Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai: KJ kata Pas Menang...

BERIKUT adalah perkembangan hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai:

9.07 malam: PAS menang dengan majoriti tipis 65 undi. Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283 dan undi rosak sebanyak 117 undi. Ia diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin.

9 malam: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa masuk ke tempat penjumlahan undi.

8.55 malam: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah tiba di pusat penjumlahan undi.

8.20 malam: Sehingga kini PAS memperoleh 4,335 undi manakala BN 4,299 undi. Beza 36 undi. Jumlah berdasarkan 23 daripada 28 peti undi.

8.15 malam: Keputusan bagi 5 peti undi, PAS peroleh 3,471 undi, BN peroleh 3,262 undi. Perbezaan majoriti sebanyak 209 undi.

8.05 malam: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam twitternya berkata PAS menang dengan majoriti tipis - 60 undi. Sebelum ini disebutkan bahawa Umno menang tipis kira-kira 37 undi.

8 malam: Belum ada pemenang jelas. Pengiraan semula undi sedang dijalankan.

7.05 malam: Peti undi dari kawasan Sungai Peria dan Lata Rek tiba di pusat penjumlahan undi.

7.05 malam: Peti undi dari kawasan Manek Urai Baru, antara peti undi yang pertama tiba di pusat penjumlahan undi.

7 malam: Wakil media dan petugas SPR menunggu ketibaan peti-peti undi di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.

5.50 petang: Sehingga pusat pengundian ditutup, sebanyak 10,736 pengundi (87.3 peratus) keluar mengundi.

5.30 petang: Proses pengiraan undi sudah bermula.

5 petang: Kesemua pusat mengundi ditutup. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa.

4.25 petang: Setakat pukul 4 petang, sebanyak 86.4 peratus telah keluar mengundi sekaligus melebihi sasaran 85 peratus yang ditetapkan SPR.

3.40 petang: Setakat pukul 3 petang, seramai 10,312 pengundi (83.8 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka. SPR turut mengesahkan belum ada pusat pengundian yang ditutup dan ia hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.

3.10 petang: Setakat pukul 2 petang, seramai 9,845 pengundi (80 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka.

2.15 petang: Beberapa pemerhati daripada MAFREL turut hadir di setiap peti undi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

2 petang: Tinjauan ke pusat mengundi di SK Sungai Peria mendapati keadaan agak lengang disebabkan pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sejak awal pagi. Kesesakan lalulintas yang agak teruk berlaku di Kampung Peria menuju ke Manek Urai Baru. Bagaimanapun, pihak polis dapat mengawal lalulintas.

1.50 tengah hari: SPR mengesahkan 9,359 pengundi (76.2 peratus) keluar mengundi setakat pukul 1 tengah hari.

12.00 tengah hari: SPR mengesahkan, 8,475 pengundi (68.4 peratus) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing

12.00 tengah hari: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melawat pondok panas BN di Sek. Keb. Manek Urai Baru dengan menaiki motosikal.

11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting untuk diselesaikan bagi membolehkan kelancaran lalu lintas sepanjang proses pengundian yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat khabar angin bahawa berlaku pertengkaran di bilik operasi Barisan Nasional. Belum ada laporan lagi.

11.35 pagi: MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.

11.30 pagi: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi.

11.05 pagi: Peratusan keluar mengundi sudah mencecah 40 peratus, kata Pengerusi SPR.

10 pagi: SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi setakat ini 4,706 orang (38.3 peratus).

9.55 pagi: Berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila pihak polis hadir mententeramkan keadaan. Penyokong kedua-dua parti menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi termasuk melaungkan takbir 'Allahuakbar'. Turut hadir melawat peti undi tersebut adalah Datuk Seri Awang Adek Hussein.

9.30 pagi: Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau yakin BN berpeluang untuk menang. Beliau berkata: "Berdasarkan statistik semalam menunjukkan kita telah mendapat hampir 51 peratus sokongan. Daripada awal lagi, kita sedia maklum bahawa dalam pilihan raya kecil ini, saingan memang sengit dan sebagai calon yang bertanding di kubu kuat PAS, kita telah berusaha bersungguh-sungguh."

9 pagi: Penyokong dan peraih undi parti-parti yang bertanding berkumpul dan memberi sokongan kepada calon di pusat-pusat mengundi. Bagaimanapun, mereka perlu berada 50 meter daripada pusat mengundi.

8.40 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tiba untuk melawat pusat mengundi SK Manek Urai Baru.

8.10 pagi: Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah dijangka melawat peti undi Sg Peria.

8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.

8 pagi: Sebanyak sembilan pusat mengundi mula dibuka.

7.45 pagi: Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing. Pihak polis mengawal lalu lintas seawal pukul 6 pagi.

Sumber: Mstar.

16 comments:

  1. Minta2 PAS monang lah, Betul lah kato KJ tu...tak do lah hebat dan ajaib mano pun dio tu...by-election MU tu pun tak leh setle..buek malu org Ghombau yo la...semuo eh takat ni UMNO kantoi...elok lah tu...minta2 UMNO ni sodar diri...ni memanjang yo tak sodar diri, awak dtg dari mano????? tak ko dr rakyat yg susah2 ni....kalau nak ingat la!! kalau tak ingat, lu pikir la sendiri bro!!!! ha..ha...ha...

    ReplyDelete
  2. Undi majoriti merosot tidak penting dan tidak patut digembar-gemburkan, dan kekalahan tidak sepatutnya beralasankan Manek Urai kubu kuat PAS. Hakikatnya UMNO kalah juga! Inikah kesannya hadiah-hadiah 100 hari pemerintahan DS Najib? Apakah akan ada kesan-kesan lain selepas ini?

    Sepatutnya DS Najib tumpukan perhatian sepenuhnya kepada masalah rasuah kerana rasuah dalaman UMNO masih tersemat tanpa apa-apa tindakan konkrit. Rasuah jugalah yang telah menjadi senjata berbisa yang dieksploitasikan oleh pihak pembangkang. Rasuahlah yang masih mendominasi persepsi rakyat.

    UMNO wajib membersihkan diri dahulu. Pembersihan ini mesti juga melibatkan agen-agen perosak dan duri dalam lipatan di dalam kerajaan DS Najib. Apa yang masih dilihat ialah, masalah rasuah masih belum dapat ditangani dan agen-agen perosak masih dikekalkan. Amat mudah mereka bermain politik tetapi amat liat hendak membersih diri.

    ReplyDelete
  3. UMNO/BN sekarang ni cuba menggambarkan dirinya sebagai MALAIKAT dgn menunjukkan sikap caring, pemurah, baik hati, etc (konon la)..semua ini org bukan tak hargai..namum inikan sudah menjadi tanggungjwb anda kpd rakyat!!! usah ungkit2 la bro!!! dah 50 th anda memerintah, barulah skrg nak bagi hati rakyat seronok(mungkin)..sukar nak caya .semuanya ini masih lagi belum dapat mengikis sentimen org awam bahawa UMNO/BN masih mengekalkan pemimpin corrupt, mengamalkan korupsi, penyalahgunaan kuasa, mengamalkan budaya negatif, mengamalkan rasuah wang yang terlampau2, melampaui batas,...betul lah anggapan orang bahawa UMNO ini adalah PARTI KEBENDAAN...memang tak dinafikan kebendaan sbg asas kehidupan...namum UMNO menggunakan kebendaan sebabagi taktik untuk mengekalkan kuasa, dan kerana kebendaan ini lah mereka terdedah kpd korupsi, penyelewengan, salah guna kuasa, sikap tamak haloba, dan berbg2 sikap/sifat negatif lain...
    senang ceritala...nampak UMNO semua yg negatif pasti sinonim dgn UMNO la....ubah la woit!!! usahlah salahkan org tak sokong awak...org bukan bangang!!!!

    harap2 ada lg by-election (DUN/P) slps ini...umno pasti tidak akan berubah...itu style dia...biarkan dia...kita ubah dia plak...

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum... Monang totap monang.Moga berkuborlah umnoNgok lopeh PRU13 nt... Suko botul hati Den.. Waa..kah!kah!kah!kah!kah!!!
    AllahHuakbar! AllahHuakbar! AllahHuakbar!

    ReplyDelete
  5. tahniah pas yg berjaya mengekalkan kerusi sendiri. sendiri kosong sbb ajal, sendiri kempen, sendiri menang. memang sesuatu yg patut menjadi kebanggaan? pikirlah sendiri.
    65 undi je? hmmmmm...taklah kuat sgt. umno dan bn masih punya ruang utk perbaiki kesilapan.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum... Tambah sombab muko Mat Sombab dlm tv nampak eh td waktu perasmian Tilawah Al-Quran.
    Kah!kah!kah!kah!!!

    ReplyDelete
  7. Yo lah...monang totap monang...kalah terus kalah...kok yo pun UMNO pun tak lah kuek bona...hancus gak, makin hancus ado lah...dengan penjual ikan pun TKO, belum lg bapak ikan!!!!

    kalau UMNO ni kuek bona, tak adolah dio(UMNO) asyik2 berjaya mengekalkan KEKALAHAN yo bro!!! lu pikiaq la sendili bro...

    Pada UMNO...bilo nak monang eh!!!!
    momanjang terjarap yo, lunkun dgn lumpur...ha..ha..ha..

    itulah nasib org sombong, angkuh, ego, ....nasib lu mamat!!!! ka..ka..ka...

    BRAVOOOOO PAS dan P.R....

    ReplyDelete
  8. PR COMEH undi gilo babi hilang.. he he he.

    Nik Aziz kato orang bandar dan golongan mudo dah poei balik sokong BN & Umno. he he he. Ngaku lak tu...

    COMEH!!!... he he he

    Yang bagi komen kek eteh ni pun nampak comeh-comeh!

    ReplyDelete
  9. Tak do comeh mano pun...yg tercungap2 nak bona monang ni UMNO yo...habih sumo...bergolok bergadai lah...tp habuk yang dapek..buek jorih yo...UMNO ni dio spesis suko main duit...dio takut nak berlawan tanpa guno wang...mano dio borani lawan PAS dgn tgn kosong, kalau tak jolok duit punyo...itu pun kito respect pd pengundi PAS yg tak kolabu mato tgk duit byk...org bagi kito sapu la...nak undi, apa barang nak undi UMNO....cumo UMNO yo dah kolabu biji mato,..bilo laie nak monang nih!!!! kosian den nengok kek TV, terjorit2 Tok Jib dan Pembesar2 UMNO minta ihsan org sokong dio(UMNO)...kosian pun ado...tp tak do lah sampai nak bagi undi doh!!!...

    bilo laie nak monang sedaro??? ni dah lobih hatrik dah ni...buleh bona masuk Guinees Book Record (kalah momanjang)...gigit jari lga ko sedaro.n...wakkkaaaaa..o..he...he..

    dgn pemborong ikan pun lingkup ko sedaro!!!!! he.he..he.

    Dgn pembro

    ReplyDelete
  10. PAS hebat..
    tahniah!!

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  11. world book of record ialah, pas kalah sejak 1955 kpd perikatan dan kemudiannya bn. malaysia book record ialah dap kalah kpd bn sejak pru 2 dan pkr kalah sejak pru10 kpd bn. hmmmm...bilo agak eh nak monang pru? patut eh rekod cuma 1-0 sbb hanya kerusi bn di kt saja yg berjaya dirampas pas slps pru12. tapi kok org perasan syok sendiri psl asik monang di kubu sendiri nak buek camno ye tak.

    ReplyDelete
  12. Pada pilihan raya umum ke-12 lepas, calon PAS di Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob menewaskan calon Barisan Nasional Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Kali ini dalam prk terbaru Manek Urai 1,285 undi majoriti tersebut telahpun berpindah kpd BN sehingga Pas hanya mampu menang dengan 65 undi sahaja. Kenapa jadi begitu wahai Nik Ajis?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  13. PAS kalah dgn majoriti besar pun tak pe...elok jugak sbg peringatan spy jgn leka dan berangan memanjang....lepas ini PAS akan lebih kuat dan mempunyai momentum yg lbh hebat...percayalah...tak kesahlah menang dgn majoriti tipis pun, itu pun dikira menang gak...tak lah kempunan mcm UMNO tu...

    dgn gaya politik moden ini, nampak gayanya UMNO terus menerus ditolak...harap bersabar lah UMNO...coba lagi la, itu pun kalau masih ada lg sisa2 perjuanagn yg tinggal....

    parti UMNO yg sombong, angkuh dan ego pasti akan ditolak tak kira di mana dan masa bila pun....

    ReplyDelete
  14. ki ki ki...!

    Apabila PAS menang di MU dgn 65 undi, maka keluarlah dialog ini:

    1. Kesian UMNO tak menang walaupun dah 7 prk.
    2. Padan muko UMNO tak menang di MU.
    3. Menang tetap menang (ditempat sendiri).
    4. Jgn ambil kira jumlah undi majoriti yg penting menang.
    5. Apalah UMNO pada penjual ikan pun tak menang.

    Agak2lah kalo PAS kalah apa dialog yg akan keluar? rasa2nya dialog yg biasa digunakan ialah:

    1. SPR tak telus
    2. Ada pengundi hantu
    3. BN main politik wang
    4. BN guna kekerasan
    5. BN tipu dan lain2 lg.

    keputusan PRKMU adalah signal kpd kedua2 parti. kpd BN/UMNO, rakyat tlh blh menerima kembali walaubagaimanapun sejarah hitam lalu jgn diulangi. teruskan perjuangan membela rakyat. setiap jentera perlu digerakkan dgn bersungguh-sungguh. buat analisa di peti undi mana yg BN/UMNO mendapat sokongan tertinggi beri pembelaan kpd penyokong anda disana. jgn hampakan harapan mrk yg tlh mengundi anda. walaupun tlh tewas tp jgn pula tewas dihati pengundi yg menyokong. kpd PAS, mimpi indah mungkin tlh berakhir kota apa yg dikata. kemenangan 65 undi bukan suatu yg blh dibanggakan. perlu lebih berusaha membuktikan kebenaran. perlu berhadapan masalah bukan mengelak masalah.

    lucunya.....

    ReplyDelete
  15. http://perisik-rakyat.com

    ReplyDelete
  16. Yg aku goli goloman bilo TV 3 suku kato kalah tapi monang. Bingai ko bangkai hanyut karat UMNO ni Jijak Tuah.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive