Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, July 8, 2009

Sayonara PPSMI

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil adalah dalam bahasa ibunda masing-masing.

Kepada Tan Sri Timbalan Perdana Menteri,

Saya tidak berada di tempat Tan Sri. Saya tidak tahu apa permasalahan di sebalik PPSMI. Tan Sri juga yang lebih mengetahui.

Persoalanya, kenapa bahasa kebangsaan tidak dimartabatkan sewajarnya? Mengapa SJKC & SJKT tidak diminta untuk memartabatkan BAHASA KEBANGSAAN kita? Adakah terlalu keras lidah mereka untuk bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan?

Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu.
Tepuk ramai-ramai,
Itu Melayu wa sulah tipu....... hahahaha!

8 comments:

  1. Kenapa tunggu 3 th lg nak hapus kan dasar mangkuk hayun ni...dulu masa nak buat bukan main lagi cepatnya...

    org dah kata, PPSMI tu jgn diteruskan, sb byk gagalnya..takut sgt kat Mahathir, itu lah jdnya....sikit2 nak rujuk org tua tu...nyampah btl..

    dah 6 tahun, budak2 sekolah terinaya dgn dasar yg membunuh semangat mereka.budak2 sekolah makin bangang, bukan makin pandai MT/SC dlm BI, tu lah akibat dasar terburu2 dan dasar yg lahir dr sikap ego dan sombong seorg pemimpin yg memunahkan bangsanya sendiri..tp hapah pun tarak...kesian budak2 sekolah...itulah egonya pemimpin umno/bn....

    ReplyDelete
  2. ni satu lagi anon.9.08pm. bodoh bangang. pasti tak de anak. Ini bukan pasal mahathir.
    kalau rujuk ke Nik Aziz pasal PPSMI, hmm.. ada kasi gambar dia suruh tampal kat dahi bangang kau tu.
    meluat tengok PAS dan PKR melacurkan dan meliwat kan Bahasa Malaysia demi political mileage.
    Sekarang, dah la BM jadi bahasa kedua. anak anak bodoh BI tp pandai mandarin ngan tamil.
    inilah bodohnya perjuangan PAS dan PKR.

    ReplyDelete
  3. PPSMI MANSUH 2012
    Walaupun dalam tempoh 3 tahun akan datang keputusan ini masih boleh DIUBAH namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara.
    Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan BAHASA DAN UMAT MELAYU -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika ini hanyalah muslihat maka Kami SEJUTA rakyat yang cintakan bahasa akan turun ke jalanan - tunggulah!
    Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, berjiwa besarlah, hapuskan akal dan jiwa terjajah!
    ABAIKAN MAHATHIR SEKEJAP! FIKIRKAN DENGAN AKAL JERNIH!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sdr,
    Sedarkah kita bahawa dengan dasar baharu ini kita telah memperlekehkan bahasa melayu bukannya memartabatkan sebagaimana menteri pelajaran. SJKC/T akan menggunakan bahasa mereka makanya apa yang ada pada bahasa Melayu?. Kenapa kerajaan takut untuk dengan tegas mewajibkan pembelajaran/pengajaran di semua jenis sekolah dlm bahasa Malaysia agar bahasa Melayu betul-betul dimartabatkan. Di mana konsep satu Malaysia. satu bahasa...entahlah Saudara harga politik untuk orang Melayu terlalu murah dan nilainya untuk orang bukan Melayu terlalu tinggi. Syabas Malaysia!

    ReplyDelete
  5. Salam. Anon yang kat atas tu memang betul2 mcm takde anak..atau tak nak anak kot. Baghal betul...aku ni bengang gak kat umno, tapi bab BI dlm Science & Math ni aku sokong...alhamdulillah anak2 aku semua berjaya & hebat dlm berbahasa Inggeris...Alhamdulillah,,,bahasa ni sebabnya Ilmu tu asalnya dalam bahasanya...bukan saje2 nak muliakan bahasa Inggeris...anak2 aku yg tahun 6 tu pun dah faham pelajaran mcm kefahaman aku ttg subjek Science Form 3. tapi...BM & akhlak tak terabai langsung...alhamdulillah terbela...pokoknya, kalau hendak seribu daya..kalau taknak sejuta alasan !

    ReplyDelete
  6. Anon 9:08pm berkata: "dah 6 tahun, budak2 sekolah terinaya dgn dasar yg membunuh semangat mereka.budak2 sekolah makin bangang, bukan makin pandai MT/SC dlm BI..."

    Kenapa dalam sistem aliran BM SEBELUM PPSMI diperkenalkan, kita dapati pelajar-pelajar Melayu bukan saja lemah dalam Matematik & Sains tetapi juga BM sendiri? Kenapa keputusan sebilangan para pelajar bukan Melayu dalam BM jauh lebih baik dari keputusan para pelajar Melayu? Saya ulangi, ini berlaku semasa sekolah-sekolah menggunakan sistem aliran BM. Bukankah mereka juga "terinaya" (guna perkataan sdr anon berkenaan) dengan sistem aliran BM itu sendiri?

    Yang menjadi masalah, bukanlah bahasa apa yang digunakan tetapi sikap dan tahap motivasi pelajar-pelajar Melayu terhadap pembelajaran. Bak kata pepatah Melayu, "di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan." Kemahuan untuk belajar inilah yang patut diberi tumpuan. Jika kemahuan ini dapat ditanam, segala halangan bahasa dan ilmu boleh diatasi.

    Bantahan-bantahan terhadap PPSMI banyak berkisar kepada keinginan untuk memartabatkan BM dan supaya bahasa dan bangsa Melayu tidak hilang di dunia. Jika begitu, kenapa orang-orang Melayu di zaman aliran BI pada tahun 1960an dan 1970an (sebelum aliran BM diperkenalkan) - dan ini termasuk saya sendiri - masih lagi ORANG MELAYU dan IDENTITI KEMELAYUANNYA MASIH KEKAL. Bangsa seseorang itu tidak akan hilang semata-mata dengan hanya mempelajari dan menguasai bahasa asing. Hakikat ini semua dah sedia sedar tetapi masih ada lagi yang sedaya-upaya mengelaknya atau dibutakan oleh pengaruh politik.

    Tidak ada masalah nak memperkasakan BM (bahasa) tetapi yang lebih penting ialah memperkasakan BANGSA Melayu, iaitu suatu bangsa yang mampu menguasai berbagai bahasa dan berbagai bidang ilmu. Jika BI adalah jauh lebih baik dan berkesan untuk mempelajari sesuatu ilmu dan untuk meluaskan pemikiran atau pandangan kita, apa salahnya kita gunakan bahasa itu? Sampai bila kita nak terus "duduk di bawah tempurung"???

    ReplyDelete
  7. Ini bukan soal aku tak de anak atau tidak, ini soal kefahaman murid2 yg belajar MT/SC dlm BI, jika murid semua menguasai, ok, proceed...!!! tp murid kita tidak memahami dan sukar nak faham, faham tak???, jika mereka sukar nak faham dlm BI, guru2 akan ambil masa yg lama utk beri faham dlm sst subjek, namun dlm masa yg sama guru harus menghabiskan silibus, ini terkial2 nak habiskan sst kemahiran dan sub kemahiran, so ianya membuang masa,dan mana yang kurang cerrdik, maka mereka akan terus ketinggalan, sb guru kejar silibus, kerana apa? sebab sistem kita mengejar atau exam oriented, sislibus mesti dihabiskan walau budak tak kuasai atau lambat, sb guru2 nak kejar exam!!! ko tak kan faham, nak faham pergi sembang dgn guru MT/SC di sekolah...kebykn mereka mengajar 95 % dlm BM!!!(itu bg sekolah luar bandar,atau dibandar dan kelas pertghn dan kelas hujung) dan kalu engkorang nak lbh kepastian lg, cuba pergi berborak dgn budak2 sekolah dari Kelas A hingga Kelas Z dlm BI (SR/SM), boleh kah mereka bertutur dlm BI dgn fasih hasil dr PPSMI???? sebenarnya kerajaan suka membuat eksperimen tanpa kajian mendalam, umpamannya PTS yg diperkenalkan dulu, semuanya gagal kerana dibuat terburu2 dan tanpa perancangan rapi...

    ingat, sekolah dan pelajar bukan tempat lapang sasar utk menguji sebarang dasar yg dibuat tanpa perancangan atau ad hoc ..sb yg menjadi mangsa adalah pelajar itu sendiri...

    ReplyDelete
  8. Nampak eh, hanya Tun M saja yg masih tak setuju...takat ni la...dia memang lah gitu, kepala batu, cakap dia saja yg betul, org lain ni bongok2 belako...kalau cam tu elok bona lah Tun M keluar UMNO lg sekali...aman sikit dr merepek tak tentu pasal...

    Lagi satu, dulu bukan main lg akhbar U.M, NST, dan tv dll kata PPSMI tu bagus sgt2 dan mempertahankannya sampai bila2..tp bila kerajaan mansuhkan, merekalah yg pertama menyokong pulak...ini lah sikap media negara ini... membodek tak tentu pasal...media pro BN ni bukan apa, mereka mengampu je lebih...

    ReplyDelete

Blog Archive