Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, November 6, 2008

Canselor Unisel Ditukar?

Kronologi Penubuhan UNISEL

1. Kerajaan Malaysia telah meluluskan penubuhan Universiti Industri Selangor dengan rasminya pada 24 Ogos 1999.

2. Menteri Pendidikan ketika itu, Dato'Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan penubuhan UNISEL kepada MB Selangor Dato'Abu Hassan Omar.

3. Merupakan Universiti Negeri yang pertama dan telah didaftarkan sebagai Institusi Pengajian Swasta yang kini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Selangor melalui syarikatnya, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd.

4. Konsep 'Learning University' merupakan ilham bekas MB Selangor, Dato'Seri Khir Toyo.

5. 265 orang pelajar telah mendaftar pada pengambilan pertama pada 9/9/99.

6. Kini UNISEL mempunyai populasi pelajar seramai 12,000 orang.

7. Kampus Induk di Bestari Jaya, Kuala Selangor manakala Kampus Kota UNISEL ditempatkan di Shah Alam.

MB Selangor, Khalid Ibrahim yang telah menerima desakan daripada Angkatan Muda Keadilan, Dewan Pemuda Pas dan DAP Selangor mengaku bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menukar atau menamatkan perlantikan isteri bakal Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai Canselor Universiti Industri Selangor(UNISEL).

Sebagai rakyat aku rasa kita boleh melihat betapa ceteknya pemikiran parti pembangkang yang sesungguhnya mereka bertindak kerana emosi tanpa mengambil kira beberapa kriteria penting yang lain. Kat sini aku nak bagi beberapa faktor penting yang perlu diambil kira oleh segelintir Melayu bodoh yang menerima desakan dan asakan dari parti bertunjangkan bangsa lain seperti DAP dan PKR.

Pertama, bila kita melihat dari sudut penubuhan universiti itu sendiri, walaupun ianya adalah di bawah Kerajaan Negeri Selangor tetapi ianya adalah di bawah sebuah organisasi yang berbentuk syarikat Sendirian Berhad yang diuruskan oleh ahli lembaga pengarahnya. Jadi kalau fakta mudah seperti ini pun tak tahu, macam mana nak jadi pemimpin kalau bodoh sangat?

Kedua, kalaupun segelintir Melayu yang bengap dan para pembangkang bangsa lain yang lebih kurang serupa bangangnya tidak dapat melihat keuntungan seandainya Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri bakal PM Malaysia yang akan datang daripada terus menjadi Canselor UNISEL biarlah sahaja mak bapak pelajar UNISEL sendiri yang memikirkannya tanpa dipengaruhi fikiran serta fahaman politik sempit pihak pembangkang. Lagipun majoriti pelajar UNISEL adalah pelajar yang berbangsa Melayu.

Ketiga, biarlah UNISEL itu membina kejayaannya sendiri dalam membina dan memberi khidmat kepada pelajar-pelajar yang datangnya dari seluruh pelusuk Malaysia tanpa mengira kaum dan tanpa mengira kepentingan serta fahaman politik sempit pihak tertentu. Seandainya sentimen kepartian terus juga dibawa oleh pihak pembangkang terutamanya, maka mereka harus ingat bahawa universiti ini telahpun diwujudkan sebelum pihak pembangkang mengambil alih kepimpinan kerajaan di Selangor. Kalau pihak pembangkang merasa diri mereka hebat sangat, mengapa UNISEL yang sudahpun 'established' dikejar dan diharap sangat? Seandainya pihak pembangkang yang memerintah negeri Selangor pada hari ini masih tidak berpuashati, aku cabar mereka untuk membina dan menubuhkan sebuah universiti yang diuruskan oleh mereka dan bolehlah mereka menentukan dan memilih pelajar-pelajar dari kalangan pengikut serta penyokong yang sealiran dengan tahap pemikiran dan sensitiviti mereka. Janganlah nanti mereka diumpamakan seperti 'lembu punya susu tetapi sapi yang dapat nama'. Lu fikirlah sendiri.

7 comments:

  1. pembangkang ni semua orang dia nak buang atau pecat. kalo kerajaan zalim mcm yg sesetengah pembangkang dok sebut tu, entah berapa banyak la penyokong pembangkang dlm jabatan kerajaan, semi gov, universiti termasuk prof2 tu smua kena pecat. tak tau bersyukur langsung.

    ReplyDelete
  2. Hmmm....ada dua andaian kat sini tentang ramainya penyokong pembankang di dalam sektor awam, universiti2, prof2, doktor2 etc etc!

    Satu; mereka ini bukannya pandai sangat & sememangnya tak layak untuk mendapat gelaran professional semacam itu.

    Kedua; pasal mereka pandai & celik mata lah mereka dpt membezakan yg mana elok & kurang elok. Golongan ini lah yg bertanggungjawab untuk "bersuara" & "berpandangan" agar mereka yg kurang professional tu akan dapat faham keadaan yg sebenarnya.

    Dan seramai-ramai golongan professional kononnya tak bersyukur kerana menyokong pembangkang....takkan la semua bodoh & dungu hanya kerana penyokong pembangkang!

    So, jgn asyik dok suruh orang jer berpikir....LU PUN TOLONG DUDUK ELOK-ELOK & PIKIR JUGAKLAH SENDIRI !!!!

    ReplyDelete
  3. bodoh dan tak bersyukur banyak beza tu ano...

    ramai yang bodoh tapi tahu bersyukur..

    ader plak yang pandai tapi kufur nikmat

    ader yang dah la bodoh, tak bersyukur plak tu

    yang last skali yang paling kita doakan agar ramai kelompok ni, yang pandai dan tahu bersyukur...

    fikir2kan ye ANO...

    ReplyDelete
  4. A'ah...pasal ramai rakyat Malaysia yg pandai dan tahu bersyukur la yg jadi macam hari ni....sampai 5 negeri bertukar kerajaan.

    Tak gituu.....

    ReplyDelete
  5. a alah..pengampu2 kerajaan..bagi aku tukar je bik mama tuh..cari yg berakhlak baik..sikit..bukan jenis dan spesis botox tuh..aduh geli aku bik mama..yg istiqamag dalam menutup aurat x dak ka lagi dalam umno nih? pupus dah ke spesis yg takutkan Tuhan..? Atau mungkin jugak..siti nurhaliza buleh kot...dia pun belaja tinggi apa...?Umno kan sukan yg pandai melaram..

    ReplyDelete
  6. elok je tukar kakitangan universiti yang tak tahu bersyukur ni. dah la blaja sek kerajaan, masuk u kerajaan tanggung, pastu keluar keja kerajaan. makan duit kerajaan tapi menentang kerajaan. dasar hipokrit. perumpamaannya...individu menganut agama Islam...tapi bab mengutuk, fitnah orang, maki hamun dah mcm org takde agama...kalo tidak pun beragama yahudi kot.

    ReplyDelete

Blog Archive