Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, September 26, 2009

Anwar Telus & Terbuka...


Berikut antara komentar den dalam artikel "Bicara dengan Richard Hass" di blog Brader Anwar Bin Ibrahim tetapi tidak pernah disiarkan, sama nasibnya dengan berpuluh komen den dalam posting-posting beliau sebelum ni. Biasolah...comment moderate.

"Salam Dato' Seri. Saya ada 2 kemusykilan yang memerlukan perhatian Dato' Seri.

1. Boleh tak jelaskan secara terperinci pandangan dato' seri berkenaan dasar luar Bush selama menjawat jawatan Presiden Amerika? Ini kerana saya tidak pernah mendengar dato' seri mengisytiharkan secara rasmi pendirian dato' seri sama ada menentang atau menyokong dasar luar Amerika di bawah pentadbiran Bush, terutama yang melibatkan Iraq, Palestin dan dunia Islam umumnya di mana-mana platform serta media. Jadi tolong jelaskan.

2. Kenapa tuduhan kes yang melibatkan dato' seri sering tertangguh? Apa masalah sebenarnya? Mana pergi slogan lawan tetap lawan? Atau dah tukar slogan TANGGUH TETAP TANGGUH? Jangan tangguh lama-lama dato' seri kerana mereka yang mengundi pr semasa PRU-12 yang lalu sudah semakin keliru dan curiga disebabkan penangguhan ini. Mohon penjelasan.
"

Huh.....freedom of speech konon! Ke ada penyanjung Brader Anwar Bin Ibrahim nak tolong jawabkan?

16 comments:

  1. susah Wong pencen nak konar nie

    ReplyDelete
  2. broo...x pyh nak hairan sb anwar enjin belakang x jawab..sbl nie pun dah ada melayu/Islam tanya dia sb apa semua jawatan penting exco di negeri pakatan semua bagi kat DAP...dia x jawab...kita ingat macam nielah bro, anwar enjin belakang nie bukan lagi manusia normal...dah x ikut fitrah seorang manusia ciptaan Allah...moto anwar enjin belakang nie " jawatan didahulukan, BELAKANG diutamakan "

    ReplyDelete
  3. bro...sama2 kita sebarkan kelaku anwar enjin belakang nie dan kelaku pakatan rakyat supaya selepas PRU 13 kita boleh melihat indahnya Islam di Malaysia ini melalui Ketuanan Melayu...tugas kita juga bagi memastikan semua hak keistimewaan Melayu tidak diganggu oleh manusia pengkhianat bangsa....jgn lupa moto anwar "JAWATAN DIDAHULUKAN, BELAKANG DIUTAMAKAN"...minat sungguh kut belakang anwar nie....hehehe

    ReplyDelete
  4. Saya tolong jawabkan..

    Kalau tidak disiarkan, ia samalah senasib dengan ulasan2 saya sebelum ini di dalam blognya..kebebasan bersuara embah dia.

    Kalau tidak disiarkan, anggaplah Anwar akui kebenaran untuk menyanggahnya.

    Apa yang penting, kita harus terus membuat ulasaan di blognya, walaupun tidak disiarkan, ia tetap membaca dan tersimpan di hatinya, dikepalanya, ia memberi kesan kepadanya bahawa masih ramai lagi di luar sana yang tidak dapat diperbodohkan..

    Anwar akan kekal menjadi Bapa Pengkhianat Kesejahteraan Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Anwar Ibrahim seorang pengkhianat. Anwar pengkhianat UMNO !

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa rakyat ke jalanan untuk menentang kezaliman!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan orang-orang melayu betapa UMNO itu perompak khazanah negara dan penjual maruah bangsa!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berani menentang Mahathir sedangkan beliau masih mempunyai pilihan untuk menyusur arus perdana yang penuh kepincangan dan rasuah!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membongkar pelbagai rahsia pemimpin UMNO yang selama ini menyonglap hak milik rakyat.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa satu revolusi terhadap pemikiran bangsa melayu bahawa orang melayu takkan hilang di dunia walaupun tanpa UMNO.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup menongkah arus sewaktu menjadi orang nombor dua negara demi menjaga kepentingan rakyat maka beliau ditendang dan diaibkan!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup dipenjara dan di ISAkan demi usahanya membanteras rasuah oleh kepimpinan utama UMNO!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau bakal memulangkan harta rakyat yang telah menjadi mahligai-mahligai serta kekayaan pemimpin UMNO yang diluar batasan akal.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau akan mengheret pembunuh-pembunuh rakyat Malaysia yang disembunyikan oleh gerombolan UMNO.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghalang ramai pemimpin UMNO mencekik rakyat dengan projek-projek bersulam rasuah yang akhirnya merugikan harta kerajaan yang juga hak milik rakyat.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di bawah satu bumbung yang kukuh.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan bangsa Malaysia betapa kita harus bersatu menumbangkan UMNO yang penuh kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau mengorbankan usia emas beliau untuk berjuang bersama rakyat, berjuang demi kepentingan rakyat.

    Anwar memang seorang pengkhianat, tetapi pengkhianatan beliau membawa seribu manfaat terhadap rakyat bawahan supaya bangkit menuntut keadilan demi sebuah negara yang mementingkan kebajikan rakyat.

    Kesedaran tahun 1998 dan sub-klimexnya pada 2008 diterjemah dari pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap rejim UMNO. Ayuh bangkit menentang kezaliman ! Ayuh heret pemimpin rasuah ke medan pengadilan! Pengkhianatan yang membawa rahmat, yang menyedarkan umat!

    Anwar Ibrahim, si pengkhianat UMNO!"

    Al~Qur'an surat Al -Maidah (5):8.
    "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah! karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

    At Taubah ayat 38
    "Hai orang orang yang beriman apakah sebabnya apa bila dikatakan
    kepadamu: Berperanglah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu?. Apakah kamu puas dengan kehidupan didunia ini sebagai ganti kehidupan diakhirat? Padahal kenikmatan didunia ini ( dibandingkan dengan kenikmatan ) diakhirat hanyalah sedikit."

    ReplyDelete
  6. ADA-kah UMNO/BN akan senasib parti LDP di JEPUN?????
    RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BARISAN NASIONAL.....

    Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
    1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
    2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
    3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
    4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
    5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
    6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
    7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
    8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
    9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
    10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
    Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
    11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
    12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
    13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
    14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
    15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
    16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
    17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
    org MELAYU..!!)
    18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
    peruntukan....
    19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
    ahli2 biasa tak di endahkan....
    20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!

    FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. ZORRO.TEAM.2010 dan IR MIM NUSANTARA


    Den sokong 1000% pendapat dan pandangan anda...memang betul dan tepat sekali...hanya UMNO sahaja yang tidak mengakui bhw merekalah penjahanam bangsanya...lalu menyalahkan org lain dan menjadikan Anwar kambing hitam krn Anwar berjaya mencelikkan mata org Melayu bhw selama ini UMNO lah juara menjahanmkan org Melayu...Humban jer UMNO PRU 13 nanti...

    Tak ada UMNO lagi aman dunia malaya...UMNO lah parasit kpd bangsa dan negara...lihatlah pelbg malapetaka hasil buah tgn UMNO/BN...mampos lah ko UMNO/BN

    ReplyDelete
  8. Soalan yang perlu diajukan adalah adakah pakatan pembangkang dapat memberi kepuasan kepada orang melayu. Dari dua puloh point yang di utarakan oleh Ir Mim di atas yang mana satukah point point itu yang akan diperjuangkan oleh pakatan pembangkang dan dapat memberi kepuasan kepada orang melayu.

    Kita setuju UMNO mempunyai masaalah dan bermasaalah.

    Tetapi kita perlu berhati hati dan menggunakan undi di tangan dengan strategik agar kita tidak menukar satu barisan yang diketuai oleh melayu dengan pakatan yang dipaksikan oleh bukan melayu. Lihat apa terjadi di Penang, Perak dan Selangor dimana tangan ghaib bukan melayu yang mengerakkan wayang kulit pakatan.

    Jangan kerana sifat membenci dan berdengki kita musnahkan negara kita. Jangan kita menambahkan lagi permasaalahan orang melayu dengan mempercayai tanpa berfikir.

    ReplyDelete
  9. kumpulan generasi baruSeptember 27, 2009 at 3:05 PM

    "Ahli UMNO dan Ahli-Ahli Parlimen berjanji untuk keluar dan membantu saya, jadi mereka datang dengan dakwaan seksual ini bagi menghalang saya berkuasa" - Anwar, 8 Julai 2008.

    Nampaknya Anwar hanya mahukan KUASA dan bukannya keadilan, kemakmuran dan demi rakyat kononnya. Marah betul dia apabila cita2 untuk berkuasa terbantut. Orang yang marah sudah tentu tidak waras fikirannya dan beliau sudah tentu sanggup buat apa sahaja demi realisasikan cita2nya.

    Berjuang untuk rakyat kunun. Blah la b.a.b.i.

    ReplyDelete
  10. kumpulan generasi baruSeptember 27, 2009 at 3:07 PM

    Satu lagi nak tambah reaksi Brader Anwar Bin Ibrahim tentang kes liwat:

    “Ini nak suruh saya bersumpah sangat ini, saya nak bagitau, suruh dia perelokkan dulu baca Al-Fatihah. Dia sendiri baca tak betul, nak dok suruh orang bersumpah”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Kubang Semang.

    “Saya bimbang sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Kubang Semang.

    “Sumpahlah sampai 50 kali pun saya tidak peduli”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Guar Perahu.

    “Dok heboh pasal sumpah. Cabar saya nak sumpah itu, sumpah ini. Nak sumpah apa? Saya sudah kata pada mereka saya boleh bersumpah dengan bimbingan para ulama’. Tapi rakan-rakan nasihatkan supaya saya tidak berbuat demikian. Ulama’ dari luar negara hantar surat berjela-jela menasihatkan saya, “Anwar jangan sesekali lakukannya, jangan persendakan agama”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Yayasan Aman.

    Sendiri fikirlah!

    ReplyDelete
  11. dey...paneh bongok...itu yg kau nak hebohkan... BALA mana? mana hilangnya bala? sapa yg sorokkan...x kan snyap je kot? satu malaysia musykil mana bala..?apa cerita sebenar yg dia tahu? satu malaysia nak tahu! apa kes laporan polis ke atas najib dan PM terdahulu disepikan? anwar yg mencelikkan mata rakyat malaysia yg kau sakit hati...sebenarnya umno tergugat sungguh dgn anwar. ceh balik2 nak related anwar dgn yahudi..ngok..apa kes zahid jumpa pemimpin yahudi hari tu? kau x jawab pun..apa kes syarikat yahudi amik kontrak kat malaysia? ngok..bukan anwar ancaman malaysia..pemimpin haloba umno sebenarnya patut disedari bakal menjadi peruntuh keharmonian negara...jgn create isu bodoh la ngok paneh. bukak mata..susur ke dalam umno dan bn..banyak sampah dan banyak ulat dalam tuh..x susah nak konar pada si jumud ngok paneh ni..jadah apa belajar tinggi..kalau lulus sekadar untuk jadi pengampu pada si PERASUAH negara!

    ReplyDelete
  12. Pengasas Rasuah Dalam Umno

    1. Umno kini sering dikaitkan dengan budaya rasuah.

    2. Tapi sama ada kebanyakan kita sedar atau tidak, gejala tersebut mula dikesan sekitar awal 1980an dan masalah itu berterusan menjadi polemik sehingga kini.

    3. Kemasukan Brader Anwar Bin Ibrahim ke dalam UMNO sejak 29 Mac 1982 turut membawa sekali amalan rasuah dengan pelbagai janji imbuhan serta wujudnya penularan sampul berisi di kalangan ahli-ahli Umno.

    4. Namun disebabkan kelicikan Brader Anwar Bin Ibrahim ketika itu, penggunaan politik wang tidak dibincangkan secara terbuka seperti hari ini tetapi dilakukan secara senyap agar tidak memalukan para pelakunya.

    5. Brader Anwar Bin Ibrahim naik dengan pantasnya dalam hirarki kepimpinan Umno, malahan banyak perkara pelik yang berlaku selepas kemasukannya. Antaranya Brader Anwar Bin Ibrahim berjaya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda hanya dalam tempoh 6 bulan selepas menyertai Umno. Bermula dengan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjaga hal ehwal agama, menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian dan seterusnya sebagai Menteri Pelajaran; kesemuanya dilakukan dalam tempoh kurang dari 6 tahun selepas menyertai Umno.

    6. Pada 1987, Brader Anwar Bin Ibrahim naik setakuk lagi dalam hirarki kepimpinan Umno dengan menjadi salah seorang Naib Presiden. Jawatan Timbalan Presiden Umno yang diidamkan Brader Anwar Bin Ibrahim akhirnya berjaya diperolehi pada 1993 melalui cara yang tidak pernah diamalkan dalam parti sebelumnya iaitu dengan memalukan Tun Ghafar Baba serta meminggirkannya secara senyap menggunakan kuasa politik wang.

    7. Brader Anwar Bin Ibrahim ketika itu dilaporkan telah menubuhkan pasukannya sendiri di setiap negeri dan hampir kesemua Ketua Bahagian telah diminta bertemu anWAR secara sulit untuk menerima imbuhan yang amat besar. Kebanyakan Ketua Bahagian juga disogok dengan pelbagai janji termasuk akan dilantik menjadi Menteri Besar sekiranya mereka mencalonkan anWar sebagai Timbalan Presiden UMNO.

    8. Terdapat juga Ketua Bahagian yang diugut, sekiranya menolak tawaran dan imbuhan daripada Brader Anwar Bin Ibrahim, maka individu tersebut tidak akan memperolehi sebarang jawatan seandainya anWAR berjaya menjadi Timbalan Presiden Umno.

    9. Rentetan itu maka pada tahun 1993, sebanyak 137 (95%) daripada 145 jumlah keseluruhan Umno Bahagian telah mencalonkan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden, sedangkan Tun Ghafar ketika itu hanya menerima 7 pencalonan sahaja. Umno Bahagian yang asalnya menyokong Tun Ghafar telah menukar keputusan pada saat-saat akhir selepas pertemuan dengan agen Brader Anwar Bin Ibrahim.

    10. Ramai ahli Umno maklum akan kenyataan media Brader Anwar Bin Ibrahim sebelum itu yang menyatakan kononnya dia tidak akan mencabar Tun Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden kerana mengibaratkan Tun Ghafar sebagai bapa.

    11. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh dilenyek juga kerana bangkai gajah sukar disembunyikan, apatah lagi pekung Brader Anwar Bin Ibrahim yang membusung busuknya.

    12. Sepantas Brader Anwar Bin Ibrahim mendaki puncak kuasa, sepantas itu jugalah dia tersungkur jatuh. Maka sewajarnya ia menjadi pengajaran kepada ahli Umno dan masyarakat umumnya. Terbukti bahawa wang ringgit tidak mampu untuk mengekalkan pangkat dan kuasa apatah lagi jika agama, bangsa dan negara turut dijadikan taruhan.

    15. Hingga hari ini walau ke mana Brader Anwar Bin Ibrahim pergi, isu rasuah tetap mengekorinya umpama bayang dan badi yang melekat seumur hidup di badannya.

    16. Jika dulu Umno dipalitkan, kini PKR pula menjadi medan anWAR untuk membusukkan dan Pas juga turut berbau sama dengan pekung rasuah Brader Anwar Bin Ibrahim.

    17. "Walaupun anjing tak makan tahi, namun tetap akan dihidunya" dan bidalan ini adalah sangat bertepatan dengan karektor Brader Anwar Bin Ibrahim serta juaknya.

    18. Dan penyokong pembangkang mesti upah seorang pi utk mencari bala pulak. Takut nanti ditimpa bala. Suka sangat dengan hindu sampai selalu rindu kat bala.

    ReplyDelete
  13. UMNO ni makin teruk aku nampak...makin lamo dio berkuaso, makin punah kito semuo dibuat eh...

    UMNO ni penuh dgn hipokrit dan parasit...

    Tak tau lah den nak koba apo2 laie tntng UMNO beruk ni....sapo2 yg sokong yo UMNO ni memang tak do akal boto lah....

    UMNO + YAHUDI = Anak beranak...

    ReplyDelete
  14. PR = Peliwat Remaja

    ReplyDelete
  15. Aku rasa Anwar ini ok dalam hujahnya untuk melepaskan diri.

    Tapi masalah berlaku kepada penyokong taksubnya yang tolong jawab bagi pihak Anwar.

    Anwar mungkin mahu kembali ke pangkal jalan dan insaf, tapi kalau ramai penyokong yang buta tuli dan sembrono macam yang ada ini, lebih untung untuk Anwar terus kelabu dan perbodohkan mereka.

    Kesian !

    Yang paling tak logik, ramai penyokong UMNO akui kekurangan dan kelemahan UMNO tetapi bagi penyokong Anwar pula, langsung kaki seks dan munafik itu tak buat dosa dan salah..boleh pakai ke pendapat macam tu.

    ReplyDelete
  16. keh keh keh

    kata bijak pandai, belajarlah dr sejarah, jika tidak. kita akan mengulangi sejarah. belajarlah dari sejarah kejatuhan empayar melaka, kejatuhan empayar andalusia dan kejatuhan lain2 kuasa islam.

    apa sejarahnya Bro Anwar Bin Ibrahim ni? lupakah apa yg dilakukan dizaman gerakan mahasiswa? apa yg diperjuangkan dan di canangkan? apa kata2 kpd kerajaan? apa kata beliau pasal ISA?

    Dan apabila menjadi anggota kerajaan, apa kata2nya tentang kerajaan? apa yg dilakukan kpd ISA? inilah yg dikatakan politik anwar ibrahim. sanggup melakukan apa shj demi mencapai matlamatnya. dan tidak mustahil apa yg didedahkan itu adalah apa yg dilakukan. pendedahan bhw umno rasuah ialah rasuah yg beliau lakukan sewaktu dlm umno dulu sehingga terjatuh tun ghafar dek kerana rasuah politik. mana bisa kita blh bercerita dgn begitu lancar dan baik jika kita tidak memahami dan melakukannya sendiri.

    lihatlah bertapa bodohnya kita diperbodohkan oleh beliau, walaupun tlh diberi jawapan yg benar dan betul terhadap 20 perkara itu tapi terdapat manusia yg bodoh dan sombong yg membutakan mata, memekakkan telinga dan menutup hati terhadap hakikat kebenaran.

    jika mempercayai setiap hujah beliau tanpa mencari yg hak dan yg benar maka jadilah kita org yg bodoh diperbodoh2kan. jgnlah kita tergolong dlm golongan org yg bodoh dan sombong.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive