Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, September 16, 2009

PRK N31: Isu Panas Bagan Pinang

Berikut antara isu yang dimainkan pihak pembangkang di PRK N31 Bagan Pinang dan perlu diberi perhatian serius oleh BN:-

1. 13 peniaga di Port Dickson dikatakan kecewa diarahkan keluar kerana gerai perniagaan mereka akan dirobohkan oleh MPPD untuk dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan baru bagi keselesaan pelancongan.

2. 16 buah pantai di Port Dickson yang menganjur dari km 3 hingga km 21, terutama Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana dan Pantai Blue Lagoon dikatakan terhad untuk orang awam. Dilaporkan bahawa ketiadaan laluan dan papan tanda ke pantai berkenaan disebabkan kawasan pantai tersebut dipagari oleh banglo-banglo persendirian dan swasta serta rangkaian hotel yang seolah-olah menjadi hak milik persendirian walaupun pantai telah diiktiraf sebagai harta awam di bawah undang-undang.

3. Pantai Port Dickson dikatakan kotor yang menyebabkan para pelancong dan orang tempatan geli geleman hendak ke pantai. Dikhabarkan juga banyak saluran paip kumbahan tidak terawat disalurkan terus ke pantai.

4. Kerajaan dikatakan tidak menghargai jasa tentera kerana penyerahan tugas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru tidak dilakukan mengikut kebiasaan tradisi ATM. Tiada acara perpisahan rasmi untuk bekas Panglima Angkatan Tentera tersebut.

5. Dilaporkan pihak tentera harus perkudakan UMNO dan PAS untuk kepentingan ATM demi pertahanan negara dan nasib para perajurit.

6. Lebuhraya Seremban-Port Dickson dikatakan tidak berdaya maju serta R&R di laluan berkenaan dikatakan terbiar dan secara tidak langsung telah memberikan imej buruk kepada Port Dickson.

7. Isu perumahan terbengkalai di Bagan Pinang yang melibatkan:-

Taman Crystal Bersatu, Port Dickson
Pemaju : Maju Properties Sdn. Bhd.

Taman Anggerik, Pekan Si Rusa , Port Dickson
Pemaju : Smart Project Sdn. Bhd.

Green View Resort Homes, Port Dickson
Pemaju : Eurodec Development Const. Sdn. Bhd.

8. Projek menaik taraf jalan Port Dickson ke Pasir Panjang dikatakan telah lama terbiar dan terbengkalai.

9. Turut dilaporkan ada keluarga yang melarat di Bagan Pinang dengan pendapatan hanya RM20 sehari.

10. Elaun RM500 untuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Sembilan dikatakan terlalu sedikit.

11. Dilaporkan penduduk Negeri Sembilan sering terputus bekalan air terutama semasa musim perayaan disebabkan kelemahan pengurusan pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

12. Dan bla...bla...bla...


p/s: Apo yang buek den musykil, bukan ko daripado 5 Dun dalam Parlimen Teluk Kemang, 2 Dun adalah milik PKR, 1 Dun milik DAP dan Ahli Parlimen Teluk Kemang sendiri adalah orang PKR. Malah daripada 36 Dun di Negeri Sembilan, 15 daripada DUN tersebut dikuasai oleh pembangkang. Dalam maso 2 tahun ni, apo yang Adun dan Ahli Parlimen pembangkang ni buek untuk setelkan semuo isu ni? Takkanlah bilo nak PRK baru nak bising? Sobolum ni tak cubo setel ko masalah ni sumo? Bilo takdo kuaso tau pulak memokak, tapi bilo dah ado kuaso tak ngoti pulak buek kojo. Hontam yolah.

15 comments:

  1. Marah boto pak sedaro....!!! dalam hal ini, UMNO lah yg bersalah...sajo dio tak nak buek itu sume...sobab eh..sonang dio nak salahkan pembangkang....mudah yo sifir eh Pak Sedaro....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Sengaja nak cari modal nak salahkan kerajaan. APA sajalah, janji boleh burukkan UMNO. Ini tugas tetap mereka.

    PKR dan DAP langsung habuk pun tak ada. Janji berbakul pada kempen, habuk pun tak ada. Tengoklah Kampung Buah Pala contohnya. LGE, Anwar Ibrahim SEMUA JANJI nak settle...memang betul dan settle sekarang ini pun. Tu lah percaya lagi pada pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Apa lah bingai punya Anon 1:16 PM...

    UMNO/BN saja kah yg berhak memerintah? UBN saja kah yg tak pernah berjanji masa kempen pilihan raya...UMNO lg byk berjanji nak buat itu, buat ini tapi habuk pun tarak...ada negeri tu bertahun2 mslh air tak selesai, nak beraya ni pun tak berair dah...punya lah celaka UMNO...masa pilihan raya semua turun janji nak pulihkan air..sampai mampos pun takat tu jer la...bingai betul....

    Isu Kg Buah Pala tu, ciptaan UMNO/BN ...mereka yg gadaikan kg tu pd anak syarikat negeri ms mereka pentintah dulu...tengok, betapa dajalnya UMNO/BN sanggup jual kg buah pala, tup-tup kalah, pembangkang plak disalahkan!!! kan bengong namanya tu....

    Sebenarnya bila pembangkang menguasai negeri2..barulah kita tersedar betapa buruknya perangai UMNO/BN ketika mereka memerintah....


    memang mereka buruk...patutlah kena kutuk selalu...bogok!!!

    ReplyDelete
  4. laaaa...apo bising2 ni??adun UBN brapo n pembgkang brapo?dah tontu lobih ko Unta Babi Negara...tak dapeknyo UBN ni nak laksanakan projek2 bwh adun2 pr...bodo punyo Umno!!

    ReplyDelete
  5. DENGAN hampir 40% pengundi di Bagan Pinang adalah terdiri dari bukan Melayu, adalah amat sukar untuk PAS menang dalam PRK Bagan Pinang nanti.

    Bertambah sukar lagi kerana di sana terdapat 4600 pengundi pos yang kebiasaannya trend undi pos akan berpihak kepada UMNO. Sudah tentu majoriti pengundi pos ini adalah juga orang Melayu. Oleh itu berapa peratus sajalah lagi orang Melayu yang tinggal yang akan mengundi PAS setelah ditolak pengundi pos ini.

    Oleh itu di Bagan Pinang, PAS sangat bergantung kuat kepada undi dari orang bukan Melayu bagi memenangkan calon mereka.

    Di PRK Manek Urai terdapat lebih 95% pengundi Melayu Islam, namun PAS masih terkial-kial untuk menang, apatah lagi kalau di Bagan Pinang ini yang jumlah orang bukan Melayu hampir 40% dari bilangan pengundi.

    Nampaknya UMNO berada dalam keadaan yang begitu selesa sekali, UMNO tak perlu berhempas pulas untuk menang di Bagan Pinang.

    UMNO tak perlu belanja besar untuk mengadakan projek ‘mee segera’ di Bagan Pinang. Apa yang perlu UMNO lakukan hanyalah cukup dengan menggunakan media perdana sebaik mungkin untuk menjauhkan orang bukan Melayu dari PAS.

    Melalui media perdana UMNO akan mengambil peluang untuk melakukan perang saraf dengan menggambarkan PAS sebuah parti politik Islam yang ekstrim. Hukum Hudud dan Negara Islam ala PAS sudah tentu akan dimainkan semula oleh UMNO menjelang pilihanraya ini.

    Kalau kita menggunakan strategi yang bijak, adalah tidak sesuai untuk pihak PR menurunkan calon PAS bagi mewakili mereka dalam PRK di Bagan Pinang ini. Calon yang mungkin lebih sesuai ialah dari parti PKR.

    Parti PKR adalah parti yang sederhana yang boleh diterima oleh orang bukan Melayu dengan baik berbanding parti PAS. Peluang untuk PR menang di Bagan Pinang lebih cerah jika membenarkan calon dari parti PKR bagi mewakili PR bertanding di situ.

    Tetapi apalah yang PR boleh buat, sudah tentu parti komponen dalam PR tidak mahu menyinggung perasaan parti PAS untuk mengusulkan cadangan ini.

    Tentulah parti PKR tidak berasa selesa dan tidak manis kalau mereka meminta kepada PAS supaya calon PR yang bertanding di Bagan Pinang untuk kali ini diberikan kepada parti PKR. Semuanya ini terpulang kepada budibicara parti PAS sendiri.

    Parti PAS tidak harus melihat kepada keuntungan jangka pendek sahaja dengan terus berkeras untuk mengekalkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang. PAS patut melihat kepada keuntungan jangka panjang, keuntungan kepada PR secara keseluruhannya.

    Bagi PAS kemenangan mungkin tidak begitu penting, bagi mereka perjuangan itulah yang lebih penting. Tetapi kita kena ingat juga, kalau kita hendak berjuang, strategi pun mesti ada juga.
    Kalau PAS betul-betul hendak melihat PR menang dalam PRK Bagan Pinang ini, tentulah parti PAS tidak menolak untuk memberi peluang kepada parti yang lain dalam PR untuk mewakili kawasan itu.

    Semasa berlaku tsunami politik pada pilihanraya 2008, PAS tidak dapat memenangi kawasan Bagan Pinang, apa lagilah bila keadaan gelombang tsunami politik yang semakin reda sekarang ini. Parti PAS kenalah mengambil kira perkara ini, ia boleh dijadikan alasan kuat kenapa PAS harus memberi peluang kepada parti komponen yang lain dalam PR untuk bertanding di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

    Kita begitu yakin, PAS sukar untuk memenangi PRK Bagan Pinang ini. Kekalahan PAS di Bagan Pinang bukan sahaja akan melemahkan moral parti PAS tetapi juga ia turut memberi kesan yang negatif kepada persepsi orang ramai kepada PR itu sendiri.

    PRK Bagan Pinang adalah pilihanraya sangat penting bagi menentukan nasib masa depan BN dan PR, sehingga kepentingan parti bukanlah lagi menjadi suatu keutamaan dalam PRK Bagan Pinang ini.

    ReplyDelete
  6. isu kg buah pala tu kaji skit brader l/blkg kes tu pasal koperasi, pindah milik etc. bla bla bla...
    jgn nampakkan diri tu bingai bila bercerita tak tau fakta.
    apa2 pun, lim guan eng dan seluruh angkatan pembangkang di penang bodoh nak mampus. byk usahawan kecil melayu/cina/india lari ke negeri2 diperintah bn utk cari peluang. nak harap pembangkang buat business making, seminar, product matching bla2 utk usahawan di negeri yg depa perintah mmg out. lama2 bungkus la dorg ni. nyesal lak aku undi pembangkang ari tu.

    ReplyDelete
  7. aku pernah duduk kat bandar sunggala PD tahun 1994 - 1998. masa tu MP BN india tu. Bagan Pinang Mat Isa. Haram jadahnya hari sabtu ahad tak de air. aku dengar masalah air tak pernah selesai sampai sekarang...itu la 50 tahun dok perbodoh rakyat. lagi 3 tahun boleh bungkus la BN. Ni masuk Formula 1 pulak. berapa bilion pulak nak hangus. ekonomi tak pulih dah nak perabih duit rakyat. Gampang betuii la BN

    ReplyDelete
  8. masa tahun tu mmg slalu takde air pasal naik taraf dan projek baru empangan la ngok. bukan pd je slalu takde air sabtu ahad. tmpt lain kat negori pun samo.

    ReplyDelete
  9. Anonymous 1:16 PM

    Haha.. Sapa cakap tiada perubahan? LGE berjaya menjadikan PP sebagai hub investor dari luar negara. Buah Pala hanya sandiwara UBN sahaja.. napa salahkan PR? mereka berkata akan cuba menolong mereka, apakan daya.. Gerakan BN sudah menjual kepada kroni mereka.. bak kata Najis.. kamu tak boleh lawan perintah mahkahmah.. bodoh!

    ReplyDelete
  10. bodo ya amat ler UMNO nih....dah ler UMNO bodo..pengikut dier pon bodo nak mampuihh...mmg ler ADUN PR kat n 9 ghamai..tapi..kalau peruntukkan ADUN pon dok sekat2..pekejadah nak buat haa....bial pegi pejabat tanah ker..daerah ker....yang datang tuh ADUN pembangkang..haMPeh haa..layan ala kadar..pas tuh bagi pertimbangan...aBih...nak nampak buek keroje macam mana yOP?..banganggg

    ReplyDelete
  11. keh keh keh

    apsal lain pulak nada jawabnya ni? sblm pilihanraya bukan main janjinya kalo boleh langit nak ditukar. tapi bila dah dapat undi dan x dpt nak beri apa yg dijanji mula kata xde peruntukan la, kami ni pembangkang la, x dpt layanan la, peruntukan ADUN kena sekat la. masa janji dulu xkan x pikir semua tu. skrg tunaikanlah janji walau dgn apa cara sekalipun. kalo perlu bergolok bergadai buatlah. jgn jadi golongan yg dikatakan bila berjanji ia mungkiri.

    kpd para pengundi! lu pikir la sindri.

    keh keh keh

    ReplyDelete
  12. aku kat kedah ni...dulu masa BN perintah boleh dikatakan 30 ke 40 orang kampung dapat bantuan hari raya... lani jangan kata 10 orang 5 orang pun PAS tak leh bagi...yang dapat 2 orang yang PAS totok... tu pun beras CAP UDANG 10 kg ja...
    Ada la program buat rumah orang susah... tapi tolong buat betoi ja... bahan binan dan segala kos maknenek tuan rumah tanggung...lepas tu ceramah bagi tau rakyat yang wakil rakyat tu bagi rumah...perhhgggg...munafik betol la...ini la imeg ISLAM PAS

    ReplyDelete
  13. Apo la pandir bono org UMNO ni...dah berapo puloh taun dah merintah tapi masih ado kampung yang tak ado langsung bokalan air paip..jgn cito bokalan air selalu putuih..tak ado langsong.

    Lopeh tu sibuk salah kan pembangkang tak roti merintah kek Selangor la..kek PP la. Diorang tu tak sampai laiee 2 tahun...

    memang la org UMNO ni pandirrr

    ReplyDelete
  14. Atuk:

    kasi la tau kampung mano yang takdo air. setakat cerito "ado kampung" yo, tak gentleman la atuk.

    dah memang sah2 PR tak ghoti nak memerintah, nak buek camno. tak lamo laie adun pr selangor tu bungkuih la dek banyak eh songlap duit. tunggu maso yo. tak sampai 2 tahun dah songlap duit, tarah kampung, boghi tanah kek cino. jual beer. fuhh hebat kan atuk? tu yang ekau sayang bona ngan pr tu kan?

    yang dok ngato kg buah pala tu umno punyo kojo, bebawak la pk pakai otak. kerajaan penang tu sapo pogang? umno ko? dah tontu2 la pemaju tu ngan khalifah lge kesayangan kau tu dah kautim. tu yang copek dapek roboh kampung tu. tunggu bn lamo bona. kah kah kah.

    ReplyDelete
  15. aku orang kedah nak habaq kat orang N9...la nie kat kedah projek majlis perbandaran dan daerah semua puak PAS dan PKR dan DAP pulun abih...mana ada tender terbuka...semua melalui ahli majlis..dulu depa kata pemimpin umno/bn dok menunjuk-nunjuk keta besaq..la hangpa tengok pemimpin PAS naik keta apa...tengok timb. presiden PAS cukuplah naik toyota harier sipa drebar dan bodyguard lagi tu...di kedah adun PAS tak yah cakap lah...pi tengok sediri lah...cakap tak serba bikin...PAS berdakwah kerana undi rakyat...TABLIGH berdakwah kerana allah swt...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive