Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, September 10, 2009

JENAYAH WARGA INDON

Penglibatan warga asing dalam jenayah di negara ini semakin meningkat. Jenayah samun termasuk bersenjata dan berkumpulan merupakan antara jenayah yang paling kerap dilakukan oleh warga asing. Sejak tahun lepas, beberapa kumpulan penjenayah yang bergiat aktif dalam kegiatan samun rumah mewah berjaya dipatahkan di sekitar Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

Kegiatan penjenayah warga asing ini bagaimanapun tiada kesudahannya walaupun ramai yang terlibat mati ditembak polis. Sepanjang tahun 2008 sahaja seramai 52 penjenayah warga asing ditembak mati oleh polis berbanding hanya tiga kes pada 2007. Dipercayai peningkatan kes itu ada kaitan dengan kemakmuran dan kekayaan yang dinikmati di negara ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa bekerja keras bagi memastikan kadar peningkatan jenayah di negara ini dikawal. Mengikut statistik PDRM sepanjang tahun 2008, sebanyak 1,849 kes jenayah kekerasan dilaporkan dan 3,034 kes melibatkan jenayah harta benda.

Daripada jumlah itu, warga Indonesia mencatatkan penglibatan tertinggi iaitu 1,073 dalam jenayah kekerasan dan 1,400 dalam jenayah harta benda diikuti warga Filipina pula sebanyak 416 (jenayah kekerasan) dan 1,400 (harta benda) manakala warga Singapura mencatatkan satu kes jenayah harta benda.


Kebanyakan penjenayah terutama dari Indonesia datang sebagai pelancong dan mengambil kesempatan melakukan rompakan dan pecah rumah. Mereka mensasarkan negeri-negeri yang berhampiran dengan sempadan negara seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin.

Menurut Mohd Bakri, penjenayah berkenaan kebiasaannya akan berkumpul di satu petempatan dan bergerak secara kumpulan ke kawasan-kawasan sasaran.

"Kumpulan ini lebih ganas dan ada dalam kalangan kumpulan ini mensasarkan warga negara mereka sendiri kerana tahu mangsa tidak akan buat laporan polis kerana mangsa sendiri tidak mempunyai permit," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Kes terbaru pada 13 Mei, lima penjenayah warga Indonesia ditembak mati selepas memecah masuk rumah Syahrin Mohd Jamaluddin, setiausaha politik Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Sinaran Baru, Kempas, Johor. Lima hari sebelum itu, lima rakyat Indonesia yang dikenali sebagai anggota Geng Ipol yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun, ditembak mati di hutan simpan Kampung Bahagia, Bukit Lagong, Sungai Suloh.

Mohd Bakri berkata peningkatan kegiatan jenayah yang dilakukan ada kaitannya dengan kerjasama baik daripada kumpulan tempatan serta rakan senegara yang telah menetap lama di Malaysia. Terdapat dalam kes pecah rumah, terutama di kawasan taman-taman perumahan, pembantu rumah menjadi pemberi maklumat kepada kumpulan itu untuk melakukan samun di rumah majikan mereka.

Mohd Bakri berkata polis memerlukan kerjasama orang ramai melalui maklumat dan laporan polis yang dibuat bagi mengumpul data-data kumpulan dan individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah.

"Persepsi masyarakat bahawa jenayah tidak akan berlaku (berulang) harus dibuang jauh kerana selagi ada ruang dan peluang, kemungkinan berlakunya jenayah tetap ada," kata beliau. - BERNAMA

4 comments:

  1. dasr indon perompak...macam gak parti Perompak Rakyat....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Jgn bagi muka dgn indon lagi !!!

    Kpd anon diatas ini. .benci lah dgn umno yg telah bnyk membawa pembangunan dan kemakmuran. .anda sokong PR ?? Jika suatu hari nanti Dap dpt memerintah awk tahu lah tinggi rendahnya langit..

    ReplyDelete
  4. pasal keturunan mamat anon 926pm ni malas nak keja jadi kuli, tu pasal terpaksa amik indon. tau memekak dlm blog je tau. bab keja kompom hancus. tu pasal tak kaya. bila hidup tak serupa org, mulalah nak salahkan kerajaan padahal diri dan keturunan yg pemalas tahap cipan.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive