Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, September 28, 2009

PM Malaysia berani ka?


1. Den masih boleh bertolak ansur bilo cino yang bukak kodai runcit kek Seri Menanti dan pokan Pilah nun tak boleh cakap bahasa Melayu langsung, walaupun Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan "Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu".

2. Den masih boleh terimo bilo kalangan bukan Melayu yang den jumpo saban hari bercakap bahasa Melayu tunggang langgang walaupun keturunan mereka sudah berpuluh tahun hidup di Tanah Melayu.

3. Den masih boleh golak bilo dongar sehingga hari ini betapa pelatnya kawan-kawan dikalangan bukan Melayu bercakap, walaupun dari sekolah rondah sampai menongah kami diajar oleh guru bahasa Melayu yang samo.

4. Tapi...

5. Den tak boleh bertolak ansur bilo syarikat milik bukan Melayu sanggup menyingkirkan pekerja pribumi dan digantikan pula dengan pekerja asing.

6. Den tak boleh terimo 'rahsia umum' berkenaan double standard gaji asas pribumi di kebanyakan syarikat bukan Melayu antara RM300 ke RM600 sahaja, berbanding gaji asas kaum cino antara RM800 ke RM1,200.

7. Polak den bilo pribumi lebih ramai yang kono VSS dan menganggur walaupun latar belakang pendidikan serta pengalaman pribumi jauh lebih baik daripada bukan Melayu.

8. Bilo Che Det kata Kenaikan Gaji Dapat Rangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara, mungkin beliau sedang menghantar mesej untuk difikirkan.

9. Mungkin sudah tiba masanya polisi yang diperkenalkan Tun Razak diwujudkan semula iaitu semua Pengurus Sumber Manusia di setiap syarikat mestilah dikalangan orang Melayu.

10. Mungkin sudah tiba waktunya Kementerian Sumber Manusia diterajui oleh pribumi.

11. Mungkin juga sudah tiba serunya agar akta baru digubal dengan menetapkan syarat minimum tenaga kerja di semua syarikat haruslah berdasarkan komposisi penduduk pribumi (64%) dengan pelbagai insentif yang lebih baik diberikan oleh kerajaan kepada pihak majikan.

12. Dan mungkin Pengerusi BN perlu meletakkan Mohd Najib bin Tan Sri Haji Mohd Isa, Naib Ketua Pemuda Bahagian Teluk Kemang sebagai calon BN Bagan Pinang untuk menjaga hati Isa serta mengekalkan momentum sokongan berterusan ahli Umno dan para penyokong Isa di Teluk Kemang.

13. Umpama menarik rambut dalam tepung...

14. Macamana Najib...ada bran ka?

8 comments:

  1. tapi anak pak isa orang koba an x campo orang. mudo laie bak kato pakcik den. tak tahu la, orang yang kato, den tak kona.

    paneh,mari raikan anak yatim di sini.klik.

    ReplyDelete
  2. perkara 9 dalam cadangan mu tu, berat sungguh. cam no nak buat kerana kita dah mengamalkan liberalisasi..mu ni sedang mimpi lagak nyo.

    ReplyDelete
  3. Walaupun Tok Isa (hanya beliau seorang saaja didapati bersalah kerana melakukan rasuah politik, tetapi beliau sudah pun menjalani hukuman.

    Kalau pengundi bukan Melayu Bagan Pinang boleh terima beliau dengan tangan dan hati terbuka untuk mewakili mereka, apa lagi yang pengundi Melayu/Islam tak puas hati?

    Tidakkah Islam mengajar kita konsep kemaafan?

    ReplyDelete
  4. Salam, kawan setuju juga dengan komen Mathematician, terserahlah pulak pada orang Bagan Pinang....

    Jurang perbezaan dalam perkara 6 memang sudah lama berlaku, tetapi tiada apa-apa tindakan...... Kerajaan Najib perlu memperluaskan kuasa BN dalam menangani isu ini....

    ReplyDelete
  5. Ni certo lamo, waktu 1999 dah mulo HR manager dah ta ado Melayu, cuma India dan dll.

    Bill TunDOl ambil alih, dengan terbuka nya nya dasr terbuka nya,pekerjo Melayu tak di di bagi peluang ,ta semacam 70 dan 80 an.
    Lepaih tu Menteri Tenaga Manusi tukar dari MCA kepada MIC, langsung di tak ambik kesah .hanya Cbuk bagi workpermit INDIA,INDON,Banglades,Nepal.Monteri lain tak ambil kesah.
    Orang melyu secara umum terbuka dan selsa dan complacen,maklum lah ekonomi orang melayu bandar cukup selesa selama 25 tahun.
    Jadi bila TunDol kalah PRU 12,tada sapa Mealyu yang marah.
    Apa bila Najib ambil alih dalam 100
    ari ,banyak program pro melayu di di cairkan,di ubahkan dan padamkan ....llainkan.
    Maka saya dan warith Paneh Miang mungkin marah kat bukit.
    Sobab orang melayu dah TAK tahu marah lagi.
    Cucu den punye maso depan memang tak nampak macam maso den kojo zama 60'an hinga 99'an (swasta).
    Doa lah untuk umat Melayu agar tidak menjadi penghuni Semenanjung yang telah dbeli olih Cina Singapor,pendatang Pati Indon Second home dlll.
    warith arjuna.
    batu kikir jambatan bosi.

    ReplyDelete
  6. Perlu kah kita undi parti melayu yg ketuanya sekarang ni bejiwa india ?

    ReplyDelete
  7. kalau tau tak pueh hati..tapi totap yo mangkah dacing nak buek apo jang oii..cakap berdogar2....

    cubo lah poie hantar cadangan kau tu kek najib....

    nak best laie..siap buek demontrasi mcm orang2 jago lombu kek ulu yam hari tu....ayun..!

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive