Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, parti itu mengambil kira kepentingan pelajar aliran sains di kedua-dua tingkatan tersebut.
"Oleh itu, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi sains dan matematik di peringkat sekolah menengah, perlu dikekalkan disebabkan aliran itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pra-kabinet di ibunegara hari ini, lapor Bernama.
Ong juga mencadangkan matematik dan sains diajar dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), jika perlu bagi Tingkatan 1 hingga 3, kerana pelajar mungkin berdepan masalah untuk bertukar bahasa selepas masuk ke Tingkatan 4.
Rabu lalu, kerajaan mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan akan kembali dijalankan dalam bahasa Melayu berkuatkuasa 2012.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) pula akan dijalankan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Ong berkata beliau juga akan mencadangkan kepada kabinet supaya menambah masa yang diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di SJKC, dengan menggunakan masa yang diperuntukkan sebelum ini untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
"Kami mendapati masa yang diperuntukkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di SJKC jauh kurang daripada sekolah kebangsaan (SK). Masa diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran itu di SK ialah 330 minit seminggu bagi Tahap 1 hingga 3, manakala hanya 120 minit diperuntukkan bagi SJKC," katanya.
Ong berkata, parti itu mahu masa diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris ditambah kepada sekurang-kurangnya 180 minit seminggu kerana ia bimbang dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar SJKC.
"Semua pelajar di SJKC disyaratkan belajar tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin berbanding dengan SK, jadi masa yang diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris kurang daripada SK," katanya.
Suruh saja MCA tu buat sendiri...jgn nak kalut..lu bikin sendili la apek!!!!
ReplyDeleteini semua mau publisiti...murahan punya sttment...lu bikin sendili la apek....
Inilah corak pemimpin dan parti komponen BN yang kita perlukan - bercakap dalam fakta dan kebenaran - rasional. Tidak ada perkauman atau kepentingan yang terlalu peribadi.
ReplyDeleteBerbanding dengan pemimpin UMNO yang masih tidak berubah dengan 'yes man' mereka, masih suka menjilat dan buat pusingan 'U' walaupun dulunya cukup hebat menentang.
Apapun pengumuman Muhyiddin, signalnya tetap datang dari Najib.
Pemuda, Wanita, Puteri dan Majlis Tertinggi parti UMNO sudah jadi tongkoi.
UMNO ni ibarat lalang!!! mana ada berat kepentingan dia, dia akan condong ke arah itu (walaupun merugikan), mana yang tidak menguntungkan dia, dia condong ke arah lain...UMNO mana ada prinsip...
ReplyDeleteUMNO hanya ditadbir oleh tunggul-tunggul kayu, yg sebhg besarnya tunggul kayu beracun yg akan rebah bersama dgn UMNO sekali...UMNO hanya dipenuhi olh penjilat dan pengampu serta pembodek kelas Pertama....yg hanya tahu angguk demi kepntingan dan geleng utk kepentingan jugak walau benar...
itu sebabnya sgl tindakan UMNO, hanya disokong membabi buta (kalau geleng kena tempeling!!!)
yang peliknya bila sudah hilang kuasa, org yg gagah tadi akan dilanyak cukup2 dan dikutuk habisan...dan dia lah orangnya penentang dasar yg diangguknya dulu!!!! itulah sikap UMNgok dari dulu hingga kini tak berubah2....
UMNO tidak menggunakan akal fikiran, tp menggunakan nafsu..sebab itu dia tak pernah puas!!!!
Fenin...kepala fenin...
ReplyDeletebila laksana PPSMI, rakyat marah kata kerajaan tak daulatkan bhs. tak sayangkan bangsa. kerajaan mengainiaya anak2. adakan demontrasi jalanan.
bila batalkan PPSMI, kata kerajaan mcm lalang. kerajaan takde prinsip. kerajaan lemah. kerajaan x pikir panjang. dan mcm2 lg lah yg dilabelkan...
keputusan yg tlh diambil kerajaan sudah pasti mengikut kaedah dan tatacaranya. yg lepas biarkan lepas yg mendatang perlu dihadapi. kerajaan tlh mengambil keputusan bhw math dan sains akan diajar dlm bhs melayu sepenuhnya pada 2012 makanya adakah salah kalo kita terima sj keputusan tu? bg mrk yg nak pandai dlm BI khususnya maths dan sains carilah guru yg blh mengajar dlm bhs itu.
tp yg peliknya ada satu puak ni yg sentiasa melihat apa yg dilakukan oleh kerajaan adalah salah dan tidak betul. dan sentiasalah ia menzikirkan keburukan dan kelemahan. sehingga menghasut kpd kebencian. moga tuhan memberi petunjuk kpd puak2 tersebut supaya insaf.
makanya insaflah....
bijak btl MCA ..penguasaan bahasa inggeris puratanya bangsa mrk mengikut peringkat umur...kesimpulannya org melayu akan ramai gagal dn peluang biasiswa akan menjadi lbh tipis kalau di kuat kuasa aliran sains tgkt 4&5...sepatutnya ppsmi bermula di sekolah rendah shj...mrk hnya merencana memajukan bangsa mereka dgn akal ats dasar politik bijak mrk demi bangsa mrk.... berbanding dgn bangsa melayu yg berteraskan nafsu kehendak diri mrk sendiri
ReplyDeletenk harapkan org tua2 kt atas tu...adeyyyy tipis harapan org melayu
ReplyDelete