Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, September 21, 2009

Nak raya pun, jangan lupa pula kempen boikot TV3

"Kau cakap boikot tv3 Long?"

"Memang aku boikot pun. Apasal plak?"

"Abis tu yang kau layan Nona ni kenapa? Ke sebab kau minat Zaiton Sameon? Alang-alang nak boikot...buat la betul-betul."

"Aku boikot berita je pasal berita tv3 ni satu hapah tak boleh pakai."


Hahaha...begitulah sikap kebanyakan penyokong pembangkang macam Along. Mereka akan bersikap selektif dalam memilih maklumat. Konon boikot utusan la...tv3 la...berita harian la...bla...bla...bla. Tapi bila melibatkan media berbahasa ibunda yang racist dan sering mengutuk bangsa Melayu dan Islam bagai nak rak setiap hari tu...tak pulak disuruh boikot. Itulah hebatnya DAP dalam memperbodohkan Melayu PKR dan Pas.

Prof aku ajar masa di universiti dulu, sebelum kita membuat sesuatu rumusan atau teori terhadap sesuatu perkara, kita perlulah merujuk pelbagai sumber. Katanya lagi, jika rujukan dan maklumat yang diperolehi tidak lengkap, maka kita pasti tidak akan berlaku adil dalam berhujah serta tidak mampu membuat keputusan dengan baik.

Tipikal penyokong parti pembangkang hanya membaca harakah, suara keadilan, blog pemimpin serta blog penyokong pembangkang atau malaysiakini yang terang-terangan cenderung menyokong parti sendiri. Jadi bagaimana mereka boleh berlaku adil dalam membuat pertimbangan jika hanya merujuk sumber daripada sebelah pihak saja?

Rata-rata individu seperti kami juga membaca harakah, suara keadilan dan lain-lain media pembangkang. Namun kami juga membaca utusan, berita harian, the star, tengok tv3, astro, rtm etc. Tujuannya supaya kami terdedah dengan sumber maklumat yang pelbagai agar mudah membuat perbandingan dan seterusnya mampu membuat keputusan dengan adil. Lagipun itulah asas ajaran Al-Quran agar mendalami sesuatu ilmu atau maklumat agar kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang sesat.

Buat Along dan yang sespesis dengannya, berlaku ADIL lah dalam menerokai ilmu dan sumber kerana "ADIL ITU ADALAH MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA". Jangan jadi macam haiwan yang hanya ada otak, tapi takde akal.

p/s: Lama dah tak pekena kari kepala kambing. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

12 comments:

  1. betul tu..jangan ada otak tapi xde akal macam pemijak kepala lembu tu..ha..ha.ha.

    ReplyDelete
  2. Hehehe betul tu PM. Antara kenalan saya pun ada yang selective boycott macam ni. Itulah sebabnya thinking mereka lopsided. Tak boleh pakai punya. Selamat Hari Raya Aidilfitri; semoga Allah swt memberkati sentiasa.

    ReplyDelete
  3. Jangan sokong membabi buta, orang rasuah pun nak sokong macam pemimpin UMNO

    ReplyDelete
  4. macam mana pula peliwat?
    memang nak kono sokong ko?goli den org men buntut nih jang!!!khoikkk tuihhhhh

    ReplyDelete
  5. anon 7.50. hak eleh, yg pakatan haram punya gangsterism, underworld ties, MB muka tak malu hutang bank berjuta tak bayar, rasuah dsb tu apo cerito? asyik2 tuduh orang lain.. kesalahan sendiri sapu bawah tikar.. cait!

    ReplyDelete
  6. suko mkn kari kepalo kambing rupo eh kau ni yo?patut la palo otak pun pikir mcm kambing yoo... kah!kah!kah!!!

    ReplyDelete
  7. ano 4.05am ni la contoh makhluk sengal. tak mampu nk berhujah, makanan pun dijadikan kutukan. type penyokong pr yg bangang.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Paneh,

    Kita dapat bayangkan 'mentaliti' orang yang boikot segalanya melainkan Harakah dia orang tu.

    Kesian..taksub macam nilah lama lama boleh jadi macam Nordin Md Top tu....ASALKAN berjanggut, berseban, berjubah..dah baiklah tu...lama-lama apa cakap sahaja ikut.

    Lagi pun fikiran dah tertutup sebab tv semua dah tok boleh tonton.

    Awasilah anak-anak, adik-adik kita dari terkena penyakit taksub tak tentu pasal dan fikiran tertutup ni.

    Akibatnya nanti bukan keluarga sahaja malu tapi bangsa dan negara, Waliayazubillah.

    HANYA kita sedih mereka tak sedar dan tahu dan mahu mengakui hakikat di perbodoh dan diperkambing hitamkan sepanjang hayat. Inilah orang NS kata BANGANG!!

    ReplyDelete
  9. keh keh keh

    biarkan luncai terjun dgn labu2nya.
    jika dah bodoh sombong nak buat camna!. harap jgn pulak kita t'kena penyakit taksub yg bodoh sombong.

    keh keh keh

    ReplyDelete
  10. Salam raya,
    Nak tanya kambing2 berjanggut yang boikot TV3 ni. Cube bagi contoh berita TV3 yang dikatakan tak benar tu. Kitorang pun nak tau jugak. Betulke berita tu tak betul atau diorang takut tengok sebab berita tu memang benar. Setahu saya mereka ni takut kepada kebenaran.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive