Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, February 28, 2009

Wah! Suka-suka je Hamid Albar ni..

Kerajaan tetap syarat guna perkataan "Allah" dalam penerbitan Kristian

Church to study implications of permission to use "Allah"

Penggunaan "Allah" bukan satu larangan

Conditional use of "Allah" allowed

Perenggan 2.(1) warta itu menyebut: "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubung dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah", "Kaabah", "Baitullah" dan "Solat" adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN".

Perenggan 2.(2) Perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN" yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah ditulis dengan fon jenis Arial bersaiz 16 dalam huruf tebal.

p/s: Lepas ni segala percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan orang Islam pun perlu ditulis di muka depannya "UNTUK AGAMA ISLAM" bagi mengelakkan kekeliruan. Macam tu ka Hamid?

Itupun puak Herald ni masih nak membantah lagi. KDN dah tetapkan syarat pun, mereka tak puas hati. Kau tengok tu Hamid, tak guna kau bagi muka kat puak-puak ni. Mereka bukannya ikhlas kononnya kata guna nama Allah sebab nak memperjuangkan Bahasa Melayu. Niat tersirat mereka hanya untuk sebarkan Kristian dikalangan orang Melayu terutama generasi muda. Kau jangan jadi bodoh Hamid.

Kami nak tengok selama mana pemantauan dan penguatkuasaan dalam hal ni serta sampai bila KDN mampu untuk mempertahankan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Jangan hanya hangat-hangat taik ayam tapi akhirnya ramai orang Melayu yang dok sembah palang.

29 comments:

  1. Isu jambatan bengkok tak jadi - siapa yang dikaitkan mendapat habuan untuk membantu membatalkannya dan habuan kontrak pasir yang tak kesampaian.

    Dari beberapa sumber, memang sah dan ramai sudah orang Melayu dan bumiputera yang memeluk Kristian secara diam diam dan penerbitan dalam bahasa melayu adalah sebagai memenuhi permintaan mereka ini untuk memudahkan pemahaman mereka terhadap Kristian dan KDN sekadar berbudi, membantu dan berselindung di sebalik peraturan dan syarat.

    Di Malaysia - perancangan no. 1, perlaksanaan dan penguatkuasaan - no 1 corot ke bawah.

    Mubaligh Kristian juga dikaitkan dengan kemewahan dan bantuan kewangan yang cukup banyak.

    Hamid juga akan bertanding sebagai calon Naib Presiden - kalau berkempen dengan air lior sahaja tentulah tak sampai ke mana - rasanya gaji Menteri sudah memadai sebagai modal perbelanjaan kempen2nya.

    Kepada Hamid - selamat berjuang untuk UGAMA (K), bangsa (T) dan negaranya (S)

    ReplyDelete
  2. dah la paneh.. Kalau PAS yg mengaku boleh confirm ahli2 dia masuk syurga tak bantah, sapolah umno nak bantah!

    ReplyDelete
  3. dah la paneh.. Kalau PAS yg mengaku boleh confirm ahli2 dia masuk syurga tak bantah, sapolah umno nak bantah!

    ReplyDelete
  4. Hahahaha... Tikus yang di beri kebenaran untuk baiki labu.. Gini laaa jawabnya.. Jangan risau laa, tak sampai 10 tahun lagi, minta ugama Kristian pula di jadikan ugama resmi kedua Malysia lak, dak pun minta pembesar suara di arahkan ke public semasa dendangkan lagu gereja.. hahahah, oh Malaysiaku..

    ReplyDelete
  5. salam,

    penggunaan kalimah allah pd bible sememangnya menunjukkan niat jahat nasrani utk mengelirukan anak2 islam.
    pun begitu kjaan pada hari ini bukanlah kjaan sekuat dahulu,kalau kjaan tolak maka pembangkang bertindak sebaliknya dengan menyokong maka akan lebih rosaklah islam di negara ini kerana kjaan yang memerintah tidak lg mendapat sokongan dan digantikan dengan pemimpin yang berfahaman islam liberal.
    dalam menganalisis perkara ini eloklah kalo kita pertimbang semula kewajaran nya, meskipun saya tahu hakikatnya penggunaan pktaan allah juga adalah hak kristian sebagai lambang pada ketauhidan kepada tuhan seluruh alam.
    dizaman khalifah dahulu juga ada kebebasa yang tidak begitu memanfaatkan umat islam tetapi para ulamak cekal berjuang agar kebabasan itu tidak di salahguna..
    maka jika pada hari ini sesuatu yg hampir serupa ditakdirkan berlaku maka para ulamak juga perlu memastikan yang akidah dan iman umat islam tidak di selewengkan.
    keadaan tidak sentiasa menyebelahi kita oleh itu janganlah mengharapkan agar kjaan berkorban kerana pada masa seperti inilah kita harus memahami kesusahan kjaan dan melakukan perkara yang betul itu dengan kudrat kita sendiri.

    sekian

    ReplyDelete
  6. Itu juga salah satu produk 'kesamarataan'.

    Paneh,
    Tugas kita hanya berdakwah. Teruskan walaupun belum tentu kita menang.

    ReplyDelete
  7. Salam semua,

    Walaupun dalam hal lain boleh dikatakan saya senada dengan penulis blog, namun hal ini janganlah kita tergesa-gesa. lihat AlFatihah yang diterjemahkan begini:

    AlhamdulillahirROBBilA'LAMEEN
    Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.

    Maka saya beranggapan setiap maunsia berhak mengungkap kalimah Allah. Saya mohon kepada Allah, sekiranya mereka-mereka ini kerap mengungkap kalimahMu dengan kerap dan berulang-ulang, maka dengan kehendakMu Muslimkanlah mereka terhadap keEsaanMu ya Allah.

    Sahabat-sahabat, lihat kalamullah dibawah

    20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.

    15:49. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih,

    2:19. Atau seperti awan hujan dari langit, yang di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat. Mereka meletakkan jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir kerana takut akan mati; dan Allah meliputi orang-orang yang tidak percaya (kafir).

    kepada siapakah Allah arahkan ayat ini?

    Namun sekiranya mereka sekadar hendak mempermainkan kita, Allah sudahpun memberikan amaran:

    2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.

    Saya langsung tidak khuatir malah berlapang dada kerana yakin akan kekuasaan Allah dan yakin dengan AlQuran yang juga mengandungi ayat 2:9 diatas.

    Sejauh mana mereka hendak bermain? Saya tidak sabar melihat pula bagaimana Allah mempermainkan mereka-mereka tidak kira dimana kedudukan mereka.

    *Hizbullah Malaysia

    ReplyDelete
  8. Weh Paneh Miang, ini la hasil perjuangan wakil Kolonial Inggeris. Sampai bible pun nak di masuknya Allah. Pak Hamid dah pecah tembelang sikap dan perjuangan UMNO yg didukung kau dan konco2 yg sewaktu dgn kau. Terlaksana sudah agenda kapior barat melaui jarum2 halus pejuang nasinalist kononnya cinta agama. Wak sedoro, parpukari, apa tunggu lagi. Kata nak amuk? Dgn Karpal pun tak makan cekak.

    ReplyDelete
  9. Kalau kita memerintah, benda yang baik kita sokong. kalau kerajaan hari ni dah rasa agak lemah dan pula katanya pembangkang akan bantah, itu rasanya alasan yg lemah spt ungkapan ONE. Islam liberal adalah dokongan Parti Nasionalist spt UMNO. Ini Tadika dah faham. Dah jd mcm ni baru lah anon cuba nk tafsir AlQuran. Kembalilah kpd Allah dan belajar lah dari Ulamak dan bukan nya ulamak dunia yang kita semua tau sama tau. Jgn marah ini hakikat.

    ReplyDelete
  10. Apa jadi dengan al fadhil Mufti Harussani yang dulu berdegar2 isu melayu masuk keristian, tub2 sunyi sepi. Kenapa, ada tangan barat yang suruh dia tutup mulut ka. Jaga2 Barat dia ada wakil dia dekat sini. Wakil dia berselindung kunun nya berjuang utk Ugama bangsa dan negara. Ini persetujuan sejak capai merdeka.

    ReplyDelete
  11. Salam untuk semua...
    Itulah dio betapo CELAKOnyo umno yg sememangnya CELAKO LAGI MENCELAKOKAN negaro kito.Berjuang untuk agamo dan bangso konon...Hampeh Belako.
    Khaak!!!Ptuuihh!!!

    ReplyDelete
  12. salam,

    kepada saudara anon,pandangan saya agak mudah jika benar umno ni liberal maka pkr + orang2 dlm pas yang fanatik anwar tu lg la liberalnya..
    jd bagi memastikan fahaman ni x terlalu bercambah maka saya fikir elok kemenangan besar diberi kepada salah satu parti supaya matlamat mereka boleh diperhalusi..
    selama umno dlm bn ni pon rasenyer da byk hal bkenaan islam dan melayu dipertahankan(kurang yg tidak).
    waktu tu orang luar memang berani bantah tapi tak la secara keterlaluan seperti melalui ahli parlimen non muslim DAP dan PKR wkt mula2 kes ni dulu walaupun memang ahli parlimen PKR+PAS ada nyatakan tentangan terhadap isu ini..
    bezanya dulu ahli parlimen mic+mca tau hormat orang nk banding dgn dap+pkr+fanatik anwar dlm pas..jd liberal umno ni bhasil sbb kawan2 dia baik(wkt bkuasa dulu ar) tp liberal PR ni bawak bnyk keburukan sbb ada yg cukup kurang ajar..

    kesimpulannya semoga rakyat malaysia ni bsatu padu sbb snang sket nk decide kalu rakyat x bpecah..

    sekian..

    ReplyDelete
  13. barat mmg ada wakil di malaysia ni. nama wakilnya anwar dan pas.

    ReplyDelete
  14. Wakil barat UMNO la bongok. Tiada ada satu kerajaan yang di tinggal penjajah nelainkan kerajaan itu boneka atau mesti condong terhadapnya. Contohnya kerajaan Algeria yg di jajah Perancis. Apabila parti islam menang pilihan raya umum, besoknya parti nasionalis mengharamkan parti islam. Berpuloh-puloh ribu islam dibunuh oleh mereka yg ngaku islam tapi islam cara UMNO, politik sekerat agama sekerat. Begitu juga hamas, bila dah menang US dan Barat terus endorsed. Hamas tu macam PAS la chek oii, Fatah tu UMNO la adik ooi. Gedoyok, aku letih la bingai, sengal oii. Nanti aku anta kau Tadika lah.

    ReplyDelete
  15. british luluskan penubuhan pas sbb takut tgk org melayu bersatu melalui umno. maknanya pas tu warisan tinggalan british la. anwar pulak anak emas amerika. kalau bahasa pun suka membongok kan org, maknanya diri sendiri adalah lebih bongok. tak belajar di tadika ke dulu?

    ReplyDelete
  16. salam,

    x kiralah umno dgn pas ke,fatah dgn hamas ke,kedua-duanya bsaudara..kalo x de bende penting jangan lah gaduh plak..
    tp kalo x salah pkr ni pon dlu dapat sokongan ratu elizebeth..emh memang la parti lain ni cuma diguna utk pecah belah orang islam..ish3

    ReplyDelete
  17. Gedoyok bongok, pas tertubuh setelah British Bapak kau keluag. Bacalah sejarah. Hang tak tgk NTV 7buat bancian, tanya berapa peratus yang sokong speaker Perak panggil mesyuarat tergempar sah atau tak sah. Jawapan nya 97 peratus kata sah. Tapi bakal PM kau kata tak sah. PM la dah bingai, PM nak mai bengap terus. Kau dah nyata dah. Parpukari dan wak sedaro senyap terus penyokong kapal layar Tun Mutahir.

    ReplyDelete
  18. Gedoyok kau tahu tak ada gereja melayu besar kat PJ. Dulu ustaz shamsuri ceramah isu murtad, 2 bulan masuk ISA. Hang kena belajar lagi Gedoyok. Hang boleh tanya Hamid Malabar.

    ReplyDelete
  19. kepada anon,

    utk pengetahuan memang british pon yang sokong penubuhan pas nie,pemimpin2 awl pas pulak pejuang yang berfahaman keras..

    tp wkt mula2 dulu diorang nie mulut memang baik..x de la maki hamun lepas tu tetiba guna ayat quran..x de la salah sangat tp x brape baik la kot...

    ReplyDelete
  20. Buat komen tak baca sejarah. British marah kat Dr Burhanuddin AlHelmi tapi dia minat kat Tunku sebab maaf cakap "Satu Penngajian Pondok". "mentalaah kitab yg sama". Senang nisbah utk org kebanyakan faham, Barat terima mereka yang rampas kuasa raja. Bila british nak letak pesuruhjaya british org melayu, Raja2 terpaksa sokong. Terus YUMNO Derhaka Raja. Dh Merdeka raja berpelembagaan, Tun Mutahir wakil barat kepala YUMNO rampas kuasa raja. Sekarang daulat raja dah hilang, Karpal nak saman, orang melayu dilagakan. Pemuda YUMNO buat lapuran polis siang malam. Kenapa dah nyosal atau memang satu lagi Drama UMNO talian hayat. Kupasan nya senang ba itu. Tak payah nak putar cakap macam utusan Meloya

    ReplyDelete
  21. betul tu one. aku malas nak kata kat anon ni. dia suruh org baca buku sejarah, padahal dia sendiri sejarah tak betul. mmg british yg luluskan penubuhan pas pada thn 1951 tu. ayah paklah sbg salah sorg saksi. takpalah. budak2 mmg mcm tu. apa yg dia tau.

    ntv7 buat bancian? kau faham tak istilah astroturfing ano? baik ko study dulu baru buat kesimpulan.

    ustaz shamsuri ceramah isu murtad masuk isa? rasanya anon 8.57pm tidak tau duduk perkara sebenar. takpa. study dulu betul2.

    ReplyDelete
  22. salam anon,

    yang british tentang tu hizbul muslimin 1948 bukan pas tp parti asal pas sblm msk umno n kemudian kuar pulak tubuhkan pas secara rasmi 1956, x rasmi 1955..
    cadangan 1951..
    baca la sejarah btol2..pasal yumno dgn mutahir tu aq x kenal..dlm buku sejarah tulis mutahir idup wkt zaman kesultanan melayu melaka..yumno ni satu lg parti yg sdare salah tngok dlm buk sejarah kot..

    ReplyDelete
  23. Baguih la tu ONE dan gedoyok dah mula baca. YUMNO tu MB haram Perak mamak sebut lorat mamak. Tun Mutahir pun ada idup lagi kat kubang pasu. Jangan lari tajuk Gedoyok dan ONE, siapa yg mula derhaka raja, sekarang ini aku tgk pemuda YUMNO dah bertindak over. Memang macam orang salah. macam tu tindakan nya. Sekarang Pas mintak tempoh damai, patut YUMNO sahutla. NTV 7 pun tunjuk rakyat tak suka dah pd UMNO. Rakyat yg memenangkan pilihanraya, bukan tak sampai 2 juta ahli YUMNO yg dapat bg menang. Berdamai lah, ekonomi negara pun tak elok, tol nak naik lagi. Anak bilis tangkap, Jaws lepas. Jatuh BN. Anak muda tertipu oleh penjajah (minda).

    ReplyDelete
  24. Gedoyok kena tanya sendiri Ustaz shamsuri kena ISA tahun 1999. Aku tanya sendiri. Itulah kata orang, ulamak kita kena dampingi. Jangan guna ulamak macam pakai gincu bibir. Aku tgk Nenek rafidah pun la ni dah buka Quran. Tudung tetap tak mau biasa lah Sisters in Islam. Ketuo Wanita kepimpinan melaui teladan. Saham yg kau pengerusi jgn ambik. Aku nasihat aja.

    ReplyDelete
  25. salam anon,

    ko ni btol ar,sbenanya ko orang pas ke pkr..sejarah pas pon tak tau lepas tu skang ni cakap psl sape derhaka dulu..
    kalo dato nik aziz jumpa ko abey la kne brainwash..orang atas2 PAS tu kemaen lg pjuangkan yang nizar x derhaka, tiba2 ko kata pasal sape derhaka dulu, yang cbuk main hal sape derhaka dulu penyokong pkr jer sbb diorang ni pon maen ptahan kan pakatan rakyat jer bukantau sangat pasal derhaka x nie..
    baru aq paham apsal ko asyik tulis bende bukan2 sejak tadi..bila masa plak pas kate bdamai,survey ntv7 pun ko maen komen jer..pasal umno tu ko sebuk nape..kalo rakyat makin suka umno PR gak susah..kes pemuda umno tu pulak kne phm la yang diorang tu da kne maki..retaliate la sket sekurang kurangnya x de sampai baling batu kt kete raja..kalo takat baring tgh jalan tu boley faham lg la..

    pelik la anon nie..tp nk bdamai aq mmg stuju skurang-rakyat gak untung...

    ReplyDelete
  26. Kalau bonar British yg lulus PAS, dah jadi adad orang putih lakon kunun nya atas nama demokrasi mesti ada parti lawan. Tapi British totap benci PAS sebab dia nampak bayang Hizbi islami. Bukan hanya Bapak PM sekarang yg tubuh Hizbi atau Pas, bapak aku dan banyak ulamak luar yang sokong Pas. Ulamak dah nampak UMNO berpelembagaan barat, condong barat, yamseng, ugama suku, liberal. Berbuak2 ulamak lari keluar YUMNO. Bukannya Pas akan lawan Raja sebab mereka yg ada dalam Pas amat faham firman Allah taat rasul dan UlulAmri. British dah dapat jangka matlamat tendang raja melaui Malayan Union tak dapat, satu ketika, YUMNO akan tendang Raja dia sendiri. Tahun 1992-93 aku tak ingat (harap Gedoyok boleh betulkan) Benda ini suram dalam hidup org melayu. Apa nak buek Wak benda dah jadi. Isu Matematik sains dlm BM pun agenda Penjajah juga. Byk org bangkang. Klu nak maju BI, boleh wajibkan Subject Sejarah ka Geografi ka. Matematik dan sains tetap BM untuk capai taraf Dunia BM jadi kaya bahasa. Utk (ONE) islam liberal ialah UMNO, bukan pembangkang. Dalilnya sisters in Islam di garap dan diberi pentas oleh yg berkuasa.

    ReplyDelete
  27. pertama kali aku masuk sini dah baco tulisan waghih kito ni emm buleh tahan so den akan terus bertahan kek sini syabas paneh terus mengupeh apo yg patut
    patut patut

    ReplyDelete
  28. kumpulan generasi baruMarch 1, 2009 at 3:23 AM

    wahai ano2 sekalian, sila baca artikel2 dlm label agenda asing dan sejarah dalam blog ini. mungkin boleh terbukak sikit minda tu. cakap berpusing2. pening kami hujah korang ni.

    ReplyDelete
  29. anon tu meroyan ko? dah lah tak konal tetibo buek kecoh..
    kurang kasih sayang agak eh..
    abah eh marin lupo nak bagi namo agak eh.. tu yang meroyan.. anak sapo lah agak eh tu..
    tok paneh.. kot dio meracau tak tontu arah biar an ajo... dio tak kacau org laie..
    kut dio terberak, terbaring tongah jalan jangan lupo panggil tok ompek.. biar polis antar ko tanjung rambutan..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive