Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 14, 2008

Sudah Diduga

Dua berita yang aku rasa saling berkait:-

KUALA LUMPUR 14 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan memberi keterangan berhubung kes liwat melibatkan dirinya, tidak hadir di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur hari ini. Peguamnya SN Nair ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil menegaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu kini menunggu surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPK. Berpuluh wartawan dan jurugambar berkumpul di IPK berkenaan apabila dimaklumkan Anwar akan memberi keterangan pukul 2.30 petang ini berhubung laporan beliau meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Adnan pada 26 Jun lalu.

KUALA LUMPUR 14 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Penolakan usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Parlimen Pembangkang yang kemudian bertindak keluar dewan. Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar Amin itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.

Nota: Nampaknya Anwar meletakkan pelbagai syarat sebelum beri keterangan kepada polis. Satu perbuatan yang mencurigakan bagi seseorang yang "berani kerana benar". Wan Azizah pula selaku ketua pembangkang telah membuat usul undi tidak percaya kepada Paklah pada 10 Julai lalu. Persoalannya kenapa baru sekarang nak buat usul undi tidak percaya kepada PM? Kenapa tidak semasa mula2 persidangan parlimen dahulu? Adakah kerana pakatan rakyat (entah bila rakyat berpakat pun tak tau) sudah mula tidak yakin bahawa Anwar akan jadi PM? Adakah meraka sudah mula mempercayai salah laku liwat Anwar? Sehingga kini tiada satu pun pemimpin DAP dan PAS yang kelihatan bersungguh mempertahankan Anwar. Hanya barisan pemimpin PKR sahaja yang ghairah mempertahankan Anwar yang belum pun mejadi ahli PKR itu. PAS pula kini sudah mula membuat beberapa siri rundingan dengan UMNO. Nampaknya bibit2 perpecahan pakatan rakyat sudah pun bermula.

p/s: Oh Azizah, berhentilah jadi manusia hipokrit. Aku percaya dikau sudah letih memikirkan perihal suamimu. Janganlah buat sesuatu atas keterpaksaan.

14 comments:

  1. Salam...

    Anwar kekadang rasa dia VVIP dan perlu diberikan layanan yang istimewa....

    ReplyDelete
  2. betul la paneh...kenapa sekarang baru mereka nak buat usul undi tidak percaya? Hari tu masa SAPP nak bawa usul yang lebih kurang sama, takde saper pun pembangkang yang sokong...nampak sangat perjuangan PKR dan DAP adalah untuk Anwar dan keluarga dan kroni2nya kan....

    ReplyDelete
  3. entah la...nuar ni aku tengok memang desperate tahap cipan kena sawan ni...habis anak bini dia angkut diguna dan diperalat untuk kepentingan politik dan kuasa peribadi....kesian aku tengok kat dua wanita cun ni...(cun ke???...boleh la)

    ReplyDelete
  4. bodoh lah korang ni..napalah kes nuar jugak heboh..najib dan rosmah polis tak anggil siasat pulak..mana lah keadilan dalam negara malaysia sekarang..yang jenayah bunuh buat biasa jer..yang meliwat pulak sibuk..yang sarang pelacuran melambak2 di tengah2 kota tu tak nak tangkap reman pulak..bangang dah kerjaan BN ni

    ReplyDelete
  5. wahai ano,

    mcmana polis nak siasat rosmah dgn najib sbb takde org buat report polis pun. yg ada cuma akuan bersumpah. itupun dah ditarik balik. so mcmana? kalo ano ada bukti najib dgn rosmah bunuh org...pegi jelah report polis. jgn cakap je. setakat tuduh semua org boleh tuduh. anwar pun suka tuduh org. tapi kalo org tuduh dia...heboh dia cakap konspirasi la, itu la, ini la.

    kalo nak kata sarang pelacuran belambak kat tengah kota, apa kata ano suruh dap ambil tindakan. bukan ke skrg wilayah persekutuan dap yg pegang. pegi la komplen pd dap. suruh la dorg setel isu pelacuran tu.

    sokong kata julia. perjuangan dap dan pkr mmg utk anak beranak. tgk jelah siapa yg jadi ahli parlimen. semua nepotisme. tapi mereka sibuk menuduh paklah. tak nak cermin diri sendiri.

    harap2 perbincangan umno dan pas akan beri manfaat pd org Melayu.

    ReplyDelete
  6. apa lah bangang podeh ni..bukan ke akuan bersumpah tu dah kira bukti najib dan rosmah tu terlibat..habis yang polis tu kerja dia nak kena ada orang report dulu ker..kalau ada bukti tu pegilah sisat..podeh pun bangang macam polis..

    takkan nak suruh atlantuya report baru nak pi siasat..lagilah bangang nak mintak org mati report..

    kalau pasal nuar, pasal pkr cepat jer..PKR semalam tak buat erhimpunan pun gimik polis ajer..PKR nak buat perhimpunan umum dulu macam BERSIH dan PROTES..tup tup semalam polis kata ada perhimpunan haram..

    Ni lah akibatnya kalau kau tak sub sangat dengan geng2 UMNO tu..takkan kemana..kalau kita tengok balik macammanan zaman firaun dulu..macam ni lah sekarang..

    ingat bala Tuhan sekejap sahaja..kalau tak reti2 nak insaf bala Tauhan datang sekelip mata jer

    yang hang sibuk DAP pasal pelacuran tu aa ke hal? DAP tu Islam ker? bodoh lah..kita nak tengok pemimpin negara islam hadhari kita bertindak...wilayah bukan DAP pegang lah bangang!!!

    ReplyDelete
  7. kesian polis dikatakan bangang. adakah ano maksudkan jugak bangang itu kpd polis2 yg mati dibunuh dgn kejam oleh komunis di bukit kepong dulu? kalo takde polis entah apa la nak jadi negara ni. confirm huru hara.

    perhimpunan bersih dan protes dulu tau ke siapa dalang dibelakangnya. tau tak ano pasal open dialogue centre dan malaysia for free and fair election (mafrei)? siapa pekerja mereka? kenapa mereka dibayar dlm us dollar? apa tujuan perhimpunan tu? nak Malaysia jadi mcm iraq ke? mungkin ano ni tak tgk gambar2 yg ada dlm blog ni.

    lagi satu kami kesian kat ano ni dia masih tak tau wilayah persekutuan dipegang oleh dap terutama KL ni. tak amik tau perkembangan ke ano? tulah kalo jenis cakap tak pakai otak. kan rakyat dah pilih dap utk mewakili mereka di kota. maka dap la kena perjuangkan pasal pelacuran. kalo tak jgn jadi wakil rakyat. bab pelacuran bukan tanggungjawab org Islam je. agama lain pun menolak pelacuran. ini t/jwb semua rakyat.

    kami nampak seperti ano yg taksub dgn pkr. sekurang2nya contributor blog ni kami lihat tidak menyebelahi mana2 pihak. umno ke...pembangkang ke...semua mereka hentam kalo tak betul. itulah yg dikatakan call a spade a spade. nampak sgt ano 6.41pm ni yg sebenarnya hidup zaman firaun. kesian dia.

    ReplyDelete
  8. to kumpulan generasi baru..toksahlah duk hipokrit dengan komunis tu..yang MEMALI tu hang tak pikiq???polis tak bangang la...segelintir jer yang jadi pak turut kerajaan..

    ReplyDelete
  9. buat ano 3.19am yg takde telo pakai nick ano, jgn kata bab komunis ni hipokrit. kalo tak tau sejarah baik zip mulut. bab komunis ni byk mengguris hal melayu.

    apa yg ko tau ttg sej memali? ko ada keluarga sana ke? kalo tau sgt cerita la. kalo tak jgn main sebut. setiap org ada persepsi ttg sej tersebut. kalo tak tau hal sebenar baik diam. kalo tak pegi buat kajian dulu baru bole buat havoc.

    nilah masalahnya org yg taksub dgn nuar tu. org panggil beri keterangan tak datang. saja nak tggu kena tangkap utk raih simpati. berani kerana benar, buat apa takut kalo tak buat salah.

    ReplyDelete
  10. to memali..apa kejadahnya kau nak pertahankan memali tu? Polis kejam jugak time tu..pasal komunis tu semua org tahu kejahatannya, napa nak pertikai lagi...jgnlah bangang sangat memali oii..hang pun bukannya nye ade masa komunis tu..sedorlah sikit!

    ReplyDelete
  11. boleh tunjuk bukti kekejaman polis dlm peristiwa memali wahai ano 3.40am yg masih takde telo pakai nick ano? pernah dengar tak kes di mahkamah yang dibuktikan berdasarkan rentetan peristiwa? kalo ada bukti kekejaman polis masa tu tolong tunjukkan. bagaimana dgn tindakan orang2 kampung masa tu? ko ada buat kajian ke? jgn cakap kalo tak tau. otak letak di kepala jgn letak kat lutut.

    mmg aku takde masa komunis tu tapi ada saudara aku yg terbunuh dalam kes bukit kepong. ko ada ke? ko faham ke perasaannya bagaimana?

    ayat ko ni aku paste - toksahlah duk hipokrit dengan komunis tu.
    apo yg ko maksud kan dengan hipokrit tu? ko komunis ke?

    ReplyDelete
  12. bangang betul memali..aku ada lah time tu..hang ingat aku nak tunjuk apa ada dalam seluar aku dulu ker baru terbukti..bangang memali..gila isen

    ReplyDelete
  13. Mukhriz Mahathir "YOU'RE FIRED"
    Dilulus terbit pada Friday, July 18 @ 17:10:36 MYT oleh SongkokPutih

    Open Artikel Oleh mohdnoorawang

    " Tanggal 15 Rejab 1429. - Salamsejahtera untuk pelayaran laman siber tranungkite.net. (TKO). Selepas tsunami politik Malaysia dengan agenda rancangan yang jelas pertuduhan liwat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dilancarkan.

    Walaupun rakyat Malaysia diikat dengan akta dan undang-undang yang memihak kepada kerajaan, bukan bikin akta atau undang untuk pencegahan, malah bikin akta dan undang-undang untuk menjaga periuk nasi pimimpin dan kroni.


    Kesimpulan kes terbaru pertuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim dirangcang oleh kerajaan Barisan Nasional. Menteri yang jaga polis tercalik dengan kes tersebut. Orang kuat polis Malaysia Bakri Zenin dan bos polis Musa Hasan saolah-olah mengembalikan nostalgia peritiwa liwat 1998. Terserah pada YANG ESA SIAPA DALANGNYA DAN ORANG YANG TERLIBAT KES LIWAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.

    Namun kita dikejutkan dengan satu lagi peristiwa malang menimpa umat Islam Malaysia. Datuk Mukhriz Tun Mahathir anak bekas perdana menteri Malaysia dan ahli parlimen @ UMNO bersuara dalam parlimen "KEPUTUSAN DNA LEBIH BAIK DARI HUKUM ISLAM". KES INI DIRUJUK KEPADA PERTUDUHAN LIWAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.

    Kita tidak benci dan marah rakyat Malaysia sokong parti UMNO. Tapi menghina undang-undang Islam, menjatuhkan martabat ugama Islam bukan wadah perjuangngan kita. Amat malang penghinaan datang dari bakal pemimpin pemuda UMNO Malaysia.

    Kenapa Mukhriz Mahathir menyuara pendapat beliau dalam parlimen?, Adakah Mukhriz Mahathir salah seorang terlibat dalam "Pakatan Nasional Pertuduhan Liwat" DSAI?. Apakah "Pertuduhan Liwat Nasional" keatas DSAI sama dengan agenda era "Filem Liwat Nasional" tahun 1998.?. Kita mengharap Mukhriz Mahathir tidak terlibat secara langsung.

    Ingat sdr Mukhuriz Mahathir, sdr akan bertanding ketua pemuda UMNO Disember 2008. Mungkin anda dicabar oleh Yb Khairi Jamaludin. Menang atau kalah tak perlu bahas. Hanya kita tidak mahu pemimpin yang kita pilih khasnya UMNO dilebelkan pemimpin yang terkenal dengan Kenakalan Menghina Islam. Belum lagi berkuasa sudah nampak kejahatan dan tidak sopan terhadap Islam.

    Berpolitik memang berbeza pandangan dan ada pengikut. Tapi jangan gadai maruah diri dan menghina Islam. Jika yang dipaparkan oleh sdr. Mukhriz Mahathir itu benar . Saranan kamimajukan kepada pemuda UMNO Malaysia memberi sokongan sepenuhnya kepada Yb. Khairi Jamaludin menantu Perdana Menteri Malaysia. Ini bukan kempen . Sebab sdr Khairi Jamaludin sudah terkenal dengan watak-watak beruk yang direka cipta oleh beliau sendiri.

    Setahu kita beruk satu-satunya haiwan yang tak pernah menghina Islam , Yang menghina Islam orang seperti sdr. Mukhriz Mahathir dan orang yang sewaktu dengannya. Keputusan ditangan pemuda UMNO pilih sdr Khairi Jamaludin boleh bergayut di tingakt empat Putra Jaya. Kalau pilih sdr Mukhriz Mahathir kitamenyokong kezaliman yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad selama 22 tahun berlalu.

    Dengan kata mudan dan kata laluan saudara Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir " YOU'RE FIRED AND YOU'RE THE LOSER" DIS. 2008.
    "

    ReplyDelete
  14. mukhris ni islam liberal, org2 macamni macam bapak dia, mana confident dgn hukum islam, anyway aku respect mukhriz pasal x hipokrit , beliau telah menunjukknan dirinya sebenar, kakaknya pula marina antara org kuat Sister in Islam.

    Tahniah UMNO

    ReplyDelete

Blog Archive