Baru baru ini kita semua tahu bahawa Badan Pencegah Rasuah dah di"upgrade" jadi Suruhanjaya. Beriya-iya benar Pak Lah mengusulkan agar BPR di"upgrade" kerana sepeninggalannya kelak orang akan ingat bahawa dialah yang bersungguh-sungguh nak menjadikan masyarakat Malaysia ini bebas dari rasuah.
Bagi aku usaha Pak Lah ini harus diberi pujian. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyemai sikap "zero tolerant" di seluruh peringkat masyarakat dengan memberikan kuasa yang besar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras gejala rasuah dalam semua sektor termasuklah politik.
Sejak BPR dapat pangkat Suruhanjaya, semua orang Suruhanjaya ni nak usik. Orang UMNO dah kena tempias tunjuk kuasa oleh Suruhanjaya apabila Pengerusi SPRM dengan tenang mengatakan SPRM akan memantau perjalanan Perhimpunan Agong UMNO bulan Mac kelak bagi mengelakkan gejala rasuah.
Aku harap kalau benar SPRM nak buat macam tu buatlah kerana ia diperuntukkan oleh undang-undang. JANGAN BUAT sebab nak tunjuk kuasa atau nak jatuhkan mana-mana pemimpin! Maklumat siasatan SPRM adalah rahsia dibawah Akta Rahsia Rasmi dan tak boleh sewenang-wenangnya diberi kepada mana-mana orang pun untuk dijajakan atau dijadikan senjata politik.
Aku cakap ni bukan cakap kosong! Tengok le video di atas. Tengok macamana Dato Ishak, Ketua UMNO Bahagian Seremban berkata bahawa pihak BPR (SPRM) bagi maklumat pada dia tentang penangkapan Sdr Mohd Nor Awang dan YB Mustafa Salim dan dia gunakan maklumat ini semasa kempen politik untuk pemilihan peringkat UMNO Bahagian. Kalau video ini diteliti betul-betul seolah-olah setiap tindakan BPR (SPRM) diberitahu kepada Dato Ishak.
Ada 2 persoalan saja di sini. Sama ada Dato' Ishak kelentong atau BPR( SPRM) memang bocorkan maklumat siasatan kes rasuah kepada dia. Dato Ishak kata dia sanggup pergi mahkamah dalam menyakinkan dia berkata benar. Kalau benar seperti dikata olehnya maka SPRM ini bukanlah badan yang bebas tapi sebenarnya badan yang HAPRAK yang merasakan ia amat berkuasa hingga ia fikir boleh menentukan serta menjatuh pemimpin!
Kepada Pengerusi SPRM: Sebelum kemaskan rumah orang, kemaskanlah rumah sendiri!
Kepada Pak Lah: Beruk jangan diberikan bunga!
Fuh dato sahak ni. Cina pun disembelihnya. Perkauman ni! Aku rasa DATO iSHAK ini ada geng dalam BPR le.Datuk shukri pengarah siasatan BPR ni kawan dia masa kat Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) dulu. Boleh la dia dapat maklumat!
ReplyDeleteManusia kan. Bebas macamana le sekalipun tapi sebab manusia bukan malaikat,perkara ini tetap terjadi
AKU SETUJU SPRM DIWUJUDKAN JIKA IA BENAR-BENAR BEBAS, TAPI DI MALYSIA NI AKU TAK YAKINLAH PERKARA NI SEMUA BOLEH DILAKSANAKAN, PUNCANYA KERANA SATU PENYAKIT IAITU "WANG". WANG TIDAK MEMILIH MANGSA. ANDA AKAN FAHAM JIKA ANDA MENGHAYATI SELERA, KEHENDAK DAN NAFSU MANUIA DI MALAYSIA NI.
ReplyDeleteKalau Dato' Ishak mengatakan yang benar, terima sajalah, apa nak kecoh2.Tentang dari mana dia dapat maklumat itu hak dia, dan itu menunjukkan kepintaran dia sebagai pemimpin.Aku tabik dia sebab dia seorang yang berani mengatakan kebenaran, walau pun kebenaran itu pahit untuk di telan orang sesetengah orang. Saya berpendapat beliau bukanlah seorang yang perkauman, tetapi dia seorang pejuang anak bangsa yang gigih.
ReplyDeleteAkum cik Samat, jadi kita kene terima le yang Dato' Ishak ni sembelih Cina masa 13 mei seperti yang dikatakan dalam CD tu? Kita kene terima bulat-bulat ke atau empatsegi-empatsegi?
ReplyDeleteMasa Ahmad Ismail Bukit Bendera tu kene hukum walaupun dia crite pasal sejarah ini cerite pasal bunuh orang kita panggil dia pejuang bangsa? Bahaya nih!
Aku pun peduli apa macamana dia nak dapat maklumat tapi yg pastinya kalau datang dari SPRM nampak sangat badan tak bebas. Kate badan yg bebas le bersih le macam2 lagi. Kalu perkara ni macamana rakyat nak percaya SPRM ada wibawa nak banteras rasuah?
Wa Alaikum Salam kepada yang ada SPM
ReplyDeletePercaya ke yang Dato' Ishak tu sembelih Cina? Jawapannya sudah tentu tak mungkin. Sebab masa 13 Mei berlaku, saya percaya beliau masih dibangku sekolah. Mungkin beliau hanya berkias sahaja(metaphor)supaya Melayu faham kedudukan mereka di bumi pertiwi ini.
Wallahualam.
Metaphor ke Membohong orang? Kalau di bangku sekolah dia cakap dah bunuh orang tu maksudnya dia membohong dan jauh sekali nak percaya.
ReplyDeleteCik Samat sendiri kurang percaya kata2 dia mcamana Cik Samat boleh kata Dato Ishak ini berani menyatakan kebenaran dan pejuang anak bangsa yang gigih?
Pejuang anak bangsa yang gigih tak buat cerita macam tu depan orang. Yang buat mcm tu hanya kaki temberang sahaja.Cukup orang yg ada SPM pun memahaminya
Nak tanya sikit kepada mana2 orang Sban.Dato' Ishak ni kaki jual temberang ke?
Maaf kepada yang ada SPM.
ReplyDeleteSaya tidak menilai dan menghukum seseorang secara luaran. Saya membaca dan menilai perjuangan semua pemimpin secara keseluruhan. Memang ada yang baik dan sebaliknya, tetapi kita nilai secara keseluruhan. Tidak ada orang yang lengkap dari semua aspek.Yang ada hanya mereka yang lebih baik diantara ramai yang baik2.
Okaylah.Kita tak usah bertengkar lagi. Maaf jika ulasan2 saya telah membuat anda tidak senang hati.
samat nih paria kelas berapa?cakap berpusing2...koling ko?
ReplyDelete