Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, September 12, 2009

Malaysia ke-4 Termurah di Asia

1. Malaysia jatuh tiga anak tangga ke tempat-23 daripada sejumlah 183 ekonomi yang dikaji selidik dalam Laporan Melaksanakan Perniagaan 2010 Bank Dunia.

2. Berada di tempat keempat secara keseluruhan di Asia, Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut, muncul tempat yang paling mudah untuk mendapatkan kredit di dunia, dengan kos yang paling murah di Asia untuk mengeksport setiap kontena pada harga AS$450 (RM1,575), dan kedua paling rendah untuk mengimport pada AS$450.

3. Malaysia, berada di tempat ke-24 secara keseluruhan dua tahun lepas, diletakkan pada tempat keempat dalam kategori melindungi pelabur, membayar cukai (24), urus niaga sempadan bersilang (35), memuktamadkan perniagaan (57), menguat kuasakan kontrak (59), pengambilan pekerja (61), pendaftaran hartanah (86), memulakan perniagaan (88) dan berurusan dengan permit pembinaan (109).

4. Bank Dunia melaporkan, Malaysia telah meringankan beban pemula perniagaan dengan memperkenalkan pusat sehenti baru bagi menyelaraskan pendaftaran, sambil menambah yang perkhidmatan itu masih baru dan kerajaan merancang mengadakan kempen kesedaran orang ramai mengenai sistem baru ini.

5. Selain daripada itu, Institut Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia (Maicsa) telah mengurangkan caj diperbadankan dan yuran korporat. Penguatkuasaan kontrak menerusi mahkamah juga telah dibuat lebih mudah dengan menambah kakitangan serta tarikh akhir yang lebih tegas serta memendekkan tempoh menfailkan kes dari 45 hari kepada 30 hari. Mahkamah Komersial telah disusun semula untuk melupuskan perkara-perkara interlocutory dengan lebih licin.

6. Ekonomi Singapura pula berada di tempat teratas untuk kategori meringankan pelaksanaan perniagaan untuk tahun keempat berturut-turut dengan New Zealand di tempat kedua dan Hong Kong tempat ketiga. Singapura memperkenalkan perkhidmatan berdasarkan dalam talian dan komputer untuk meringankan beban syarikat pemula perniagaan, permit pembinaan dan pemindahan hartanah.

7. Thailand berada di tempat ketiga di Asia dan ke-12 di dunia, satu anak tangga lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Di kalangan negara Asia Tenggara yang lain, Vietnam di tempat ke-93, Filipina di tempat ke-144, Laos ke-167, Indonesia ke-122, Kemboja ke-145.

1 comment:

  1. agaknya, kalau Perompak rakyat la yang mentadbir urus negaro ni, takdo Malaysia kek dalam list ni...

    semoga terus kekal kerjaan sekarang mencapai kegemilangan....

    eh, tapi kalau Perompak Rakyat yang tadbir mesti dapat nombor 1 punya, Singapore pun kalah...maklumlah, Ketua Perompak si Nuar al-Jubburi tu kan best fren Israel dan US...Ye dak Nuar? tolong jawab sikit!

    ReplyDelete

Blog Archive