Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, June 21, 2011

KJ mudah lupa...

1. Kadangkala pelik juga mengenangkan ahli politik tak kiralah dari pihak mana sekalipun, sangat jarang bercakap serupa bikin. Kebanyakan mereka, semalam cakap lain, hari ni cakap lain, esok, lusa, tulat pun akan cakap lain. Mungkin juga ahli politik di Malaysia ni mudah sangat kena penyakit mental - hilang ingatan.

2. Tapi dalam ramai ahli politik di Malaysia, sudah tentulah Bapak Anwar Bin Ibrahim adalah peneraju atau trend setter politik yang paling banyak putar belit hingga satu apa pun kata-katanya tak boleh pakai dan sukar dipercayai. Jika 10 perkara yang dikata Anwar, 20 daripadanya adalah tipu belaka. Nombor 2 dalam senarai ahli politik auta di Malaysia ialah Lim Kit Siang dan diikuti oleh Pok Nik. Tak percaya?!


3. Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seremban baru-baru ini, Khairy Jamaluddin @ KJ telah dijemput meraikan majlis. Dalam mesyuarat tersebut, KJ telah berucap bahawa dia akan memperkenalkan Model Politik Baru.

4. Kononnya Model Politik Baru tajaan KJ ini bertujuan menjadikan Pemuda UMNO sebagai peneraju dalam penyelesaian masalah golongan muda di Malaysia. Jika ramai golongan muda yang menganggur, maka Pemuda UMNO akan mencari dan menyediakan peluang pekerjaan dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta. Pemuda UMNO juga akan menjadi pemangkin bagi menyelesaikan masalah ekonomi golongan muda di Malaysia. Sebelum ini memang pernah diadakan job fair anjuran Pemuda UMNO. Tapi nak menyelesaikan masalah ekonomi golongan muda ni, banyak lagi sebenarnya yang perlu dilakukan. Tak cukup hanya setakat job fair saja.

5. KJ juga dalam ucapannya berkata bahawa Pemuda UMNO tidak akan terlibat dengan budaya lama seperti berdemonstrasi etc. dalam menyelesaikan masalah. Model Politik Baru yang digambarkan KJ dalam ucapan tersebut tampak idealistik hingga boleh membuatkan orang terpesona jika mendengarnya.

6. Tapi itu kisah mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seremban bulan lepas. Bulan ini KJ kembali mencari limelight sebagai peneraju demonstrasi membantah Bersih 2.0 dan menghasut pula pemuda UMNO untuk turut sama berdemonstrasi dengannya.

7. Entahlah. Selama kami kenal KJ di Negeri Sembilan ni, cakapnya tak pernah serupa bikin. Bolehlah KJ ganti Al Sheikh Al Juburi suatu hari nanti.

8. Satu-satunya kebaikan KJ yang agak ramai orang bercakap di Negeri Sembilan ialah memberi peruntukan kewangan tahunan kepada cawangan-cawangan UMNO dalam Parlimen Rembau. Tapi lagi ramai orang persoalkan bagaimana pejabat Ahli Parlimen Rembau boleh bagi sumbangan pada rumah kebajikan dengan menggunakan duit Magnum dan betapa jarangnya KJ turun ke kawasan sendiri.

9. Tak perlulah KJ bawa Pemuda UMNO turun berdemonstrasi atas alasan apa sekalipun. Adalah lebih baik Pemuda UMNO memperjuangkan masalah PTPTN yang sekian lama membelengu golongan muda. Kalau kau selesaikan masalah PTPTN ni KJ, pasti sokongan generasi muda Malaysia akan kembali kepada BN. Tak perlu demonstrasi pun banyak masalah boleh selesai sebenarnya, jika kita 'cerdik'!

10. Let not a man guard his brain, but let his brain guard him.

4 comments:

  1. Tulisan yang penuh dengan hasad dengki......
    Sungguk kotor hatimu....

    ReplyDelete
  2. realiti, mmg susah nk terima...ramai ahli politik yg krg atau tiada langsung ilmu politik. yg ramai tau baper byk projek aku leh sebat dan easy money project...yg malang tetap juga rakyat.

    ReplyDelete
  3. paneh jubor@ tom tem jubor

    ReplyDelete
  4. Anon 1:36 PM. Sama macam KJ la dok berdengki dengan Ibrahim Ali.

    ReplyDelete

Blog Archive