Pak Sedaro nak bawa bentuk-bentuk DIMENSI mencapah Rakyat tentang caragaya sambutan Hari Raya Fitrah @ Eidul-Fitri @ Eid-Fitr oleh orang kebanyakan dan mungkin elitis dalam senario Rakyat Malaysia.
Kita jelajah ke kampung nelayan, suasana pagi 1 syawal bermula di Masjid dan surau yang hampir tidak terCAT dan terDAKWAT. Banyak mimbar yang usang dan berlapuk. Kunjungan insan berbaju baru pelbagai warna diberi aroma minyak Atar dan wangi-wangian. Kuih-muih di buat mana yang ada dan termampu. Anak-anak kecil bermain di laman rumah atau mungkin ada yang menangis terkenang insan-insan tersayang yang telah dipanggil PENCIPTAnya.
Kita jelajah ke kampung penoreh getah, suasana nampak hampir sama. Tapi bau getah lantun, masih menusuk hidung. Sebab mungkin ada yang terpaksa menerus survival yang di rundung PAPA.
Kita jelajah ke kampung Melayu sedikit baik prasarana, punya parit dan sungai. Mereka lebih tersenyum selepas SOLAT SUNAT HARI RAYA. Ramai yang berbondong-bondong "baraan" bersama rakan taulan untuk ziarah semua rumah sahabat yang ikut serta.
Kita jelajah ke taman-taman perumahan, suasana jauh berbeza dengan 3 lokasi tadi. Makanan nampak hebat dan mengiurkan. Kelazatan makanan menaik NAFSU. Dapatlah anak-anak merasa "DUIT RAYA"...
Kita jelajah ke rumah para Bangsawan dan elitis. Ada banyak cerita. Ada kalangan anak-anak kecil yang kena halau, atau dihulurkan kertas Duit Raya melalui lubang-lubang pintu pagar EMAS mereka. Ada yang kena telefon, baru boleh masuk rumah. Penuh dengan warna-warni yang merancak elemen KEKAYAAN mereka. Ada yang insaf, ada juga yang masih RIAK, BONGKAK, TAKBUR, SOMBONG dan KIKIR serta FAKIR...
Kita jelajah ke rumah ehsan Rakyat seperti rumah Anak Yatim, rumah Orang-Orang Tua, rumah Serenti, rumah Tahanan, rumah Pemulihan Akhlak, rumah pesakit HIV/AIDS, rumah pesakit KUSTA, rumah Kebajikan Sosial, rumah pesakit MENTAL ... sudah pasti semua yang dikatakan SENYUM, MESRA hanya tersemat sebagai impian dan dendam dalam kotak fikiran mereka...mana yang cukup sifat AZALInya mungkin berkesempatan menunaikan HAK SOLAT HARI RAYA...insan yang di PENJARA seluruh MALAYSIA, turut menitiskan air mata sebagai pengabdian mereka kepada ALLAH...
Apakah erti titisan air mata kepada seorang insan ADAM di malam Aidil-Fitri dan di pagi Subuh menjelang SOLAT? Apakah erti titisan air mata kepada seorang insan HAWA di malam Aidil-Fitri dan di pagi Subuh menjelang SOLAT?
Dimensi Rakyat dalam perspektif Eid-Fitr wajar dijadikan sempadan kepada pelbagai kemungkinan masa depan. Apakah 10 tahun lagi suasana akan berubah? Apakah kerajaan 1 Malaysia akan mengubah perihal dan survival kaum-kaum terpencil dan tersempit TANAH AIR ini. Apakah Kerajaan 1 Malaysia memberi nakhoda yang benar kepada kisah-kisah Eid-Fitr selepas PRU-13...?
Nilai perayaan Aidil Fitri atau Hari Raya Fitrah banyak memberi implikasi psikologi kepada 27 juta rakyat Malaysia. 17 juta rakyat yang cukup DEWASA dan MATANG juga harus menilai fadhilat Hari Raya Fitrah. Apakah 5 juta rakyat dari umur 0 tahun hingga 17 tahun merasai nilai hari raya Fitrah? Apakah 5 juta rakyat berumur 18 tahun hingga 35 tahun turut merasai nikmat dan hikmah Hari Raya Fitrah?
Inilah DIMENSI yang menjadi ukuran atau kohort NKRA yang rakyat perlu terapikan...bukan impikan...tetapi dicipta oleh RAKYAT untuk UMMAH demi TANAH AIR.....
Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar...Walillah hillamd'.

No comments:
Post a Comment