Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, June 8, 2009

Bumbung Runtuh? Blame Korea!

Warga Paneh Miang mengambil kesempatan sempena musim cuti ini untuk melihat sendiri keadaan bumbung stadium yang runtuh di Gong Badak, Terengganu.

Keadaan jalanraya yang sesak semasa kami menuju ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Gambaran awal semasa kami mula-mula sampai di kawasan stadium.

Kelihatan beberapa individu berhenti mengambil gambar berlatar-belakangkan bangunan stadium yang runtuh.








Semakin banyak kenderaan yang datang ke kawasan tapak Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Terdapat juga gerai yang menjual minuman dan buah-buahan untuk para pengunjung.

Kami dimaklumkan bahawa struktur bangunan stadium yang dibina oleh syarikat-syarikat kontraktor Melayu, masih lagi kukuh dan teguh tanpa sebarang kerosakan. Cuma bahagian bumbung yang dibina oleh kontraktor/consultant dari Korea telah mengalami runtuhan dan kerosakan teruk. Kami juga difahamkan bahawa wakil syarikat kontraktor Korea yang mengendalikan pembinaan bumbung tersebut telah datang sehari sebelum runtuhan berlaku, tetapi telah bergegas pulang ke Korea (dalam bahasa mudahnya...LARI) sebaik mengetahui bumbung stadium runtuh.

Walaupun runtuhan bumbung stadium ini boleh diklasifikasikan sebagai tragedi, namun terdapat juga hikmah dan manfaat daripada kejadian tersebut. Kami menyaksikan ramai rakyat Malaysia berbilang bangsa dari pelbagai negeri yang mengambil kesempatan sempena cuti sekolah ini untuk ke Terengganu bagi menyaksikan sendiri keadaan stadium yang runtuh. Secara tidak langsung, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah menjadi antara lokasi popular pelawat serta menjana pendapatan industri pelancongan Terengganu.

Harapan kami selepas ini agar pihak kerajaan persekutuan serta mana-mana kerajaan negeri supaya berhati-hati menggunakan khidmat consultant/kontraktor luar terutamanya dari Korea. Ramai sedia maklum bahawa kebanyakan produk keluaran Korea tidaklah mencapai standard piawaian yang sewajarnya, sepertimana kenderaan keluaran mereka. Dalam menjaga hubungan baik serta menggalakkan aktiviti perdagangan antara negara, kita juga perlu berhati-hati dengan kualiti serta menilai tahap kemampuan syarikat di sesebuah negara sebelum sesuatu kontrak ditawarkan.

Boycott Korea...Blame Korea!

Mungkin anda nak baca kisah ini.

14 comments:

  1. Salah tu........

    yg buat salah bukan korea, yg perlu diboikot bukan korea! yg salah ialah kerajaan UMNO/BN, kerajaan UMNO/BN yg mengambil rasuah! inilah contoh kerajaan yg melakukan penyelewengan. kerajaan UMNO/BN yg perlu diboikot! kena tumbangkan kerajaan UMNO/BN.

    Apa kata kita tukar kerajaan? nanti bila tidak puashati dgn kerajaan yg menggantikan kerajaan yg ada skrg kita tukar pulak.
    alah... kita cubalah dulu....!

    alah bukan ada kesan apa2 pun...
    alah kita cuba la....

    keh keh keh
    hi hi hi
    ha ha ha

    ReplyDelete
  2. betul tu,

    sokong Jejak Tuah,
    UMNO/BN yang salah pasal bawak korea tu kemari..
    UMNO rasuah..

    Aku takkan undi parti dari KOREA for next PRU-13, korea rasuah, presiden dia pun rasuah..
    Bruce Gobblear rasuah..
    Suharto rasuah..
    Bush Rasuah..
    Estrada Rasuah..
    B.A.B.I Rasuah..
    KJ Rasuah..

    - parti jahat -

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Paneh,

    Wah, jauh jalan nampaknya. Banyak beli keropok lekor??Mak Cik dah lama sangat tak ke sana.

    Jengkelnya fikiran sesetengah hamba Allah di muka bumi ini. Tak banyak membaca agaknya. Banyak bercakap sahaja.

    ReplyDelete
  4. Maaf mencelah. Sekadar ingat-mengingati. Berita gembira dari Allah ttg rezekiNya untuk hambaNya.

    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  5. Kenapa dah terjadi apa2 musibah, tuding sana, tuding sini...mengapa sblm luluskan kontrak dulu ekau siasat dulu, ini perkaro ponting, melibatkan duit negaro dan nyawa rakyat...alahai...betapo bangang dan bodohnya UMNO/BN...sonang2 yo kono tipu dek org Korea....sian den...kato pandai dan hero eh molangit...konapo maso Korean tu buek kojo ekau tak tengok...konapo Korean tu dah siap kojo, mano jurutera ekau nak keluarkan CF, tu dah check boto2 ko..atau mulut ekau dah ponuh kono sumbek dgn RM,RM,RM...akhirnya sapo yg rugi...malaya yg rugi...korean tu pogi mano??? cabut lekas2...dan tak mari dah....itulah gayo pemikiran org UMNO yg buek sesuatu perkaro bukan nak kaji mendalam, baik buruk..semuo main bolasah yo...dah jahanam salahkan org lain...den tengok bukan satu duo perkaro yo yg UMNO/BN buek menyusahkan org...byk bondo yg dio buek tak do manfaat kpd rakyat..molainkan menyusahkan yo...dan lingkup kato org itu salah, org ini salah...pado hal eh, dio sendiri yg menjahanmkan..demi raso tamak halobo, memang gilo punya tamak halobo eh...tak do pek dah eh....tanam yo lg baiklah ....

    ......no to UMNO/BN....

    ReplyDelete
  6. mangkuk hompuk ni tak patriotik langsung. semua yg berlaku atas dunia ni dia nak kaitkan dengan politik. mmg sah kiblat dia ni politik dan bukannya kaabah.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  7. Den bercakap atas kesedaran bhw apa yg berlaku dan dan byk kes yg berlaku memang ada asasnya aku cakap...aku tak cakap bondo yg salah dan tidak boto jang...ekau jgn marah kan org lain kalau UMNO dikritik hebat dlm blog, kerana memang kritikan itu memang ado asas dan nyato boto...kalau ekau kato itu fitnah dan salah, ekau dikiro bersubahat dgn perkara yg salah...tak kan dalam hati ekau walau satu zarah pun apo yg UMNO buek ekau 100% setuju???? ekau ingat baik2 waris...den tak kato melainkan dgn benar dan nyato!!! den tak pernah babitkan org lain, parti lain..cumo den nak koba kek ekau byk perkaro yg UMNO buek membazir dan berlaku salah guno kuaso serta penyelewengan yg berlaku terang2an dan sgt nyato...ekau ingat manusio ni bangang2 ko waris....sobab eh!! bilo berlaku sst yg merugikan...duit pembayar cukai lingkup...itu je..kalau ekau guno duit ekau sendiri, ekau nak guno berguni2 itu ekau punyo pasal lah...tp bilo guno duit cukai dan hasil negaro secara tidak betul,maka kito dan generasi akan dtg akan menaggung kesan dan liabiliti eh...lepas tu mulo lah itu naik, ini naik...turun eh tak do..semua eh nak naik...nak cover byk hal termasuklah yg diselewengkan td...yg jd maangso kita rakyat bangang ni...ni donga koba eh, hargo minyak dunio nak naik dah...itu isyarat lah tu nak naik kan hargo minyak pulak...tengok lah nanti....bukan menyonangkan tp memunahkan lg adolah...

    ....no to UMNO/BN...

    ReplyDelete
  8. salam,

    owh rupanya kontraktor korea...emh patut la pon..

    maklumat penting nie..

    ReplyDelete
  9. dah la hompuk. kalo hati kau dah hitam dgn dendam mcm tu la jadinya. dlm kerajaan ada lebih sejuta kakitangan awam. xkn la dlm ramai2 tu takde langsung yang mampu menentang jika benar pun pemimpin umno tu buat silap. xkn takde langsung kakitangan awam yg takut dgn azab Allah sehingga sanggup jd pak turut cium buntut pemimpin (mcm b.a.b.i. yg suka cium buntut).

    ingat, ada perbezaan antara pembuat dasar dgn pelaksana dasar. bukan semuanya berkaitan politik. pelaksana dasar di amanahkan utk lakukan tugas dgn baik dan berintergriti. menteri, timbalan , mb, exco bn semua ada kurang dari 200 org yg perlu pantau lebih sejuta kakitangan awam. munasabah ke nak pantau mereka semua 24/7? pakai akai la pikiaq. jgn menuduh mambabi buta yg akhirnya menjurus kepada fitnah.

    dlm kes stadium ni t/jwb dah diberikan kpd jkr. kalo k/tgn jkr tak amanah dan bengap, masih nak salahkan umno ka? jgn jd paloi la kawan. kau setakat jadi rakyat bole la byk ckp. cuba jadi pemimpin, konpem hancur negara ni bwh ko..

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  10. Ekau kalau bab2 tak ngaku ni ekau memang hebat lah waris....kalau bab melibatkan sektor awam memang lah nak cover 2/3 juta kakitgn ni layuh dibuek eh waris kan...tp macamano kalau ianya melibatkan intergriti pemimpin UMNO/BN sendiri cthnya isu PKFZ yg terang2 melibatkan pemimpin UMNO/BN, isu kerpan di kedah dulu, isu balak MB Pahang sendiri, isu ini dan isu itu yg memeningkan semua org...sebenarnya UMNO/BN ni memang dia buat semua tu, tp dia berlagak alim jer...

    Tu sebab Allah mengadakan hari Pembalasan nanti, di atas dunia mungkin engko terlepas, namun di sana nanti semuanya akan dipertontonkan dengan nyata sekali....satu pun tak tinggal...harap ekau pun tahu waris...tak guno kita berbalah kek sini, yg ponting Tuhan tak pernah leka apo yg aku buat, engko buat, UMNO/BN buat, PAS buat, PKR buat, DAP buat dan semua manusia di atas bumi ini buat sejak zaman Adam hinggalah ke akhir zaman...semua akan ditayangkan semula...

    .....no to umno/bn....

    ReplyDelete
  11. hang tau pun Tuhan tak penah leka apa yg kau dan parti2 politik tu semua buat. tapi yg hang dok sibuk tuduh sana sini sampai boleh jadi fitnah tu apasal. kau pun hebat gak dlm memusing cerita. orang cerita pasal stadium kau konar gi cerita pkfz la, balak la etc. kan ke sprm dan mahkamah tgh siasat kes2 tu smua. yg ko dok sibuk lagi apasal? ke kau tak yakin dengan hari pembalasan Allah tu? cakap lidah hang tak seiring dengan hati. nasihat org tp dia yg lebih sudu dr kuah. torak la lu mat.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  12. Betul tak....????

    Ada sesetengah org tu, amat suka meletakkan kesalahan kpd org lain. sehingga semua yg berlaku dilihat, ditutur dan diratib dgn kesalahan makhluk. Dari satu sudut mmg diakui manusia sbg makhluk yg lemah dan ada melakukan kesilapan. tetapi dlm masa yg sama jgn dilupa kekuasaan allah s.w.t, ttg kada' dan kadar allah s.w.t. meletakkan kesalahan kpd manusia sampai terlupa akan kehebatan dan kekuasaan allah. dan lebih malanglah andai jika terkelumit dlm hati keangkuhan dgn kehebatan manusia.

    semua ratipan keburukan dan kesilapan amat jelas kelihatan sbg utk membenci sesuatu yg lain. dan yg nak dibenci itu pula amat tidak pasti kesahihan kebenaran akan kebejatannya. hanya berlandaskan persepsi dan andai rambang. inikah yg dikatakan amalan yg dianjurkan islam spt yg didakwa-dakwikan? wajarkah kita melihat sesuatu berdasarkan ketidakpastian dan andaian semata2? hanya melihat sesuatu yg tidak pasti sehingga terlupa perkara yg sebenar2nya.

    entahlah.... nasib...nasib...

    ReplyDelete
  13. Bodohnya parti jahat...Jejak Tuah tu sokong kerajaan, dia hanya menulis secara sinis je...bodoh punya pembangkang...

    ReplyDelete
  14. sesuatu perkara yang berlaku adalah qada' dan qadar daripada Allah. Ujian daripada Allah takkan putus kepada manusia.Jangan suka menuding jari terhadap kesalahan orang lain.Sepatutnya kita sebagai orang melayu bersatu, sampai bila orang melayu nak maju.

    ReplyDelete

Blog Archive