Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, July 10, 2009

Five-o-eight.com

Sebaik menamatkan pengajiannya di dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya, Mokhtar bertugas sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara Malaysia di Kuala Lumpur. Tiga tahun kemudian Mokhtar dinaikkan pangkat dan berpindah ke Teluk Intan dan bertugas sebagai Majistret Kanan Teluk Intan selama hampir empat tahun. Selepas itu sekali lagi dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Alor Star menjawat Peguam Kanan Persekutuan merangkap Timbalan Pendakwa Raya Malaysia bagi negeri Kedah, sebelum seterusnya berpindah pula ke Kuala Lumpur menjadi Pegawai Undang-Undang Satu, Mahkamah Agung Malaysia (First Legal Officer of the then Supreme Court of Malaysia).

Pada awal 1986, iaitu semasa bertugas sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen, Mokhtar menemui suatu fakta yang disedarinya pasti akan sukar diterima oleh bangsanya sendiri: sebutan angka yang panjang menyebabkan penggunaan masa yang lebih lama untuk membilang, belajar dan mengajar membilang, mengira, belajar dan mengajar mengira, menganalisa fakta-fakta bersifat matematik, belajar dan mengajar menganalisa fakta-fakta bersifat matematik, mengingat fakta, langkah kerja dan proses penyelesaian masalah bersifat matematik (lalu jadual operasi asas, rumus, teorem, hukum, tarikh sejarah, statistik, ketinggian gunung, maklumat yang diekstrak dari skrin kalkulator atau komputer, nombor telefon, nombor fail, nombor pendaftaran, kod akses, computer configurations, jumlah cek yang ditandatangani atau jumlah wang yang dibelanjakan, dan sebagainya, dibanding dengan orang yang membilang menggunakan bahasa minda, bahasa pertuturan atau bahasa penulisan yang lebih pendek sebutan angkanya. Sebagai contoh, seorang adik kecil berusia lingkungan dua tahun lebih mudah dan lebih ceria menyebut dan mengingat 'twelve twelve one four four' (12x12=144) daripada menyebut dan mengingat 'dua belas dua belas satu empat empat'.

Lanjutan daripada penemuan tersebut membawa kepada penemuan seterusnya: sebutan perkataan yang panjang menyebabkan penggunaan masa yang lebih lama untuk berfikir, berkomunikasi, bercakap, belajar bercakap, mengingat perkataan, mengakses perkataan yang tersimpan di dalam minda, membaca, bercakap di telefon, bercakap di dalam mesyuarat, berceramah, berbahas, menulis, memberi dan menerima arahan, berlakon, bermimpi, berbual kosong, dibanding dengan aktiviti sedemikian yang dilakukan di dalam bahasa-bahasa yang lebih pendek sebutan perkataannya. Sebagai contoh, lebih mudah dan lebih menjimatkan masa dan bil telefon (dan bil-bil lain) bagi mengungkapkan "wo ai ni" di dalam bahasa Mandarin yang memerlukan tiga suku kata berbanding ungkapan "ku sayang padamu" yang memerlukan enam suku kata atau "aku sayang kepada kamu" yang memerlukan sembilan suku kata.

Contoh lain, bahasa yang digunakan untuk mengangkat sumpah di mahkamah perlu menggunakan terjemahan literal yang panjang lebar (dalam bahasa Inggeris berbunyi, "I, ..., solemnly and affirmly declare that, whatever I shall state in this trial is the truth nothing but the truth." (28 suku kata). Kenapa perlu diterjemahkan secara literal, "Bahawasanya saya, ..., dengan segala sesungguhnya dan dengan segala suci hati, mengaku dan berikrar, bahawa apa yang akan saya perkatakan di dalam perbicaraan ini adalah yang benar semuanya, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka."? (85 suku kata!)

Bayangkan jika sepuluh orang saksi memberi keterangan di dalam sesuatu perbicaraan, di dalam bahasa Inggeris, bererti 10 x 28 detik = 280 detik, di dalam bahasa Malaysia, 10 x 85 detik menjadi 850 detik. Kelajuan mengungkap di dalam bahasa memberi keterangan di Mahkamah adalah lebih lama di banding dengan kelajuan mengungkap di dalam pertuturan biasa. Jika pertuturan biasa menggunakan 0.25 saat bagi menyebut setiap suku kata, bahasa memberi keterangan memerlukan hitung panjang lebih kurang 0.5 saat untuk menghabiskan setiap suku kata, mengambil kira pause, intonasi dsb. Bererti, sepuluh orang mengangkat sumpah di dalam bahasa Inggeris memerlukan masa sebanyak 140 saat yang bersamaan dengan 2.33 minit, manakala sepuluh orang yang mengangkat sumpah di dalam bahasa Malaysia memerlukan masa sebanyak 455 saat yang bersamaan dengan 7.58 minit. Perbezaan masa yang digunakan ialah 4.25 minit. Jika setiap hari sepuluh orang memberi keterangan, lima hari bekerja bererti 50 orang memberi keterangan, bererti perbezaan masa yang digunakan ialah 21.25 saat. Tidakkah masa selama 21.25 saat ini cukup untuk suatu waktu rehat di sebelah pagi, dan cukup untuk menulis suatu alasan penghakiman bagi kes yang mudah atau straight-forward. (Itu baru dikira masa untuk mengangkat sumpah. Bagaimana masa untuk berhujah, menulis keterangan, mengemukakan bukti dsb?).

Sejak itu Mokhtar memulakan misi untuk memberitahu setiap orang daripada anak bangsanya, bahawa kita perlu mereformasikan bahasa kita agar perkataannya jadi semakin pendek dan bukannya semakin panjang, demi kemajuan bangsa dan negara yang tercinta, malah demi kemajuan bahasa kita yang tercinta. Ini kerana sebutan perkataan yang panjang menyukarkan ungkapan dan akhirnya penuturnya memilih jalan terbaik untuk dilakukan iaitu dengan menyingkatkan perkataan atau mencampur adukkan dengan ungkapan perkataan dari bahasa lain yang lebih mudah diungkapkan. Lahirlah sindrom "orang Melayu yang amat cintakan bahasanya enggan menggunakan bahasanya yang sempurna kerana takut ditertawakan di pasar".

Di antara usaha Mokhtar di dalam menyebarkan hasil penemuan dan pemikirannya ialah menulis surat bertubi-tubi kepada Perdana Menteri pada masa itu (Y.A.B. Dato' Seri Dr.Mahathir bin Mohammad), dengan surat terpanjang setebal 200 muka surat (dikirim pada 1990) dan dengan salinan kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin dan intelek, mencadangkan supaya matematik diajar di dalam bahasa Inggeris bagi meningkatkan tahap kecekapan pelajar menangani masalah matematik. Surat tersebut kemudiannya diubahsuai dan diterbitkan sebagai sebuah buku, bertajuk 'Bahasa dan Tamadun Bangsa', dan diterbitkan sekali lagi enam bulan kemudiannya dengan lebih tersusun di bawah tajuk 'Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi'. Utusan Malaysia menganggap buku ini sebagai "buku yang wajib dibaca oleh setiap rakyat yang mahu berjaya, terutamanya orang Melayu" (Utusan Malaysia, 17hb Feb 1992 - preview oleh Zainab Mohd.Ali). Buku tersebut benar-benar meletup. Kedai Buku Universiti Malaya membuat tempahan tambahan malah dengan bayaran tunai, dan menurut mereka, orang yang pertama yang membeli buku tersebut ialah tak lain dan tak bukan Professor Ungku Aziz sendiri, Naib Chanselor Universiti Malaya pada masa itu.

Mokhtar meletak jawatan pada 15hb Nov 1993 untuk memberi masa sepenuhnya kepada perjuangan menyebarkan hasil pemikiran dan penyelidikannya yang dianggapnya sebagai perjuangan untuk menyelamatkan bangsa dan negara yang tercinta.

4 comments:

  1. Tidak semua yang kita hajatkan semuanya boleh dicapai...tidak semua yg kita fikirkan sesuai dgn semua orang,...tidak semua yang akan kita buat, boleh menyenangkan semua orang, tak semua yang kita inginkan semua org bersetuju.....dan tak semua yang kita fikirkan semua nya betul dan semua kena ikut......inilah pemikiran songsang...

    ReplyDelete
  2. bahasa melayu should be preserved in whatever situation.
    but it doesnt mean that we can see and look english as a piece of cake...
    YES we can learn eng but jgn terlalu mengagung2kn nya

    ReplyDelete
  3. Mokhtar lubang hidung yg boleh d sumbat bateri tu ko? Waa... Kah!kah!kah!!! Dia adalah salah seorang pengkhianat bangsa dan negara.. Khaakh Ptui...

    ReplyDelete
  4. mokhtar lubang idong ape. xpe, ko bg mokhtar tu pahala free.

    ReplyDelete

Blog Archive