Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, March 30, 2010

Derita Rakyat Raja Cameron Highlands

Cameron Highlands (CH) ialah transit pelancongan yang kaya di bahagian tengah Banjaran Titiwangsa. Boleh dihubung dari Tapah mahu pun Simpang Pulai. Inilah lokasi saban musim Le Tour D Langkawi. Melihat kepada fenomena Cameron Highlands yang mempunyai tidak kurang 27,000 insan rakyat Raja yang 60% ialah penjawat awam beserta keluarga, manakala 40% dikelas sebagai kuota Pemastautin Cameron Highlands. Populasi rakyat Raja sekitar 35% daripada populasi sebenar. Yang sedihnya, sekitar tahun 1960 hingga 1980, rakyat Raja dan Orang Asli memenuhi 70% populasi di Cameron Highlands.

Kenapakah migrasi besar-besaran berlaku di CH? Hari ini Rakyat Raja semakin menderita di Cameron Highlands kerana banyak sebab, khasnya kesan pembangunan pertanian, pembangunan fizikal prasarana, sebagainya.

Kemasukan ramai rakan Thiong Hua dan Tamil ke CH hingga memonopoli sebahagian besar kedudukan strategik di CH. Apakah penyelesaian yang boleh membantu Rakyat Raja di CH?

Pak Sedaro fikir, beberapa langkah mesti di ambil oleh pemerintah dan pentadbir di CH:

1. Membuka Medan Business khas kepada Rakyat Raja.

2. Pegawai Awam keturunan dan berdarah Rakyat Raja mesti BERPERANAN dalam membina Agenda Melayu di CH.

3. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar kena buat lawatan TERGEMPAR dan MENGEJUT ke CH untuk melihat sendiri kemelut Rakyat Raja dan Orang Asli di atas sana.

4. Cameron Highlands bukan seperti Tanah Tinggi Lojing di Kelantan. CH mempunyai kesan sejarah dan imprealisme tersendiri. Di samping memiliki lokasi taktikal strategik kepada Keselamatan Negara.

5. Cameron Highlands seharusnya dewasa secara fizikal dalam rahim Tanah Mengandung Ilmuan, kerana jika didirikan sebuah Maahad Tahfiz Moden ala Andalusia, barang pasti Cameron Highlands akan didatangi oleh Para Sarjana Ilmuan Islam Tersohor Dunia. Inilah pusat ilmu yang boleh diperkaya dengan lebih berkesan.

Penderitaan Rakyat Raja di CH banyak diungkap oleh pimpinan UMNO CH, yang gamaknya HANYA dipekak dan dibisu atau dibuta oleh pelakon-pelakon politik. Kepada YAB PM, YAB TPM dan YAB MB, jika kalian sedar akan KEPENTINGAN sebenar CH kepada umat Melayu, maka persiaplah Jambatan Emas ke sana. Rundinglah dengan 10,000 jentera umat yang LAPAR dan DAHAGA.

Pak Sedaro fikir ada baiknya umat Melayu di CH buat Kongres 10,000 ummah di Cameron Highlands di padang awam depan Majlis Daerah CH. Banyak perkara BAIK boleh dilaksana di CH jika pentadbir, pemerintah dan pencinta BANGSA MERDEKA memberi fokus kepentingan kepadanya.

Banyak kerja-kerja HARAM yang dilakukan oleh pasukan neo-Komunis juga boleh dipantau dengan halus. Ingatlah bahawa subversif komunisme tanpa senjata masih BERNAFAS di CH...!

13 comments:

  1. Salam bro,

    Janganlah dianak tirikan penduduk di Cameron Highlands.

    Ini kerana rakyat Malaysia di setiap kawasan adalah penting untuk memastikan kejayaan BN/UMNO.

    Perkasa ditubuh kerana Pemuda UMNO lemah klik sini

    ReplyDelete
  2. cucu mamak kutty ori punya tauMarch 30, 2010 at 4:36 PM

    klu melayu terus percaya kat umno,melayu akan terlingkup....umno akan menjadikan org melayu terpinggir di bumi mereka sendiri....paneh miang akui memang umno tak boleh di harap untuk bela nasib melayu,hampir 53thn umno perintah malaysia,melayu makin lama makin terpinggir...kah kah kah...melayu akan terus jadi satu bangsa yg banggang klu terus menerus percaya kat umno penipu melayu...kah kah kah...banggang nya org melayu...

    ReplyDelete
  3. UmNo PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA.
    Pergi JAHANAM dgn UmNoNgok...

    ReplyDelete
  4. Pegawai2 kerajaan CHighlands banyak syok sendiri maklumlah ditempat sejuk, jauh dari pantauan ibu pejabat. Kiranya orang dari ibu pejabat datang mereka lebih minat makan angin dan booth kereta akan dipenuhkan dengan bunga2an dan sayur2an oleh anak buah. Tertutuplah mulut.

    Mesyuarat kerap diadakan diKuantan dan mesti ada alaun mileage, bermalam dan makanan. Pernah isteri seorang ADO mengatakan claim ke Kuantan lebih daripada gaji.

    Dulu ada DO runtuhkan bangunan pejabar daerah lama yang masih tersergam dibena oleh British dan dibangunkan ditempat yang sama bangunan pejabat daerah baru. Sayang banyak membazir. Isterinya kalau dipadang golf bawa wang berkepul2.

    Dulu UMNO CH ada sedikt hartanah tetapi telah dijual dan tidak tahu ujung pangkal apa berlaku pada duitnya. UMNO sudah belot kepentingan Melayu. Kepala2 UMNO dulu nampak mewah sekarang.

    ReplyDelete
  5. Pernah saya syurkan kapada ADO supaya bina semula surau di Batu 33 ditempat lebih luas. Jawabnya tanah tak ada! Tak ado otak orang den tu!

    Kepada Penghulu saya syurkan supaya adakan lagi kampung atau reserve Melayu selain yang ada di Taman Sedia. Katanya: Apa bangsa lain kata! Memang bodoh sobodohnyo. Penakut. Tak ado buah polir.

    Orang Pahang baik peringkat raja, MB dan lain2 berpangkat tinggi telah mengabaikan orang Melayu di CH melarat. Tidak ada perancangan tambahan lagi bangsa2 lain laju dengan kemajuan pertanian.

    Raja pula entah ada berapa buah istana hinggapan disana. Acap kali datang rakyat akan menyambut mereka dan berbelanja. Masa itulah bangsa lain mainkan peranan.

    Saya ada beli flat kerajaan untuk orang Melayu, walaupun telah bepuluh tahun selasai membayarnya tetapi grant tak dapat lagi. Kan ini menyusahkan Melayu?

    ReplyDelete
  6. Saya ada memohon tanah. ADO kata kalau orang Melayu diberi tanah mereka jual. Tetapi bukan senang dapat tanah ditempat istimewa ini tentunya kalau dapat nak simpan keanak cucu. Kalau nak jual kapada orang Melayu sebagai syaratnya. Rezeki kita tidak tentu dimana. Tanah tak boleh dikendong2.

    Disemua negeri di Malaysia ini yang paling banyak menyimpan tanah ialah SDC. Merekalah yang banyak menggadai tanah kerajaan Melayu!

    Ada yang telah beranak cucu diCH tetapi bila pohon tanah tak dapat. Sepatutnya untuk menggalakkan dan meramaikan lagi orang Melayu diCH mereka yang telah lama bermastautin diutamakan mendapat tanah.

    Captain Rivers aka Hj Kadir yang menetap disempadan Ladang Teh Boh berkata "Orang Melayu memang suka menyusahkan orang lain". Masa kita memegang kuasa yang tak seberapa masih lagi kita tak sedar dan menyombong untuk menolong. Wahai Melayu!!

    ReplyDelete
  7. KJ=Temasek Holdings=Omar Mustafa=APCO=1Msia=1Israel. Renung2kanlah

    ReplyDelete
  8. pemimpin UMNO kebanyakkannya bijak-bijak. mereka boleh buat ramai blogger untuk menyokong mereka walau[un UMNO itu meminggirkan org Melayu.

    UMNO panadi..ditipunya Melayu dan Melayu gila-gila sokong mereka.

    baguslah Melayu!kalau tengok melayu yg menyokong dalam alam cyber ialah melayu macam parpukari dan ramai lagi yang kulit tak serupa Melayu.

    ReplyDelete
  9. anon 136am hang ni racist ka apa? byk penyokong pembangkang ni aku tgk dok kutuk mahathir kutty la, kutuk keturunan org la, kulit org la mcm2 lagi. nampak sgt depa ni racist tp tuduh umno yg racist. bangang tak dpat ajaq lagu ni la.

    kokdiang

    ReplyDelete
  10. Master Mariner Capt Rivers aka Hj Kadir telah menetap hampir 20 tahun di CH. Asalnya dari Toronto, Canada. Telah bertugas dimerata tempat sebagai polis, insuran perkapalan, menubuhkan FRU di Singapura, pengajar di Singapore Polytechnic.

    Di Malaysia ia aktif dalam membanbtu keselamatan, persatuan dan masyarakat tempatan. Ia ahli sejarah dan telah menulis beberapa buah buku dan makalah.

    oRivers PJ. 2004. The origin of ‘Sabah’. JMBRAS LXXVII(1):67-77
    oRivers, Philip J, Capt. 2004. “1421” Voyages: Fact & Fancy. Perak Academy, Ipoh 98pp

    Perpustakaannya penuh dengan buku. Sejadah terbentang tepi atas lantai tepi meja. Kini sedang menulis cerita baru berkenaan Jim Thomson.

    Saya rasa dia terkilan kerana belum dapat kerakyatan Malaysia pada umurnya yang sudah lanjut ini.

    ReplyDelete
  11. Saya sokong benar didirikan Maahad Tahfiz Moden ala Andalusia. Saya berasa terharu kerana Pak Sedaro yang bukan dari CH maupun dari Pahang tahu apa nak diadakan supaya bilangan orang Melayu/Islam bertambah. Orang strategis beginilah kita hendak.

    CH yang pertama diteroka oleh Camerons pada tahun 1888. Tempat yang begitu nyaman dan hubungan jalan raya sangat mudah sekarang perlu ada projek mega membina intelek Islam.

    Saya fikir sesuai didirikan kampus universiti teragung ala Andalusia Orient diCH sebagai induk dan beberapa cawangan di dataran tinggi seperti Fraser's Hill, Gunung Jerai, Bkt Larut, Penang Hill dan Gunung Angsi. Ramai pelajar, pengkaji dan pakar Islam dari seluruh pelusuk dunia akan datang.

    Kawasan Genting atau Janda Baik telak tidak sesuai lagi untuk membina kampus Islam kerana hub judi dan Toh Peh Kong ada diatas. Tun Razak telah membuat salah strategi kerana wang judi haram kini bercampur aduk dalam kutipan negara. Dimana negara Islam didunia ini ada Casino? Aku sajalah negara Islam. Tanggunglah bahananya. Ya Allah.

    Gunung Angsi dulunya pernah dicuba tanam koko, getah, loquat dll tanaman oleh Brtish sebagai kajian.

    ReplyDelete
  12. Najib orang Pahang. Tengoklah sendiri keadaan orang Melayu CHighlands.Usahlah rebranding sana sini. MEB, GST, 1Malaysia.

    Nak naikan taraf pendapatan tinggi seperti negara maju. Dengan apa, kalau makan tak cukup duit untuk sekolah anak tak cukup. Duit untuk PERMATA beratus juta! Apa realitinya. Nak tanding global tapi PPSMI diketepikan.

    Keluarga dia bolehlah cakap banyak. Yang paling tinggi gaji GLC siapa? Kalau nak cepat dapatkan taraf pendapatan tinggi serahkan sebulan-dua gajinya kapada penduduk Melayu CH.

    ReplyDelete
  13. cucu terompah kayuApril 1, 2010 at 10:47 PM

    Undilah Parti Ajaran Syaitan cap terompah kayu kuli dap kafir harbi, undilah Parti Koncing Rakyat, mendewakan gay dan peliwat pungguk

    ReplyDelete

Blog Archive