Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, July 9, 2008

Anwar Kemuka Kes Liwat Kepada JAWI

KUALA LUMPUR 9 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat tuduhan liwat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terhadapnya. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) itu membuat laporan di bahagian penguatkuasaan JAWI pagi ini. Menurutnya, beliau mengambil keputusan itu selepas dinasihati oleh ulama dan peguamnya. “Saya membuat aduan kepada bahagian penguatkuasa JAWI, bagi membersihkan nama saya dan keluarga dari fitnah jahat yang mengaibkan ini. “Saya telah dinasihatkan untuk membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan Qazaf,” katanya kepada pemberita di perkarangan pejabat JAWI selepas membuat laporan berkenaan di sini hari ini.

Nota: Bagi yang tidak tahu apa itu 'Qazaf" - kaedahnya ialah "Orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti dan saksi dalam mahkamah sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah. Jika dia gagal mengemukakan bukti dan saksi, dia boleh dikenakan hukuman hudud iaitu hukuman 80 sebatan".

Nampaknya sama je kaedah sivil dan syariah dalam kes Saiful. Kedua2nya memerlukan bukti dalam pendakwaan. Dalam blog2 penyokong keadilan pun beria2 mempertahankan Anwar agar tidak bersumpah mengikut pandangan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria. Akhirnya Anwar memilih untuk dibicarakan di bawah JAWI. Mana2 pun tak kisahlah asalkan perbicaraan dapat dijalankan secara adil dan saksama.

Tapi yang menjadi kemusykilan aku ialah, kenapa tuduhan terhadap Najib, Rosmah, Pegawai Tentera, Ghani Patail dan Musa Hassan...ANWAR TIDAK IKUT HUKUM QAZAF? Adakah bila orang lain buat tuduhan terhadapnya kena ikut hukum Islam, tapi bila Anwar yang buat tuduhan maka tak perlu guna hukum Islam. Mana keadilannya di situ wahai Brader Anwar Bin Ibrahim?

11 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Den pun terfikir macam tu. Kalau Anwar nak bawa Saiful ke JAWI atau rumi, eloklah, bawa jugak kes dia kata Najib ada affair dengan Altantuya tu ke JAWI juga.

    APA yang susah sangat nak bersumpah tu???????

    Junjung sajalah Quran tu..
    dan mengaku tak pernah buat kerja tak senonoh tu..habis cerita.

    Malaysians can get back to work!!!

    ReplyDelete
  2. kalau dah terdesak tu, mula la nak gunakan agama untuk menghalalkan kerja2 haram...yang aku peliknya, lawyer yang wakil dia tu budak uia dulukan??? Memang kesian pulak aku dekat budak2 uia...diperbodohkan hidup2 je dengan penyondol bontot ni...

    **isyarat tangan dia tu pun dah cukup untuk memberi refleksi pemimpin jenis ape dia ni...orang2 melayu, tak serik2 ke diperbodohkan oleh si nuar ni??? Sudah2 la...belum terlambat lagi untuk korang semua betulkan kesilapan!!!

    ReplyDelete
  3. apalah bangang sangat, isyarat tangan tu superimpose la..dah tu, yang pegi cabar dia buat apa, bila nak buat macam ni pulak korang cakap..yang najib dan rosmah tu tak reti nak sahut cabaran kalaupun benar...bunuh dengan kejam lak tu..dah banyak akuan sumpah lagi...yang si saiful pulak dah tak respon dah..takut la tu

    ReplyDelete
  4. "dah tu, yang pegi cabar dia buat apa, bila nak buat macam ni pulak korang cakap"

    satunya:gambar tu bukan superimpose la kan???

    keduanya:nampak sangat tak ade jati diri...macam ni nak jadi pemimpin...mudah sangat nak melatah...kalau dia tu pemimpin yang ada prinsip, tak ader nye nak buat perangai tak senonoh nak tunjuk isyarat f*** tu!!! Jelas kepala otak pemimpin PKR dan ketua PR ni kepala otak blue!!!

    ***Orang2 PAS, aku tak sangka lak yang korang ni sanggup dipimpin oleh pemimpin camni...bukan korang ni pejuang islam ke???

    ReplyDelete
  5. bodohlah sejuk ni..tak reti beza. gambar jari tengah tu cerah semacam..ish2 sojuk, hang ni ni memang bangang dah..jgn buat fitnah sebarangan, laknat hang nanti...yang hang dok tuduh2 kat pemimpin as tu..bodoh2 diaorang sampai al azhar belajar agama..cerdik2 najib cerdik2 khairi tu kat mana jer..jangan main2 ngan agama ni sojuk

    ReplyDelete
  6. hahahha...kalau bijak dan baiknya seseorang diukur dengan pegi belajar ke al-azhar, sungguh sempit sekali pandangan si ano kat atas ni...patutla komen2 nya pun sungguh sempit skopnya...kesian2...tapi takpe...cuba lagi...

    ReplyDelete
  7. lebih baik ukur al azhar dari ukur oxford tapi jadi beruk2 jalanan..

    ReplyDelete
  8. ukur jangan tak ukur

    ReplyDelete
  9. V3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah
    M Khaleel Kas
    Sat | Jul 12, 08 | 8:15:56 am MYT

    KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) -Tindakan dan keghairahan media perdana di negara ini dalam menyiarkan berita-berita yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain daripada Barisan Nasional (BN) amatlah dikesali.

    Menurut Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid dalam proses untuk memenuhi agenda memburukkan lawan politik BN , media perdana sangat ketara cuba menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat juga turut menyalahgunakan wang rakyat untuk berbelanja mewah.

    "Dalam keghairahan untuk mencari apa sahaja isu yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain BN , didapati media perdana nampaknya tidak berhati-hati dalam memilih bahan berita.

    "TV3 baru-baru ini telah melakukan 'jenayah media' yang turut melakukan fitnah sedangkan hanya beberapa hari sebelumnya media tersebut telah memaparkan secara khusus isu fitnah yang dikaitkan dengan politik Malaysia.

    "Untuk kali pertama TV3 menyiarkan slot khas lengkapkan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran yang mendedahkan fitnah yang menjadi gejala politik di negara ini,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi ini.

    Tambahnya lagi,"akan tetapi hal yang sama jugalah yang dilakukan bila sebuah klip gambar yang membayangkan MB Kedah dikatakan mengguna pesawat khas dalam suatu penerbangan baru-baru ini."

    Katanya lagi, padahal yang sebenarnya seperti yang dilaporkan oleh Bernama , ia bukan seperti yang telah cuba digambarkan oleh TV3 dan ia dikatakan ialah sebuah penerbangan rombongan di raja Kedah untuk berlepas ke Brunei bagi mengundang Sultan Brunei hadhir di sambutan jubli emas Sultan Kedah.

    "Teras kesal kenapa budaya fitnah media ini diamalkan oleh TV3, bukankah dengan cara yang sangat gelojoh ini akan memburukkan lagi keadaan berpolitik di negara ini.

    "Menfitnah dengan berita yang salah apatah lagi dengan membabitkan kelompok istana adalah gejala yang tidak dapat diterima oleh rakyat,"ujarnya yang kesal dengan kejadian tersebut.

    Beliau juga menegaskan bahawa,ketelanjuran ini tidak boleh dibiarkan berlalu malah untuk tidak memangsakan pihak yang menjadi sasaran, permohonan maaf terbuka perlu dilakukan oleh media yang berkenaan.

    "Teras mengesa TV3 jangan terlalu ghairah dengan menyertai dan terlibat dalam politik fitnah yang sering dituduh pihak lawan BN yang melakukannya.

    "Pada pendapat Teras, amalan media yang tidak beretika dan tidak dikawal itulah yang menyebabkan budaya fitnah berleluasa di negara ini,"tegasnya. - mks. _



    TV3=MEDIA UMNO:P, BOSAN2!!!!

    ReplyDelete
  10. yang bukan media perdana pun sama saja banyak menyebar fitnah...korang orang2 politik ni semuanya sama saje...2x5=10....PAS ke PKR ke sama juga menyebar fitnah terhadap kerajaan....paku dulang paku yang serpih, kata orang, di yang lebih!!!!

    ReplyDelete
  11. pkr dan dap lebih banyak memfitnah drpd bn.

    ReplyDelete

Blog Archive