Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 20, 2009

Mesyuarat Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang Pertama

Sultan-sultan dan pembesar-pembesar negeri bergambar bersama pegawai-pegawai British yang menghadiri Mesyuarat Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama yang diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897.

Mesyuarat Durbar merupakan Majlis Raja-raja dan Orang Besar-besar Melayu yang pertama diadakan di Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897 yang membincangkan perkara-perkara mengenai agama, adat-istiadat serta lain-lain perkara yang berkaitan dengan orang Melayu. Gambar di atas menunjukkan raja-raja dan pembesar Melayu serta pegawai-pegawai British yang hadir. Duduk dari kiri ke kanan : Hugh Clifford (Residen Pahang), J.P.Rodger (Residen Selangor), F.A.Swettenham (Residen Jeneral), Sultan Ahmad (Sultan Pahang), Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor), Sir Charles Mitchell (Pesuruhjaya Tinggi), Sultan Idris (Sultan Perak), Tuanku Muhammad (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan) dan W.H.Treacher (Residen Perak).

Petikan minit mesyuarat Durbar pertama yang terdapat dalam terbitan bertajuk “Correspondence Respecting The Federation of the Protected Malay States 1893-1895”.

2 comments:

  1. Tiada apa yang menariknya....seperti biasa sekadar perbincangan....!!! selepas itu penjajah meneruskan penjajahannya....biasalah....tiada keistimewaan apa2 yg boleh dibanggakan!!!! amacam wak???

    ReplyDelete

Blog Archive