Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, August 15, 2009

Hakim Wanita Pertama

Dato' Siti Norma Bt. Yaakob merupakan hakim wanita yang pertama di negara kita. Beliau dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940. Beliau memulakan kerjanya pada Jun 1963 apabila dilantik sebagai Penolong Pendaftar Kanan di Makamah Persekutuan. Pada Januari 1967 beliau telah dilantik pula sebagai Presiden Wanita Mahkamah Seksyen yang pertama. Pada tahun 1988, Dato' Siti Norma telah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sekali gus menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut. Sebagai tanda pengiktirafan beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan pada Julai 1987. Beliau telah mendapat "Barrister of Law" di Gray's Inn, London. Beliau pernah menjadi Ahli Konsul Eksekutif, Eisenhower Fellows Association Malaysia semenjak 1992 dan kemudiannya dilantik sebagai hakim di Mahkamah Rayuan pada 17 September 1994.

Sumber: PNM

1 comment:

  1. sbonarnyer ramai lagi anak2 N9 yg hebat-hebat tapi tak didodahkan.. antaranyer Darmala Ns yg baru2 ni dah meninggalkan kito...

    ReplyDelete

Blog Archive