Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, September 3, 2009

Tun Abdullah Pengerusi IKIM? Apa Class?

Pak Sedaro nak nyampuk sikit. Melihat kepada legasi 17 tahun, Tun Ahmad Sarji bertugas selaku Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia selepas bersara wajib sebagai Ketua Setiausaha Negara, terlintas dalam benak hati dan kepala otak Pak Sedaro, apakah seorang mantan Orang Nombor Satu Negara wajar menduduki tugas Pengerusi IKIM?

Apakah wajar Tun Abdullah ditempatkan pada tahap demikian? Menyama duduk dan menyama diri Tun Abdullah sebagai pengganti kerusi mantan KSN? Apakah Kerajaan Malaysia bawah Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri ke-6 semakin miskin BUDAYA HADIAH GONCANGAN EMAS kepada Orang Nombor Satu Negara Kali ke-5?

Tidak terlintaskan akan kumpulan ini, untuk mewujudkan sebuah Legasi Awam khas untuk Tun Abdullah, walaupun kerajaan pimpinannya tidak cukup haul dan nisab sekadar 6 tahun, untuk dihadiahkan sebuah MEDAN ILMU KHAS?

Fikirkan tentang, YAYASAN LANDSKAP MALAYSIA mungkin sesuai untuk Tun Abdullah? Atau YAYASAN PEMIKIRAN ISLAM DUNIA yang lebih signfikan kepada legasi keluarga Sheikh Abdullah Pak Him, Haji Ahmad Badawi dan Tun Abdullah? Atau YAYASAN DUNIA ISLAM NUSANTARA yang boleh memberi watak kepada prodegalamatis Islam Hadhari, Pembangunan Modal Insan dan Bumi Hijau Antarabangsa? Atau YAYASAN ISLAM HADHARI DUNIA atau apa sahaja yang memberi justifikasi sebenar, bahawa akhirnya Tun Abdullah bin Ahmad bin Abdullah Pak Him Badawi punya regim pemikiran dan gerak tindak yang sesuai dengan kepemimpinannya di peringkat nasional dan antarabangsa.

Maka, barulah beliau sama padan dengan mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memimpin YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA.

Bukan sebagai “pengganti kain” kepada IKIM. Tak padan padang bermain, tak kan tak baca. Sebab itu secara adat dan adabnya, pemimpin kena tahu menjahit dan mengait baju. Bukan tahu beli dan sarung baju sahaja.

Semua mantan Perdana Menteri punya Galeria Memoir tersendiri. Tun Abdullah punya mungkin masih dalam perancangan atau pembinaan. Namun, secara hakikinya HAK seorang mantan Perdana Menteri mempunyai keistimewaan tertentu, yang tidak boleh dipertikai oleh rakyat awam. Walaupun tidak semewah mana, namun siapa pun yang diterbitkan Allah sebagai Orang Nombor Satu Negara, ia punya kelebihan dan kedudukan yang sedikit lebih baik daripada rakyat jelata dan tidak menduduki takhta sama dengan kedudukan Raja-raja Melayu.

Kalau tak suka pun Tun Abdullah, berilah beliau taraf yang sewaktu dan semusim dengannya. Bukan Pengerusi IKIM diheboh-hebohkan.

5 comments:

  1. Yolah..itu yo class dio...takat tu yo yg buleh eh!! dio masih nak promo Islam Hadhari dio tu haa..!!! eh..mano dio balaci2 Pak Lah yg sokong kuek Islam Hadhari dio dulu...sonyap yo plak...dulu kan main laie ekau sokong Islam Hadhari Pak Lah tu...yo lah maso tu Pak Lah berkuaso, kalu buleh taik dio pun UMNO nak buek bolacan...bilo dah tak do gigi org tua tu...wah! cabut lari ekau plak....tu lah porangai busuk UMNO...tau tak per..

    ReplyDelete
  2. Pak Sedaro,

    Dollah Maha Bangang tu memang takdo class kalau duduk kek IKIM tu. Sepatutnya Dollah bangang patut jadi manager kodai nasi kandar yo.
    Sobab dek bangang dio nilah nasib kito jadik macam ni. Pembangkang jadi kuek dan kito berkelahi samo sendiri. Itulah lagasi yang ditinggalkan Dollah Mangkuk Hayun. Jangan lupo, dio pun tinggalkan budak siamang yang kek Rombau tu jugak. Itu kono ingat tu ....hehhehe

    ReplyDelete
  3. Memang tidak layak dia diletakan disitu malahan dimana-mana pun tak layak langsung. Anugerah TUN pun tak layak bini dia yang langsung tak da jasa pada negara boleh dapat TUN..hampas!!(Kankang ajo la jasanyo)

    ReplyDelete
  4. Sapo kato, TUN DOLAH punco Molayu jahanam nijam ???

    Yang menjahamkan Melayu ialah TUN MAHATHIR.....TDM lah yang mengharubirukan semuo sistem pentadbiran dan kerajaan dan rakyat..TDM lah org yang paling dikenang sbg penjahanm bangsanya bila dia MATI nanti....suey

    ReplyDelete
  5. Ya! Memang tak patut depa letak Pok Lah jadi presiden Ikim.

    Depa patut letak Pok Lah jadi DJ Ikim, baru padan....

    Boleh putaq lagu sambil tido dalam konti...hari2.

    ReplyDelete

Blog Archive