Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, September 5, 2009

IHYA RAMADHAN 2009M/1430H GB4B (M)

Sempena dengan sambutan Ramadhan 1430H, Pak Sedaro nak numpang ruang ini mewar-warkan Program Perdana Ihya Ramadhan 1430H/2009M anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia dengan dibantu tuan rumah pengelolaan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Sembilan.

Tahun ini program bakal dijayakan pada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430H hingga 14 September 2009 bersamaan 24 Ramadhan 1430H. Namun Hari Jadi paling diutamakan ialah 13 September 2009 bersaman 23 Ramadhan 1430H. Pada 23 Ramadhan ini, Festival Pertandingan Nasyid 4B Malaysia peringkat Kebangsaan dan Musabaqah Tilawah Al-Quran 4B Malaysia Peringkat Kebangsaan akan diadakan serentak di lokasi perhimpunan yang sama.

Venue terpilih tahun ini ialah Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Ampangan, Seremban. SMTTJ sebenarnya mempunyai sejarah kejayaan bekas pelajar yang tidak kurang hebatnya. Antara banyak nama yang pernah terbit daripadanya ialah mantan YB Dato' Zakaria Nordin, YB Dato' Shaziman Abu Mansor [Menteri Kerja Raya], YB Dato' Noh Omar [Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani], Tuan Haji Mohd Izam Mohd Yusof [ Ketua Pegawai Eksekutif, TH Global Services Sdn. Bhd. terkenal dengan brandname "TaHa" ], dan ramai lagi...

Maknanya venue pilihan Gerakan Belia 4B Malaysia amat signifikan dengan penarafan bekas-bekas pelajar yang berada di kedudukan tersendiri dalam masyarakat awam dan sektor konglomerat.Venue SMTTJ akan bernafas dan bakal dipenuhi dengan 500 orang ahli Gerakan Belia 4B Malaysia dari 12 buah negeri, seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada sebelah malamnya,Masjid Dato' Klana Petra Mubarak Al-Haj, Sungai Landak, Ampangan, Seremban pula menjadi tapak perhimpunan raksasa Gerakan Belia 4B Malaysia yang dianggar seramai 1500 orang. Malam ini bakal dimeriahi dengan kehadiran YAB Dato' Seri Mohd Ali Rustam iaitu Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia beserta barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi, di tambah pula dengan barisan Majlis Kerja Tertinggi Penaja Gerakan Belia 4B Malaysia.

Masjid Sungai Landak nama glamornya sejak dulu lagi, bakal menerima tetamu Ramadhan yang melimpah ruah. Secara lahiriahnya, pelajaran yang boleh dipetik daripada perhimpunan warga Belia 4B ini akan memberi kesan pengukuhan "Bangsa Jiwa Bangsa" kepada rumpun Melayu. Bahawa Ramadhan membuka pintu seluas lembaran ilmu dan fadhilat ilmu untuk dikongsi bersama. Ini juga resepi KONGSI KUASA, KONGSI ILMU dan JIHAD BELIA MALAYSIA dalam mewarnai bumi yang masih dalam dan jauh untuk diteroka dan digauli.

Bersempena Festival anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia ini, Pak Sedaro menjemput seluruh pembaco budiman, pembaco pinggiran, pembaco lecekan dan pembaco totok untuk BERGERAK ke Majlis anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia bersama Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Sembilan.

Datang beramai-ramai untuk kita angkat jiwa raga Rakyat Raja, bahawa Gerakan Belia 4B Malaysia masih cocok dengan medium dan media perjuangan Belia Malaysia.

BERGERAK !

8 comments:

  1. Khalid gagap dan kuil kuilnya

    Commotion erupts at temple relocation dialogue

    http://kasipukulrata.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Utusan Meloya melapurkan "akhbar Indonesia provoke rakyat nya membenci Malaysia". Pada masa yg sama, front page tunjuk commotion. Berita Hairan pulak tunjuk Khalid kena Boo. Sekurang2nya Khalid efective cuba menyelesaikan masalah Rakyat. Kalau harap Zaman UMNO, setahu akulah,(kot2 kau tak tahu ngok)satu kes pun tak selosai. Kes lapuran Toyol rasuah 25 tuduhan siap dgn bukti pertuduhan pun tiada SPRM siasat. 1Malaysia tahu Teoh Beng Hock kena siasat 19 jam tup2 mati tanpa dibenarkan report pada polis. 1 Malaysia juga tahu Ong tee kiat kena soal siasat 2 jam aja oleh SPRM. Kenapa tak besarkan perkara ini ngok.

    ReplyDelete
  3. Wahai pembaco yang sakit urat...sakit buntut, sakit tongkuk, sakit akal, sakit gusi dan sakit taik telingo....

    Orang bicaro soal baik, ekau tak habish merapu-meraban, tak kono medan dan gelanggang...

    Tu lah, bahana insan yang tahu asal keturunan dan pangkal jalan...

    Cicit KAMAT berdoa, moga ALLAH s.w.t beri petunjuk pengampunan pada malam-malam balance 16 Ramadhan hingga seterusnya, kepada pembaco yang tak pernah diPANDAIkan oleh DUNIA JAHILIYAH mereka. Kenapo Waklu jadi HAMBO DUNIA? Kenapo rakan-rakan WAKLU sanggup di PERHAMBA ABDI oleh DUNIA?...Poei kaji HAdis Qudsi...

    Allah yang posan kepada Manusia melalui Hadisth Qudsi, pertama berikan Masa BerMUNAJAT, Masa BerMUHASABAH, Masa BERFIKIR tentang ALAM dan Masa untuk BEKERJA cari MAKAN...

    Jangan kafirkan diri sendiri, dengan jadi ABDI DUNIA...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. ni sapo plak yang guno namo sojuk ni...bacul bona eh nak guno namo orang nak menabur fitnah...

    ReplyDelete
  7. Kepada saudara/i yg bila den cakap umpama den cakap dengan kerbau. Kerbau atuk den pun paham cakap den berbanding manusia yg den dah ingatkan banyak kali agar guna nick sendiri atau anonymous jika nak memberi sebarang komen. Kebanyakan pemberi komen disini adalah yg kami kenal secara peribadi dan tahu nick apa yg mereka gunakan. Jadi janganlah jadi seperti manusia paloi yg tak faham bahasa apabila peringatan sudahpun diberi agar jangan menggunakan nick orang lain apabila memberi komen. Jika anda tiada kenyakinan diri utk menggunakan nick sendiri sekalipun, jgnlah ditunjukkan bebal itu pada orang lain. Tq.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive