Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, June 28, 2009

GELAGAT PEMBANGKANG (MINGGUAN MALAYSIA 28 JUN 2009)

Bagi pembangkang mereka sahaja yang sempurna, pakatan mereka sahaja yang hebat, mereka sahaja terdiri daripada pemimpin berwibawa dan tindakan mereka sahaja yang betul. Sikap pembangkang ini dapat dikupas melalui beberapa senario yang berlaku sejak selepas pilihan raya umum lalu. Penulis mencatatkan senario tersebut sebagai panduan kepada semua pihak untuk menilai bahawa inilah sikap pembangkang yang sebenar.

Senarionya adalah seperti berikut:-

1- Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, ia akan dianggap melambangkan ketelusan badan kehakiman tetapi apabila keputusan sebaliknya, mahkamah akan dituduh berat sebelah dan berlaku campur tangan kerajaan.

2- Apabila mereka merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang pada 16 September 2008 dengan cara hendak membeli 31 anggota BN, mereka anggap ia demokrasi. Tetapi apabila BN menubuhkan kerajaan di Perak setelah ada wakil rakyat pembangkang menjadi calon Bebas, mereka kata ia pencabulan demokrasi dan terpekik terlolong mahukan DUN dibubarkan.

3- Apabila ada pemimpin mereka di dakwa di mahkamah, mereka anggap itu fitnah, tetapi apabila mereka menuduh pemimpin BN dengan niat memburukkan beliau, mereka kata ia demi keadilan.

4- Apabila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC, mereka anggap ia perbuatan salah tetapi apabila mereka bekerjasama dengan DAP, mereka kata parti mereka untuk semua.

5- Apabila ada pemimpin UMNO atau BN didakwa terlibat dengan kegiatan tidak bermoral, mereka desak letak jawatan, tetapi apabila ada pemimpin mereka terlibat biarpun ada bukti, mereka kata ia konspirasi dan itu soal peribadi.

6- Apabila media arus perdana menyiarkan sesuatu berita, mereka anggap itu permainan jahat media milik kerajaan, tetapi apabila media mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan mereka anggap itu kebebasan media.

7- Apabila kerajaan menghantar anggota polis yang ramai ke kawasan pilihan raya, mereka akan kata itu usaha untuk menakutkan pengundi, tetapi apabila mereka menang, mereka kata pasukan keselamatan telah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

8- Apabila mereka menang pilihan raya, mereka akan kata rakyat semakin menolak BN, tetapi apabila mereka kalah, mereka akan tuduh BN guna pengundi hantu dan SPR tidak telus.

9- Apabila ada pihak terlalu ekstrem membuat tuntutan untuk kaum tertentu mereka anggap itu kebebasan bersuara, tetapi apabila ada orang Melayu yang menyokong kerajaan menyeru hak Melayu dipertahankan, mereka kata itu perkauman.

10- Apabila mereka kemukakan idea sampai satu dunia pun tahu, mereka kata ia demi kepentingan rakyat dan negara, tetapi apabila idea itu ditolak oleh rakan pembangkang sendiri, mereka kata ia idea jahat UMNO dan tohmahan untuk melemahkan pembangkang.

11- Apabila polis melarang daripada mengadakan demonstrasi haram demi menjaga ketenteraman awam, mereka tuduh ia menyekat hak asasi manusia, tetapi apabila mereka lakukan juga dan polis bertindak mengikut lunas undang-undang, mereka kata polis kejam.

12- Apabila UMNO hendak berbincang sesuatu isu dengan MCA atau MIC, mereka akan dakwa UMNO takut kepada kedua-dua parti itu, tetapi apabila mereka hendak berbincang sesama sendiri, mereka kata ia melambangkan kesepakatan.

13- Apabila UMNO berikrar terus perjuangkan hak orang Melayu berdasarkan Perlembagaan, mereka anggap UMNO perkauman, tetapi apabila mereka beria-ia menuntut untuk kaum tertentu, mereka kata itu demi kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.

14- Apabila ada rakan dalam pembangkang menuduh BN macam-macam, mereka kata, itu bagus, tetapi apabila kenyataan mereka disanggah oleh rakan sendiri mereka akan kata media putar belit fakta dan cuba melaga-lagakan pembangkang.

Lu fikir la sendiri..................................

12 comments:

  1. diorang je betu, padahal semua merepek, merapu, kaki kencing rakyat, kelentong, prejudis..!!! bodoh punya pakatan rakyat!!! Bertopengkan syaitan semuanya!! luaran ok, tapi dalaman busuk!!

    ReplyDelete
  2. haha..memang betul pun..satu lagi nak sentuh skit..mase nizar angkat sumpah kat parlimen..beberapa ahli dewan jer yang pakai lilit kepala Bubar Dun..nape anwar, karpal, nik aziz, dan seangkatan dengannya tak pakai..nampak sangat tak pro dioang nie..tah tah dioang PR ni pun malu ngan sikap ahli dioang sendiri...hehehe..

    ReplyDelete
  3. Orang yang tulis ni pun banyak tak betulnya...tulisan penuh dengan prejudis dan sering memutar belit fakta dan kebenaran....penulis ini memang mempunyai niat jahat kepada pembangkang, tetapi apa yang beliau tulis di U.M tu, adalah "RUBBISH"...
    Jika apa yang ditulis itu lah yang nak menggambarkan gelagat pembangkang (U.M 28 Jun 2009)sebenarnya gelagat UMNO lebih teruk dan busuk dari apa yang penulis tulis....
    Tiada apa yang barunya apa yg beliau tulis itu....hari2 UMNO meratibkan perkara yg sama...belum baca dah tahu dah apa konklusinya...

    Sebenarnya UMNO/BN lah yang merasakan bhw mereka saja lah yang betul, apa yang org lain buat dan perkatakan semuanya tak betul...sebab apa? sebab mereka berkuasa....
    Mereka berkuasa dari semua sudut, dan semua org atau organisasi akan menurut kehendak org yang berkuasa...mereka berkuasa membuat sst keputusan dan mereka juga berkuasa memaksa kita menerima keputusan itu walau tindakan mereka tidak betul dan tidak tepat..mereka berkuasa utk memaksa rakyat menerima keputusan mereka, jika rakyat melawan arus, mereka juga berkuasa menggunakan kuasa mereka utk memaksa rakyat menerima keputusan mereka, dan mereka juga berkuasa menggunakan kuasa mereka menggunakan apa2 juga saluran maklumat untuk mempengaruhi pemikiran rakyat menerima keputusan mereka spy keputusan mereka itu nampak / kelihatan benar dan betul, biar pun adalah tidak betul...ini sains dlm politik....
    mereka akan menuduh pembangkan tidak betul dalam segala hal, pd hal penulis U.M ini kalau ikut dari moralnya juga tidak betul, kerana menulis sehala....dan medium (U.M) tulisan nya pun semua org sudah tahu betapa mereka berat sebelah....bila mediumnya berat sebelah, apa nak heran tentulah contentnya pun lbh berat sebelah, jadi apa2 jua maklumat dan berita (khuusunya politik) sudah tentu kredibilitinya boleh dipertikaian...

    So jangan heran lah jika U.M memang menjadi lidah dan penyambung nyawa UMNO/BN dan sudah tentu gaya penulisan semua penulis adalah mirip dan condong ke arah UMNO...tak perlu nak dihairankan dan tak perlu nak pecah kepala nak difikirkan....wallahuaklam...

    ReplyDelete
  4. PR ni mmg lahanat dlm malaysia,
    Kalo pemimpin dah mmg lahanat yg mengikut dia lg lahanat. beso punya sial. mmg x sedor diuntung, bebal nak mampus. dah mcm2 dibuat nak menyedorkan mrk ni semua dia tolak. pasal x untungkan dia. tgklah cadangan kerajaan perpaduan khususnya nak satukan og melayu ditolak. dia yg cadang bila UMNO setuju dia pulak yg tolak. tak ke gila namanya. tok2 guru dia pun sesat dan menyesatkan. sesama islam tak nak bebaik, tapi dgn kapir harbi blh nak berpeluk2.

    kalo disokong lg ni, makin parahlah malaysia ni gamaknya, anak cucu akan dtg akan merempat la dibumi sendiri. PKR mmg kaki tipu, kaki belit, kaki putar alam. DAP mmg kapir harbi yg munafik(nak ckp dia punya munafik 1malaysia dah tau), parti paling rasis, parti pembunuh melayu dan islam (terang2 tentang hudud). PAS pula parti sesat dan menyesatkan, parti setan yg bertopengkan agama islam(setuju sgt maksud PAS tu Parti Ajaran Setan). kalo sokong PR nanti mmg sengsarolah rakyat malaysia. krnnya apa yg dikatakan kpd UMNO itulah yg akan dilakukan oleh mrk.
    celaka! sial! lahanat! punya PKR,DAP,PAS.

    ReplyDelete
  5. Salam, utk Anon 9:51pm - Oklah klu UM nak jadi penyambung Umno, samalah dgn Suara Keadilan & Harakah pyambung nyawa PKR & PAS!

    ReplyDelete
  6. Wahai... Anon 9.51 jgnlah bercakap mcm takde agama, gambaran mcm BM/UMNO tu yg maha berkuasa segalanya. 'paku dulang paku serpih, ngata org dia yg lebih'. yg terang dan jelas nak menipu dan membodohkan rakyat ialah PR. ngapalah buta hati sgt korang yg ngikut PR ni. dah terang DAP tu mcm sial yg dok buat pakatan dgn dia buat hapa! terang DAP tu tolak islam! nak baik dgn dia buat apa?. takkan x nampak siapa yg menggagalkan cadangan menyatu padukan org melayu! takkan bangang sgt x paham bersatu teguh bercerai roboh?.

    Yg sebenarnya pengikut2 PR ni yg tlh buta mata, buta hati, buta segalanya krn selalu membaca dan mendengar ratipan yg dibuat oleh PR khususnya B.A.B.I lahanat. Penyokong2 PR mmg x sedor diuntung! kufur nikmat! x bersyukur! BN/UMNO dah urus tadbir negara lebih kurang 50 tahun, dah bermcm2 pembangunan dilakukan. masih mintak2 mcm2 lg. lupa ke janji tuhan? 'jika kamu bersyukur akan Ku tambah nikmatKu, dan jika kamu kufur azabKu amatlah pedih'.

    ReplyDelete
  7. Memang yang hak adalah hak dan yang batil adalah batil!

    ReplyDelete
  8. Ustaz Kata :

    Salam, utk Anon 9:51pm - Oklah klu UM nak jadi penyambung Umno, samalah dgn Suara Keadilan & Harakah pyambung nyawa PKR & PAS!

    June 29, 2009 10:18 AM

    Aku kata :

    Ustaz tak faham atau kurang arif, ya Ustaz!!!

    Bagi org yang mengetahui bhw akhbar milik pembangkang spt Suara Keadilan, Harakah dan sebagainya itu adalah akhbar PARTI bg parti politik tersebut!!!!! dan pengeluaran nya hanya dihadkan kpd ahli parti mrk sahaja...sebab itu bila akhbar itu hak milik parti, sudah tentu ianya adalah lidah parti itu menyampaikan maklumat mereka dan boleh dikatakan kandungannya adalah berkenaan politik mereka...itu tidak boleh dipertikaikan kerana itu akhbar parti politik mereka, dan mereka sendiri yg mengeluarkan akhbar itu sendiri atas nama mereka (parti politik mereka)

    Tetapi UMNO mana dia akhbar politik mereka sendiri ???

    contoh mudah lah :

    PAS = Harakah
    PKR = Suara Keadilan
    DAP = Roket (agaknya lah)
    UMNO = ??????? (blm publish kot)

    sedangkan akhbar U.M adalah akhbar nasional yang tidak bernaung di bwh naungan mana2 parti politik..jadi sepatutnya U.M menjadi akhbar bebas dan tidak boleh memihak kpd mana2 parti politik, cuba lihat sejarah awal U.M yg memang menjadi akhbar nasional...tp lama kelamaan UMNO melebarkan pengaruh dalam U.M dan sedikit demi U.M (sama lah NST) dikuasai olh UMNO secara halus hingga lah kini...kini dah tak leh buat apa2 lg dah!!

    sepatutnya jika UMNO nak menyampaikan mesej politik mereka, mereka (UMNO) sepatutnya ujudkan akhbar politik mereka sendiri, mcm parti2 lain (pembangkang)...jika keadaan itu berlaku, barulah boleh UMNO tutuh betul2 pembangkang dlm akhbar politik mereka sendiri..tak apalah kerana sudah tentu akkhbar poltik UMNO mempunya1 10000% contentnya hal2 politk...itu tiada siapa pun nak pertikaikan....ini UMNO punya pasal U.M dapat penyakit kena boikot, bukan org marah U.M tp org tak suka akhbar nasional itu ditunggang olh UMNO, siapa yg rugi..?? U.M sendiri la gara2 UMNO punya pasal....

    itu pun sama la dgn RTM 1 /RTM 2 dan channel TV lain...semuanya adalah proksi UMNO/BN...sebab itu stesen TV berkenaan tidak telus, sb mereka dikuasai olh kepentngan UMNO/BN...sepatutnya stesen TV milik kerajaan dan rakyat ,maka ianya tidak boleh memihak kpd mana2 kelompok parti politik...sebab ianya milik negara dan rakyat sebagai PEMBAYAR CUKAI...

    tak kan itu pun tak faham....tau tak pe...!!!

    ReplyDelete
  9. Kah..kah..kah...
    Melayu memang bodoh
    Kah..kah..kahKah...
    Melayu sedia diperbodohkan
    Kah..kah..kah...
    Bila UMNO lemah Melayu perlu bersatu
    Cina akan ambil alih bila Melayu leah
    Kah...kah..kah..kah..
    Melayu di ngeri sendiri pun diajar jadi penakut
    kah...kah...kah..kah...
    Kalau Melayu cerdik tentu kerajaan tak perlu bantu...
    Ini tentulah melakyu bodoh dan tidak YAKIN BOLEH
    Kah..kah..kah..kah..kah
    Melayu hanya boleh dibantu oleh UMNO
    Kah..kah..kah..kah..
    Melayu diajar khurafat politik
    Melayu diperbodohkan oleh Melayu
    Kah...kah..kah..
    Melayu hanya tahu bergantung
    Melayu tidak boleh berdikari
    Kah..kah..kah..kah..
    Melayu maju perlu lawan cina..
    kah..kah..kah..
    Melayu mesti bersama UMNO lawan cina mata sepek.
    Kah..kah...kah..kah..
    Semua Cina adik beradik komunis.
    Kah...kah..kah..kah...
    Melayu bodoh tanpa UMNO
    dan sering diperbodohkan oleh UMNO juga..kah..
    kah...kah..kah..tak faham?
    Memang bodoh1

    ReplyDelete
  10. Pemegang saham utama Utusan Malaysia adalah UMNO. Ini adalah fakta.

    ReplyDelete
  11. keh keh keh

    blh fikir tak? kenyataan bhw Harakah dan Suara Keadilan adalah lidah rasmi untuk ahli partinya shj sebaliknya bg U.M, B.H, TV1,TV2,TV3 pula adalah media nasional yg dijanakan dr duit pembayar cukai. terang dan jelas disini nak mengaburi mata sbg utk manghalalkan apa yg dinyatakan dlm lidah rasmi. nak menipu rakyat agar setiap yg dinyatakan dlm Harakah dan suara keadilan adalah benar dan U.M, B.H dan TV1,2,3 adalah olahan BN/UMNO.

    Jelas disini betapa tidak adilnya mrk dlm penilaian media massa ini. menanamkan ideologi bhw media massa spt U.M, B.H dan TV1,2,3 sbg media yg tidak blh dibaca dan ditonton. krn media tersebut menerangkan dasar2 kerajaan, pencapaian kerajaan, matlamat kerajaan yg terang dan jelas akan merugikan pembangkang. tertanya2 pula siapa yg tidak adil? PAS dan PKR menyalurkan 1001 maklumat melalui akhbar rasmi tanpa ada sekatan dr kerajaan sebaliknya apabila kerajaan menyalurkan maklumat mengenai dasar, matlamat dan pencapaian disekat dari dibaca dan didengari oleh rakyat.

    sepatutnya rakyat diberi kebebasan utk memilih dan membuat pertimbangan serta penilaian sendiri. tanpa ada hasutan. barulah benar2 talus dlm perjuangan. dewasa ini pun kerajaan BN sudah tidak mengenakan sekatan kpd Harakah dan Suara Keadilan mengapa khuatir rakyat mencari kebenaran. mengapa perlu diteruskan kempen boikot Akhbar dan Media Elektronik?

    Entahlah....

    ReplyDelete

Blog Archive