Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, September 14, 2009

Takziah Paklong

Hari ini salah seorang sahabat karib kami telah kehilangan anak lelaki beliau disebabkan kemalangan jalan raya. Anak lelakinya itu baru saja melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lalu dan tidak sempat pun menyambut Aidilfitri buat pertama kalinya sebagai pasangan suami isteri. Paklong, kami ucapkan takziah atas kembalinya Angah ke rahmatullah. Moga Paklong sekeluarga sentiasa tabah menempuh ujian Allah ini. Al-Fatihah.

9 comments:

  1. TAKZIAH DARI SEY UNTUK PAKLONG,,,,,,,,,Alfatihah......

    ReplyDelete
  2. Takziah Paklong.. Allah lebih sayang padanya.. smoga Allah menempatkan Rohnya Dikalangan orang2 yg Beriman...

    ReplyDelete
  3. Takziah utk PakLong sekeluarga!Al Fatihah...

    ReplyDelete
  4. Innalillah..
    Al-Fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  5. alfatihah....amin..masih ade yang simpati

    ReplyDelete
  6. Paklong bersabarlah...... Hanya mereka yang pernah merasai kehilangan akan benar-benar mengerti makna satu kehilangan..... Alfatihah buat arwah dari saya dan keluarga.....

    ReplyDelete
  7. Takziah dari sey...harap bersabar...dugaan Allah...Semoga Rohnya dikalangan orang2 yang Beriman...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive