Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 8, 2008

Pengendali Blog Turut Sebar Fitnah - Abdullah

KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengendali blog turut bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita pembohongan sehingga menyebabkan suasana politik negara diselubungi fitnah. Sehubungan itu, Abdullah mengingatkan mereka agar berhenti berbuat demikian. ''Mereka (pengendali blog) juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Tindakan terbaik mereka adalah berhenti (daripada menyebarkan fitnah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan ahli-ahli politik yang saling menuduh sekarang ekoran penyebaran fitnah yang berleluasa di negara ini. Bagaimanapun, Abdullah tidak menjelaskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengendali blog yang menyebarkan fitnah. ''Kebenaran akan terserlah. Apabila kebenaran muncul, semua fitnah tersebut akan berhenti,'' kata Perdana Menteri.

Nota: Apa kaedah yang akan Paklah gunakan untuk hentikan semua spekulasi internet ni? Adakah dengan memastikan beliau sendiri letak jawatan dengan kadar segera? Walaupun baru 57 bulan Paklah mentadbir, namun beliau sudah menerima kritikan paling banyak dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia. Itulah padahnya jika tidak mahu mengakui hakikat bahawa kerajaan kini lemah kerana memerintah dengan majoriti mudah, tapi balik2 dok sebut, "Kita kerajaan yang kuat". Wahai Paklah, fikirlah sedalam2nya. Janganlah perjudikan nasib 26 juta rakyat Malaysia semata2 ingin terus di puncak kuasa. Kalau dah tak mampu nak kawal keadaan, just pass the baton to somebody who can!

5 comments:

  1. Kalau Paklah letak jawatan , siapa nak jadi PM? Najib?????

    NOWAY!!!!!!!!KEHANCURAN YG KDUA AKAN DATANG NANTI, NEGARA AKAN LEBIH TERGADAI PERCAYALAH!!!!

    ReplyDelete
  2. I rasa la kan, DSAAB ni tak akan letak jawatan punya...Ye la kan, dia ni kalau kita kaji, apa saja yang berlaku semuanya salah orang lain sahaja...diri sendiri yang lembik mana pernah dia nak mengaku...ini la pada i selemah-lemah pemimpin..setahu i yang tak belajar ugama ni pun, zaman2 nabi dan pemimpin selepasnya, semua sanggup je mengaku kesilapan dan malah suruh rakyat tegur lagi kalau buat salah...

    Si DSAAB ni sanggupp ke buat begitu?

    Ke u all rasa macam mana?

    ReplyDelete
  3. penyokong muhyiddin

    Menarik statement tu, boleh diperincikan?

    ReplyDelete
  4. Saya dah lafaz demi Allah tak pernah jumpa Altantuya - Najib

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya. Beliau kata demikian kepada Agendadaily ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya. Najib menjadi sasaran fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang dengan mengaitkannya dengan kes pembunuhan Altantuya. Malah bukan Najib sahaja yang difitnah tetapi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut dikaitkan kes berkenaan.- 8/7/2008

    Bagus macamnila kita nak, pemimpin yg berani bersumpah!!!!

    Lagi satu Bala pon dah tarik balik sd. Semuanya fitnah belaka!!!Sah pembangkang menipu!!!

    so kes beliau tutup dan selesai, boleh cepat jadi PM!!!!

    ReplyDelete
  5. sokong julia. tapi paklah pernah keluar kenyataan bahawa kalo dia ada buat silap maka tegurlah dia. tapi kebiasaannya paklah mmg mcm tu, suruh org tegur tapi bukan nak dengar. baik cakap dgn kambing.

    ReplyDelete

Blog Archive