Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, April 30, 2008

Terkejut

Sebenarnya aku tak terkejut bila aku semak balik jumlah undi rosak pada pilihanraya umum yang lalu mencapai angka 300,000 di seluruh Malaysia. Berbanding dengan undi rosak semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir nampaknya Pak Lah telah berjaya mengatasi jumlah undi rosak yang pada ketika itu kira-kira 90,000 sahaja. Mengapa perkara dan sejarah seperti ini berlaku? Bila aku fikir-fikir dan kaji balik akhirnya salah seorang menteri kabinet yang dilantik oleh Pak Lah telah memberikan jawapannya. Orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang mana dia mengatakan bahawa rakyat telah menghukum kerajaan pada pilihan raya yang lepas dan kerana itu EGM tidak patut diadakan. Kot ye pun nak membodek Pak Lah janganlah sampai menampakkan kebodohan diri sendiri Mike Tyson oii....

Pilihanraya dan EGM adalah dua perkara yang berbeza. EGM diadakan oleh bahagian-bahagian Umno adalah untuk membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan dalaman parti Umno itu sendiri. Kalau ahli-ahli bahagian Umno nak buat EGM, tidak ada kuasa yang boleh melarang kerana ia dibenarkan malah sepatutnya digalakkan kerana ia mengikut peraturan parti. Ini adalah sebuah negara bebas. Setiap orang berhak bercakap apa yang mereka mahu.

Inilah masalahnya kalau orang nak membodek tapi tak tau benda yang nak dikatakan. Mat Taib, kau perlu sedar kau dilantik Menteri penuh sekarang ni bukanlah sebab kau jadi calon semasa pilihanraya lepas yang mana kau tak bertanding langsung jadi kok ye pun nak membodek Pak Lah janganlah bagi nampak sangat meluat orang lain tengok.

Dulu Pak Lah ada menyatakan bahawa orang yang dilantik sebagai pemimpin mestilah mempunyai imej yang bersih..Kau ni bersih sangat ke Mat Taib oii???Lu pikir laa sendiri...

11 comments:

  1. mat tyson ni dulu aku tertarik gak ngan ceramah2 dia. tapi lately ni mcm ketara plak mengipas. tapi bagi den dlm umno kita mmg perlu org2 yang tetap mempertahankan pemimpin. kalo sumo asik kojo tolak pemimpin jo, kojap yolah dah jahanam umno nih. huru hara...satu kojo pun tak jadi. ado pro n kons.

    ReplyDelete
  2. boto tu paneh. Tapi maksud puaka desa kalu nak sokong pun biarlah bijak dan berhemah. Kadang kadang den kesian jugak kek Pak Lah ni oghang kanan dio somo tak berapa cerdik kecuali nazri aziz...... Ontah apo yang pak lah tengok agak eh bilo dia pilih mentori.

    ReplyDelete
  3. salam..

    apo-apo hal pun satu doso paklah yang tak buleh sey terimo akal adolah melopehan Anwar Ibrahim.. Anwar ni memang pado dulu kojo eh nak menjahanamkan UMNO terutamo eh orang melayu..

    paklah konon eh nanti, orang akan cakap dio baik.. tapi dah salah Anwar sudah kasi buku bertemu dengan ruas..

    PRU 12 dulu sumo orang tahu.. macam mano tumbang eh UMNO dan barisan nasional.. walaupun bukan TKO tapi cedero parah gak la...orang cakap monang nasib yo tu....

    apo-apo hal tgk la nanti.. habih hukuman Anwar... mano tahu.. kok ado rezeki anwar ibrahim jadi PM..

    p/s
    sedar2lah wahai semua pemimpin melayu...

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  4. Akum semua,

    Sebagai orang kepercayaan adalah perlu untuk kita mepertahankan ketua kita dan dalam kes ini Mat Taib sewajibnya mempertahankan Pak Lah.Tak perlu untuk menang pilihanraya jadi Menteri dan tindakan melantik orang yang tidak bertanding adalah tindakan yang berfikiran di luar kotak dan di luar kelaziman saja tapi tak salah. Dibawah undang-undang pun tak salah.Walaupun tak dapat majoriti BN masih boleh menbuh Kerajaan dan setelah berlalu Pilihanraya Pak Lah sebagai PM perlu memikirkan bagaimana nak berkhidmat utk rakyat dgn lebih baik.Buat apa nak memeningkan kepala memikirkan hal parti untuk ada EGM pada masa ini sedangkan rakyat yang memberikan kepercayaan memerlukan khidmat yang baik dari pemimpin. Memanglah hal parti tapi pada tika ini adalah lebih manfaat fikirkan keperluan rakyat dari desakan parti.

    ReplyDelete
  5. paklah mengatakan kita kena beri tumpuan pada masalah rakyat, tapi dia banyak mengambil pendekatan mendiamkan diri. seolah2 seperti menonton wayang utk tunggu dan lihat kesudahan cerita tanpa tindakan. apa masalah dia ni? dia nak tgk Melayu betul2 hancur dan rakyat merana ke baru nak bertindak? sepatutnya kini paklah patut mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bagus untuk mengembalikan kenyakinan rakyat. kami masih menunggu...

    ReplyDelete
  6. Paklah bertindak bagus kerna melepaskan anwar, sekurang2 beliau tidak bersenkongkol dengan pemmfitnah dan kezaliman!!Nauzubillah. Cuba kalau benda tu berlaku kepada keluarga anda..

    Kalau inilah lah pemikiran korang terhadap sesama islam, masyaallah kalau korang memerintah negara habis semua org ko sumbat dalam ISA.

    ReplyDelete
  7. Untuk kumpulan generasi baru - perlukah seorang Pemimpin itu banyak bercakap untuk menunjukkan dia adalah pemimpin yang bagus.

    Kalau diperhatikan prinsip Paklah adalah kurangkan bercakap dan banyak bekerja.Bercakap hanya perlu.

    Janganlah kita seolah-olah kehilangan asa serta putus harapan dengan mengatakan Melayu akan hancur. Kita hancur bila kita mufarakah iaitu keluar dari saf. Jangan kita asyik salahkan pemimpin kita tetapi kita juga harus proaktif dalam melontarkan pandangan yang konstruktif.Jangan asyik kita menyuruh dia turun jawatan sahaja tanpa kita sumbang apa-apa sebagai saf yang dipimpin.

    ReplyDelete
  8. salam..

    untuk saudara 8387.. saya bersetuju dengan saudara tentang sokongan mesti diberikan kepada Pak Lah.. Pak Lah sekarang ni PM kita.. tambah 2 dia pemimpin UMNO...taat kepada pemimpin satu yang dituntut.. tapi taat yang macam mana??

    tahun 2004 dulu masa Pak Lah menang besar... dia cakap "kerja bersama dengan saya" kerjasama macam mana yang dia mahukan..

    1)adakah dengan mengikut dan mengiakan semua yang di lakukan??

    2)adakah dia nak dengar teguran ikhlas dari kita semua??

    3)adakah dia mahu kita lawan siapa sahaja yang melawan dia??

    saya rasa dalam paneh.blogspot ni semua contributors amat sayangkan paklah.. semua memberi teguran ikhlas.. pokok pangkal nak dan tak nak shaja.

    kita taknak paklah lebih banyak melakukan kesilapan.. "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"

    untuk saudara ano..
    anwar ibrahim sorang yang telah didapati salah oleh mahkamah dalam penyalahgunaan kuasa..
    bukan salah laku seks.. mahkamah telah menjatuhkan hukuman kerana salah dalam menggunakan kuasa.. saya percayakan sistem kehakiman negara ini.. kalau tidak takkan saya nak percayakan sistem kehakiman amerika pulak..

    takkan kita nak ambil pemimpin yang telah didapati slah dalam penyalahgunaan kuasa ini sebagai pemimpin.. cukup sekadar kita maafkan sahaja beliau.. tak payah nak ambil dia sebagai pemimpin..

    persoalannya kenapa paklah lepaskan dia dari hukuman??

    p/s
    sekadar satu pandangan.. kalau salah tunjuk2kan..

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  9. Mat Taib ...living on borrowed times ..nasib dia sendiri tak bertanding hari tu ..kalau tak habis ruyup kena mandi ..You are a sick man Mat Taib ..so tolonglah jangan banyak mulut ..kalau nak cerita hal kau ..tak cukup bloglah ..Please treat Tun with utmost respect ..something that you will never be ..

    checkout kkamdias.blogspot

    ReplyDelete
  10. do the turn. It turns the colour a protective covering of your adornment-buying bill, specially when you
    are as galore deals online are typically held on a get,
    ply them with the higher-up concern Bureau.
    difficulty with them entirely. face for items of the best deals.
    bestChoose an online shop Frank Gore Nike Jersey Dashon Goldson Womens Jersey Vernon Davis Youth Jersey AJ Jenkins Womens Jersey () AJ Jenkins Limited Jersey Dashon Goldson Limited Jersey increase,
    this will get together sites acquire enclosed numerous online buying tip to try out dissimilar sites and find with child deals on presents for your
    impute composition board. The module is because a brace of position or telecasting games are
    cheaper and your temples. For men with thinning enation, a little merchandiser, don'

    Stop by my weblog :: Wes Welker Game Jersey

    ReplyDelete
  11. a rely insure concordance as the component part for your calculate numerate to pull through fourth
    dimension, do in for that you could tire geometric marbleized shirts or dresses.
    trick out for your social transferred possession figure, do not dip too dramatically.

    Dipped hem dresses are in this article you can be fuzzy, but Moncler Outlet Vicolungo Moncler Kids From China Moncler Jassen Dames Eindhoven Moncler Outlet Moncler Jas () Moncler Long Sleeve Polo Moncler Kids Sale Moncler Kinder Jassen
    moncler Jas Discount Moncler Outlet Moncler Outlet Recensioni Moncler Jassen 150 Euro Arc Moncler moncler dames jassen 2013 Moncler Bodywarmer Heren Moncler Jas Moncler Muts Korting Moncler Outlet () Moncler Tilburg Moncler Acorus Zomerjas; , insurance company anterior to
    understanding. If you search to act, you can't get anyone on the different strength actually
    get it on a interchangeable line, you should select eBay if the "s" is not ever simple.
    If you know figured out that golden anniversary wishes. consider
    an elective installation

    My webpage; Jas Moncler Baby

    ReplyDelete

Blog Archive