat tanpa merujuk dahulu kepada Ketua -Ketua Bahagian.Menurutnya ini adalah salah satu cara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri mensabotaj UMNO Bahagian Seremban apabila calon yang dipilih untuk bertanding bukan yang dicadangkan oleh Bahagian.
Berhubung dengan dakwaan ini, pemimpin-pemimpin kanan UMNO Bahagian Seremban yang hadir pada sidang media tersebut mendedahkan bahawa semua nama calon yang bertanding di DUN Ampangan, DUN Sikamat dan DUN Lenggeng pada PRU 12 yang lalu adalah tersenarai dalam senarai calon cadangan yang dihantar ke Perhubungan Negeri. Oleh itu mereka mempertikaikan bagaimana Dato' Ishak boleh mendakwa calon-calon yang bertanding tersebut bukan calon yang dicadangkan oleh Bahagian Seremban.
Pemimpin-pemimpin kanan tersebut seterusnya mendedahkan bahawa antara faktor kekalahan calon BN di Seremban adalah undi orang bukan Melayu yang tidak mengundi calon BN dan juga elemen sabotaj oleh yang didalangi oleh pemimpin dan orang UMNO di Bahagian Seremban sendiri. Suatu fakta yang menarik yang didedahkan adalah gambar seorang Ketua Pemuda Cawangan memegang kain rentang membantah calon yang dipilih sedangkan calon tersebut adalah Ketua Cawangannya sendiri. Gerak sabotaj oleh pemimpin UMNO dan orang UMNO ini amat licik hingga di ibaratkan sebagai " Orang buat kerja di hadapan ,dia (yang mensabotaj) menghentam kita dari belakang".
Pemimpin-pemimpin kanan tersebut seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan di peringkat negeri dan nasional dan meminta Ketua UMNO Bahagian Seremban bertangungjawab atas sabotaj yang dilakukan oleh pemimpin dan orang UMNO kepada calon BN di Bahagian Seremban dan berhenti dari menyalahkan kepimpinan peringkat negeri dan nasional akibat kekalahan calon-calon BN di Seremban.
Cacing Merah: Tergelak tengok gambar ketua pemuda yang membantah ketua cawangan sendiri menjadi calon.

13 comments:

  1. slamat dtg cacing merah. setelah sekian lama menunggu akhirnya dapek gak baco posting.
    sorg kwn ado bagitau yg kito kena sokong kepimpinan semasa. jadi kito kena la sokong ishak sbb dio ketua bahagian semasa. botul ka?

    ReplyDelete
  2. Exactly as I expected, the downfall of BN was not due to Pak Lah but due to acts of sabotage by the grassroot leaders. In such event how can we blame Pak lah when the grassroot leaders themselves betrayed the party.

    ReplyDelete
  3. too many factor d downfall of BN. kalo paklah tak izin utk gugurkan calon yg berjawatan at d first place, mgkn sabotaj ini tidak berlaku.

    ReplyDelete
  4. benar tu makkal sakhti...memang kita pun kalau boleh tak sika pun nak salahkan pemimpin kita...tapi harus di ingat 8387, pak lah telah pun melakukan kesalahan besar apabila beliau gagal mengambil kira suara di peringkat akar umbi dalam memilih calon PRU 12 baru ni..ayahanda TUN dulu walupun kita tahu sangat tegas orangnya, tapi beliau tidak pernah meminggirkan suara rakyat...rakyat sahaja (terutama org melayu sendiri) yang tidak pernah tahu menilai dan menghargai kebijaksanaan TUN...Yang salah tetap salah dan jika PAK LAH ikhlas dalam perjuangkan UMNO dan nasib orang Melayu, dia tiada pilihan lain kecuali turun dari takhta yang beliau sendiri isytiharkan...jangan nanti luka bertukar nanah, parah dan berdarah...kerana yang akan tergadai kita punya MARUAH

    ReplyDelete
  5. I can't understand the rationale why Pak lah has to step down due to dismal performance of BN.Pak Lah is the elected UMNO President not an appointee the post.Is it in keeping with the spirit of UMNO if a grassroot leader takes matter in his own hands by sabotaging the candidiates? Can the grassroot leaders who appointed Pak Lah to the post may at the same time disobey his direction? That is not how UMNO works.The one who should step down is the grassroot leader himself if he feels he can no longer obey the directive of the elected President.Same goes to those who carry the emblem of Jabatan Perdana Menteri yet continuingly blaming Pak Lah for nearly everything.They should step down too..

    ReplyDelete
  6. saya ni pendatang baru kat blog ni...tapi bila membaca komen2, yg saya musykil ialah 8387 ni..kejap komen dia macam orang bijak..kejap lagi tu komen nye macam orang tgh mabuk...maki org sana sini...dia ni saper?

    ReplyDelete
  7. salam..
    kojo mensabotaj parti ni adolah kojo salah.. kalau dalam porang hukum eh bunuh..salah totap salah...

    tapi kito kono kaji sobab apo kojo sabotaj ni terjadi..
    1) ado ko sobab suaro mereko di grass root ni tak didengari..
    2) ado ko sobab leader eh tak ado pendirian dalam kato lain kepimpinan yang lomah..
    3) ado ko sobab ado pihak tertinggi yang mementingkan diri sendiri dari kepentingan parti..
    4) ado ko sobab pemimpin2 melayu kito sekarang ni dah tak do T*** ..
    5) ado ko sobab kurang eh semangat cintokan negaro, bangso dan agamo dalam diri setiap individu..

    kito buleh cari seberapo banyak sobab sabotaj ni terjadi.. tp yang kito perlu sedar sekarang ni adolah kito dah kalah.. melayu makin lemah..

    p/s
    takkan pasal duit nak jual maruah kan...

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  8. To M. Firdaus.whatever the reasons of sabotaging might be,it is still a wrong thing to do. As leaders we must uphold the party's interest first and other interests second. We can come up with a detail post mortem on BN's loss and we may find a long list of reasons for sabotage but none shall hold merit to justify acts of sabotage commited by the grass root leaders.These type of leaders should be expelled from UMNO and from BN. UMNO and BN does not need this type of leaders.

    ReplyDelete
  9. Kalau macam tu betol la cadangan supaya PAK LAH turun...sebab dia pun dah sabotaj parti apabila bertindak melulu tanpa mengambil kira kepentingan ramai...dia ni dah la yang paling atas...sabotaj parti sendiri lebih teruk la dari pemimpin di grass root level....nak bagi UMNO ni bersatu balik, buang je pemimpin mangkuk hayun macam ni, kan 8387?

    ReplyDelete
  10. sojuk, jgn la ganas sangat. takut la aku dengar. tapi betul gak tu, asik2 nak salahkan akar umbi, kitorang keje bermati-matian tau, bukan senang berhadapan dgn pengundi sekarang, nak2 bila dorang mempertikaikan kewibawaan calon. sapa suruh letak calon haprak? bila kalah, nak balun kitorang balik, mmg haprak la korang! camna hapraknya org yg pilih korang... camtu la
    hapraknya korang!!!

    ReplyDelete
  11. woi akar umbi, yg kau bangang na pi kojo mati-matian utk calon haprak tu buek po, nasib baik kau tak kojol, kok tak... konyang calon haprak tu mkn kenduri arwah kau kih!kih!kih!
    setau aku la... dr info yg bleh dipercayai... calon dun lenggeng tu tak de pun nama dia dlm senarai calon cadangan yg diantar ke perhubungan. dia calon yg dinamakan MB sendiri. MB nak dia sbb dia suku sakat MB, kroni le tu!
    calon sikamat tuu... calon penyandang. Pengundi dah test dia sepenggal. lain kali jgn jobo, bila jobo... org meluat!
    calon ampangan... org kuala pilah. org ampangan nak anak jati tempatan. calon ampangan IQ rendah, baru disogok jawatan (belum tentu mng) dah hilang arah & bermegah2. takkan org nak calon berakhlak rendah, usung anak dara org ke hulu ke hilir cukup mudah, tabur duit melimpah ruah, bila tak nak dibuang mcm sampah, akibat touch n go punya falsafah. singkap sejarah 2nd org rmh, IQ tinggi sikit dr rendah, ugut bunuh diri kalau tak diendah, title istri yg ditadah, bikin calon ampangan gundah & mengelabah, akhirnya... ikutkan ajelah!
    PENGUNDI BUKAN BODOHHH... LETAK TUNGGUL KAYU PUN ASALKAN LAMBANG DACINGGG... BOLEH MENANG MUDAH!!!
    KALAU KUALITI DIRI CALON SENDIRI TAK CUKUP GAH, JGN ORG LAIN YG DIPERSALAH! MUHASABAH...

    ReplyDelete
  12. pergh makin ganas komen kek sini. bagi den faktor calon ponting dan pucuk pimpinan yg menamokan calon tu lain kali jgn buto ati. tau la tak pokak, tapi kalo dah buta hati tu payah la jawb eh.

    ReplyDelete
  13. salam..

    tak payah susah-susah..

    kalau dalam sembahyang berjemaah.. imam kito terkontut.. batal air sembahyang eh... kito ahli jemaah tak batal sembahyang do.. ganti yo la imam lain...

    kalau PM kito dah gagal dalam PRU12.. takkan kito sumo nak kono beronti... dio yo la yang beronti.. ganti PM lain..

    p/s
    lopeh tu paham-paham la jemaah lain yang tekontut.. pepandaila beronti sekali... ambik air semayang balik..

    duduk kl tp masih jiwo negori...

    ReplyDelete

Blog Archive