Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, July 22, 2009

Ahli Syurga

"Dari Abdul Rahman bin Auf; telah bersabda Nabi s.a.w, Abu Bakar di dalam syurga, Umar di dalam syurga, Usman di dalam syurga, Ali di dalam syurga, Talhah di dalam syurga, Zubair di dalam syurga, Abdul Rahman di dalam syurga, Saad bin Waqas di dalam syurga, Said bin Zaid di dalam syurga dan Abu Ubaidah di dalam syurga" - Hadis Riwayat Tirmizi.

1. Abu Bakar Siddiq ra
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama masuk Islam. Pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40);

"Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya: Janganlah berdukacita, sesungguhya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Abu Bakar Siddiq meninggal semasa berumur 63 tahun dan daripada beliau diriwayatkan 142 hadis.

2. Umar Bin Khatab ra
Beliau adalah khalifah sesudah Abu Bakar dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak bersyahadah dihadapan Rasulullah saw (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi), beliau menjadi salah seorang benteng Islam yang mampu menggerunkan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman pentadbirannya, Islam berkembang seluasnya dari Timur hingga ke Barat; kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluknya hanya dalam tempoh setahun. Beliau meninggal semasa berumur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah saw di tapak rumah Aisyah ra yang sekarang terletak dalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar. Semasa pemerintahannya, semua tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh para sahabat semasa Rasulullah saw masih hidup telah dikumpulkan, disusun mengikut kronologi sepertimana yang disampaikan oleh Rasulullah saw, sehinggalah menjadi sebuah kitab suci sebagaimana yang kita punyai hari ini. Beliau meninggal semasa berusia 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi.

4. Ali Bin Abi Thalib ra
Merupakan khalifah keempat yang terkenal dengan strategi perang, selain ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar Al-Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal dengan keberaniannya terutama dalam medan peperangan. Beliau telah mengikut Rasulullah saw sejak kecil dan hidup bersama beliau sehinggalah Muhammad saw diangkat menjadi Rasul, sehinggalah saat kewafatan baginda. Ali Bin Abi Thalib meninggal dunia semasa berusia 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Iraq.

5. Thalhah Bin Abdullah ra
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq. Terlibat dalam hampir setiap peperangan antara pihak Islam dengan kafirun, kecuali Perang Badar. Dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah saw daripada dirobek mata pedang musuh sehingga putus jari-jemari beliau. Thalhah bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal semasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga disebabkan Abu Bakar Siddiq. Beliau juga ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan turut mengikuti hampir ke semua peperangan. Beliau juga gugur dalam perang Jamal dan disemadikan di Basrah dalam usia 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti ajaran Islam sejak berusia 17 tahun dan turut menyertai banyak peperangan. Beliau pernah ditawan oleh pihak musuh tetapi telah ditebus oleh Rasulullah saw dengan kedua ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 tahun (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dimakamkan di Baqi'.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecil dan turut terlibat dalam semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan Rasulullah saw untuk merisik gerakan pihak musuh iaitu Quraish. Meninggal dalam usia 70 tahun serta dikebumikan di Baqi'.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan terlibat dalam semua peperangan bersama Rasulullah saw. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali dan meninggal dunia dalam usia 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun) serta dimakamkan di Baqi'.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun. Turut berhijrah ke Habsyah pada peringkat kedua hijrah dan terlibat dalam semua peperangan bersama Rasulullah saw. Meninggal pada tahun 18H di Urdun, Syam kerana penyakit pes serta dimakamkan di sana. Sehingga kini makam beliau sering diziarahi oleh ramai kaum Muslimin.

Selain 10 orang sahabat di atas yang disahkan berada di syurga oleh Nabi saw, mereka yang di bawah ini pula tiada jaminan untuk syurga. Antaranya...

Nik Aziz, Hadi Awang, Brader Anwar Bin Ibrahim, Khalid Ibrahim, Nasharudin, Husam Musa, Saifuddin Nasution, Bro Anwar, Pak Syeikh, Brader Anwar, En. Anwar, Anwar Anak Pak Berahim, Nik Ajis, Tok Guru Hadi, Mursyidul Am Pas, Paklah, KJ, Mad Hasan, Tok Sahak, Nizar Jamaludin, Teoh Beng Hock...pas....pis...pus...termasuklah ekau dan den. Mustafa Ali camno? Sendiri pikirlah...

Tok Guru depa ajar begini gamaknya...

24 comments:

  1. yang bawah tu memang bonar.....takdo sapo antaro kito kompem dapek masuk syurga terus

    ReplyDelete
  2. cukup sinis PM,

    tunggu komen dari pak puk..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  3. Cantik penulisan dan ulasan..

    ReplyDelete
  4. Che Din Otak kau mmg otak babi, dasar otak tv 3 suku. kau tak tunjuk gambar yg ado bawah kek mejo tu gambar teoh. jadi pelawat yg datang tunduk nak tengok gambar. Lagi pula kalau kau ngaji tasauf, tunduk kadar kepala tunduk sekadar tunduk tanpa tunduk dada, tak jadi kesalahan.Memang UMNO ajar ahli jadi penyambung lidah syaitan, ptuih

    ReplyDelete
  5. Salam, lebai tu serba salah nak tunduk ka dak...tunduk nampak mcm lain ja, x tunduk kang x kena sokong plak PRU13!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Paneh,

    Sekarang ini, dek sayang pada DAP dan HINDRAF kita yang menegur pun kena ludah saudara seIslam kita.


    Beginilah teruknya perpecahan antara kita sekarang. Hanya kerana nak rebut UNDI pilihan raya. Hukum Syarak pun diketepikan kerana kertas undi.

    Emmmmmmm, buah oren......patut disertakan juga buah-buahan tempatan seperti manggis, rambuatan dan durian sesuai dengan keadaan tempatan.

    ReplyDelete
  7. tahniah paneh miang.
    lately ni slalu keluar ulasan blog ni dalam utusan.
    syabas.

    ReplyDelete
  8. ayat permulaan penuh fakta n ayat tersusun cantik...sampai jo kek bawah podehhhh...memang podehhh merah telingo sapo yg baco artikel ni

    ReplyDelete
  9. lidah setan apo pulak din bosi... orang yang mencarut membabi buto... MEMBABIkan otak orang lain.. mencaci.. sesuka opah dio tu yang sebona-bona setan..

    ekau ni din bosi.. anak pelacur gamak eh... banyak makan hasil haram.. sampai konal bahaso orang baik-baik.. dengan bahaso suku sakat setan..

    gamak eh.. bini kau berjimak dengan saka bapak ekau kot..

    esok anak jadi pelacur jangan diherankan la.. kalau bapak eh pun macam ni..

    ReplyDelete
  10. Botul kato Din Bosi.Den setuju bonar... Biasolah puak2 Babi Negaro nikan...memutar bolit cerito.Dah dasar UmNgok kojo eh memang mcm tu...pembongak bosar.org UmNgok Bahlul boleh kau kelentog... Keh!keh!keh!
    Ado lak ustaz pengampu nampak eh tu...kah!kah!kah! Kok yo ustaz handal bonar masuk la bertanding PRU13 nt ustaz woi... Mcm bagus yo..keh!keh!keh!

    ReplyDelete
  11. theheheh,,

    den dah agak dah pak puk yg maksum mesti ado punyo..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  12. Lobai sebolah tu dok paling topi bonak. kerling mato udah nampak ngok. Ekau ustaz said tak poie skolah pondok agaknye. kalau tak mampu poie ajo sekolah atap nipah. atau ekau poie guru dgn mahakhinzir, khabornye dah nak bertaubat dan beramal bilo dah pencen. Podah dei.

    ReplyDelete
  13. Sedaro melayuangkat@melayusubsidi... Pandai bonar lak kau nak menyebut hukum syarak kat sini. Boleh jalan la lu melayusubsidi...

    ReplyDelete
  14. ado orang sakit hati bona nampak eh.. sabarlah tuan.. amik air semayang.. buat solat sunat..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  15. DIn Bosi,

    Puak Juak PAs/PR

    KO bukak www.parpukari.blogspot.com

    ko tgk sekali ade video la..Anuar Tunduk siap badan..Macam sembah bukan tunduk kepala.. saalhudin pun ade sana, tyna dia...


    mcmane tu???puak haram jadah dah songsang..

    Pok Nik, jagn pusing, buka dalil paki ayat Quran, al hadis..

    Keje main pusing ke ko ek Pok Nik..

    ReplyDelete
  16. Aku tgk juak2 pas ni dah tak ade idea, cabar layar PRU la..

    Kesian kadang2, dah kene pukul TKO, kepala dah tersembam, sempat lagi angkat tangan nak ketuk kepala lawan..

    JUak PAS,PKR sesat..Pemimpin sembah colok, kaki bontot yang ko ikut..

    SESATTTTTT

    ReplyDelete
  17. http://kerajaanrakyat.com

    ReplyDelete
  18. agak eh semayang jenazah eh ado rukok tak..hehe..tu soang tu cam dah nak angkat tadbir je...

    ReplyDelete
  19. Dunhill 14 pun bonak jugak. Kalau solat jenazah, takbir hanya paras dada, tak boleh paras telinga. Kau ado ngaji ko?

    ReplyDelete
  20. parpukari tu jonis mamak tongkang satu kapal dgn Mahakhinzir tapi parpu kari ni jonis lebih sikit ada aliranan syaitan dewa kali. kalau tak caya tanya dia ini mmg jenis pendusta dan penfitnah mmcm mantan pm kerala tun kutty.

    ReplyDelete
  21. Din Biol, kau bior betul, aku buka parpukari tak do mcm ekau ckp. ekau ni biol ke babi ko atau kau penyambung lidah syaitan cari makan haram mcm parpukari. dia tu jgn diikut dia mebgamal ajaran thuggy.

    ReplyDelete
  22. Handal ente2 guna bahasa. Yg selalu guna bahasa tak baik, asal usul keturunan tak baik

    ReplyDelete
  23. Apa nak jadi?

    Sejarah kembali berulang, kalo dulu tuhan dikatakan mencarut selepas keluarnya novel satira 'shits'. diikuti hukum lebih baik berkawan dengan syaitan krn perlunya rakan DAP.

    sekarang...! apa pula hukumnya?
    adakah begini cara ajaran agama islam dinegara kita hukum dikeluarkan selepas berlakunya perbuatan! bukankah sepatutnya hukum dikeluarkan sebelum perbuatan?.

    siapa sesat? siapa menyesatkan?

    ReplyDelete
  24. Tuan,
    Malu saya baca tulisan ni. Mmg tulisan orang yg tiada ilmu. Nampak sangat mrk yang menulis @mengulas punyai IQ, pemikiran dan moral yang rendah. Maaf.... kita kena terima hakikat di mana kita skrg

    Lagi baik kita pergi ngaji dari tok guru UMNO@PAS@PKR. Jika xnak pun, pergi lah cari lain2 guru yang ramai lagi. Dapat juga pahala mendapatkan ilmu dari menulis yg lagho (sia2), fitnah dan lain2.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive