Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, April 26, 2008

Sokong bawa rebah

Kalaulah ada ramai lagi pengampu-pengampu seperti Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) aku percaya Umno pasti tidak akan bertahan lama. Otak dia ni letak kat lutut ke bila dia mengeluarkan kenyataan bahawa pemilihan Abdullah sebagai Perdana Menteri dibuat oleh rakyat, justeru UMNO tidak boleh menafikan hak rakyat. Kenyataan-kenyataan seperti ini membuatkan lebih ramai yang meluat bukan sahaja pembangkang malahan orang-orang UMNO sendiri. Kepada Nazri Aziz kau perlu ingat, Pak Lah menjadi PM atas kapasitinya sebagai Presiden Umno. Lihat sahaja di dalam senarai menteri-menteri kabinet yang baru dilantik berapa kerat sangat ketua-ketua bahagian yang dilantik sebagai menteri penuh? Adakah Pak Lah rasa bahawa ketua-ketua bahagian ini akan berdiam diri sahaja? Tidak mustahil Pak Lah didodoikan dengan mimpi-mimpi indah oleh pengampu-pengampu seperti Nazri Aziz ni yang memberitahu Pak Lah bahawa sokongan rakyat kepada Pak Lah tidak berbelah bagi dan rakyat sangat sayangkan Pak Lah. Ramai ahli-ahli Umno yang kecewa bila orang-orang yang tidak bertanding pada pilihanraya umum yang lalu diangkat menjadi menteri dan timbalan menteri contohnya Muhammad Taib, Amirsham (Bekas Ceo Maybank) dan Mashitah sekadar menyebutkan beberapa nama. Ramai yang berkata, kalau macam ni keputusan pucuk pimpinan parti maka tidak perlulah kita bersusah payah berjuang di dalam Umno cukup sekadar baik dengan Presiden dah tentu dapat jugak kita jadi timbalan menteri.

p/s: Kalau betul Nazri Aziz tidak mengampu pasti dia berani bertanding MKT, tetapi dia tau akan kalah jadi dia isytiharkan awal-awal lagi dia tidak mahu bertanding MKT.

7 comments:

  1. Mungkin tak yg dia sebenarnya bukan letak otak kat kepala lutut...tapi otak dia tu disfunction...pasal dodoi pak lah ngan mimpi indah tu...tak payah orang dodoi pun takpe...dia kan memang suka mendodoi diri sendiri kat dalam meeting2 kabinet...ntah kat mana2 lagi lah...kecuali kat depan isteri tercinta nagn kat padang golf...ye tak PAK LAH TER'SAYANG'?

    ReplyDelete
  2. Selamat datang kpd puaka desa, yang juga merupakan salah sorg sahabat saya. Buat para pembaca, walaupun kata2nya mungkin agak kasar tapi itulah caranya. Kalo cakap elok-elok, bukan puaka desa namanya.

    ReplyDelete
  3. Kepada tuan Puaka Desa. Betul lah apa Dato Nazri cakap tu. Itu adalah fakta. Tak kan cakap fakta pun boleh dilabelkan sebagai pengampu.Perlu diingat Pak Lah menang pilihanraya di kawasan dia dan selain dari presiden UMNO dia juga adalah Pengerusi BN. Dalam Perlembagaan Malaysia orang yang menerima sokongan majoriti (walaupun majoriti mudah) boleh dilantik jadi Perdana Menteri.Dalam PRU12 ari tu BN dapat majoriti (iaitu sokongan rakyat) dia sebagai Pengerusi BN haruslah dilantik jadi PM.Itu strukturnya.Takkan pemeriksa kira-kira BN plak nak jadi PM?Bila dah jadi PM dia boleh bentuk kabinetnya dan dalam Perlembagaan tak semestinya kabinetnya datang dari orang yang menang Pilihanraya. Takan orang UMNO berjuang sebab nak jadi Menteri,Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen aje? Tanpa jawatan tu suma orang UMNO tak leh berjuang/menyumbang ke?

    ReplyDelete
  4. pelik la 8387 ni...menulis sini macam caje je nak api2kan sumer orang..PENGADU DOMBA...kenapa..???di utuskan oleh ANWAR IBRAHIM ke untuk buat dajal ni?? Yelah...kalau ko Melayu, yang suka buat dajal ni ANWAR IBRAHIM...Kalo ko INDIA, mesti pengikut setia SAMMY VELLU...Kalo ko Cina agaknya anak didik kesayangan LIM KIT SIANG tak?? Sebab kalo ko anak didik PAK LAH, takkan la bodoh sampai macam ni skali...melainkan ko nak tolong buktikan yang PAK LAH memang BODOH.....

    ReplyDelete
  5. Mahdzir khalid pun dah declare taknak bertanding Ketua Bahagian..Macam tak confident je..

    Semakin paneh..dgn blog2 aku sekali korang panehkan.

    ReplyDelete
  6. setahu den presiden umno menjadi pengerusi bn sbb umno parti paling besar keahliannya berbanding parti komponen lain dlm bn. pabila jadi presiden umno, secara automatik dia akan jadi pengerusi bn. maka kebiasaannya presiden umno akan menjadi pm kerana dia adalah presiden parti terbesar drpad kalangan parti pemerintah dlm bn. di malaysia jawatan pm bukan dipertandingkan utk dipilih oleh rakyat ttp atas kapasitinya sbg presiden umno. jadi sudah tentulah jika paklah bukan presiden umno, maka dia tak boleh jadi pm. dlm pru paklah hanya bertanding sebagai ahli parlimen dlm kawasan kepala batas dan hanya org kepala batas je mengundi dan bukannya seluruh rakyat malaysia. jadi dia bertanding atas tiket bn sbg ahli parlimen dan bukannya sbg pm.
    kita bukan spt sesetengah negara spt indonesia dan usa yang mempertandingkan jwtn presiden utk dipilih oleh rakyat.

    perkara ini dulu pernah dipertikaikan oleh pas yg membantah jwtn pm atas kapasiti sebagai presiden umno dan jwtn presiden hanya diundi oleh perwakilan dan bukan rakyat malaysia keseluruhannya. kalo pas pun bole paham, kita? takkan nak jadi bodoh cam nazri.

    ReplyDelete
  7. salah to podeh fakta kau!UMNO jadi Pengerusi BN sebab persefahaman antara semua komponen parti. Masa mula perikatan MCA MIC dan UMNO dulu cadangannya jawatan Pengerusi ini disandang scara bergilir.Tapi dek terharu dengan gentlemen Tunku dalam keikhlasan menguruskan hal ehwal Perikatan MCA dan MIC berikrar hanya UMNO sahaja yang layak jadi Pengerusi Perikatan dan sekarang ni BN kerana hanya UMNO sahaja yang dapat mengekalkan keharmonian dalam parti. Persefahaman ini teruji beberapa kali -pertama masa 13 Mei 1969 bila MCA dan MIC nak tarik diri dari Perikatan sebab kalah teruk tapi UMNO kata sahabat tidak akan tinggalkan sahabat. Tahun 1988, MCA boleh terus teraju BN dan buat sejarah orang cina jadi PM kat Malaysia sebab UMNO dah batal tapi mereka tidak lakukan sebab ikrar dan persefahaman yang ada.1999 kerusi UMNO merosot tapi komponen lebih besar tapi dek persefahaman tadi UMNO masih mempengerusikan BN. UMNO pegang kerusi BN bukan sebab UMNO dapat kerusi terbanyak tapi sebab persefahaman dari dulu lagi.Fakta Presiden UMNO automatik sebgai Pengerusi BN tu betul kecuali kalau Presiden UMNO sendiri namakan TImbalannya jadi Pengerusi BN

    ReplyDelete

Blog Archive