Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, July 23, 2009

Politik di Kalangan Umat

Pak Sedaro mohon izin dan restu daripada Ilmuan asal yang juga guru Pak Sedaro iaitu Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud dan Mahaguru Pak Sedaro iaitu YM Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas bin Ali bin Abdullah bin Munshi.

Politik di Kalangan Umat

Para penguasa bersama anbiya di syurga Tuhan
Jika amanah dipikul bersuluh Tanzil memancar keadilan
Jika amanah dikhianati, kerana terpukau kilau Firauni
Merekalah paling tersisih dari-Nya, terdinding wangi firdausi.

Aristotle menulis politik sesungguhnya cabang etika
Faylasuf Awwal bijak mengatur benda dan perkara
Kini, semua negara dihormati dunia, mengamalnya
Penguasa mereka dipayungi etika, persetujuan bersama
Etika dibincang berkurun lama, diperkuduskan mereka

Umatku di mana-mana, telah mengetepi Lampu Ilahi
Cuba menjejaki Eropah yang telah lama menjajahi
Memilih bentuk moden, semangat diri kuno lagi
Diri kuno yang tida terkena Suluh Muhammadi

Eropah menjadi moden kerana semangat dirinya bertukar
Ditolak anasir sihir dan agama mencengkam jasad dan akal
Setelah bertemu umat Mustafa di Quds, Sicily, Granada
Lilin akli diganti sumbu dan digilap cerminnya
Melihat kembali khazanah Yunani, lama dikecam Gereja
Lilin baru menerangi Paris, Bologna dan seluruh benua.

Lilin Eropah diperbesarkan sumbunya ke tanah India Merah
Bagai pendekar, Dunia baru itu membuka langkah
Quincy, Adams, Jefferson menyelam ke dalam Sejarah
Mendalami khazanah sendiri, merangka ke depan jauh
Politik Baru terpancar dari etika rumusan para penubuh
Kelemahan dalam diri, diperbaiki, diselesai segala mushkil
Benarlah sabda Nabi, Tuhan restuai Kerajaan kafir jika adil

Malu Nabi melihat pengikut Aristotle memilih Sunnahnya
Mereka mengkaji Lampu Nabi dan Khalifah kita
Meminda mengikut keperluan bangsa dan sejarah mereka
Berani menghukum Presiden yang berdusta pada bangsa

bersambung .....

1 comment:

  1. paneh miang tak tau ke mat hassan mb negeri 9 kena belasah teruk dengan ketua2 bahagian depan muhyiddin yassin semasa muhyddin di seremban dua hari lalu. teruk mat hassan kena bantai dengan dato sehak lillah dan lain2.

    ReplyDelete

Blog Archive