Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, August 23, 2011

UMNO Kalah

Menelanjang polemik dan sikap ahli UMNO yang bakal menyebabkan UMNO kalah melalui Barisan Nasional dalam pilihanraya sejak 1994 hingga 2013 ialah:

1. 75% Ketua-ketua Bahagian yang terlalu lama menjadi Boneka dan Patung Mainan oleh pasukan duit, duit dan duit.

2. Apabila ada ahli UMNO yang cerdik, bijak, vokal, extrovert, ahli ini dicap sebagai Penentang. Sebenarnya Jawatankuasa Bahagian ramai yang bacul. Sembang aja kuat, bila nak buat tak de telo. Ramai yang pandir dalam Jawatankuasa Bahagian UMNO.

3. Apabila calon pilihanraya bukan kalangan Jawatankuasa Bahagian, walaupun dia Ahli UMNO totok, orang yang kerja kuat, calon ini akan dihukum "boikot". Inilah perangai hasad yang amat dikesali oleh Dr. Mahathir. Sebab itulah Dr. Mahathir kata dia gagal selesaikan urusan PEMUTIHAN UMNO.

4. Wakil rakyat UMNO baik ADUN mahu pun ADR, 75% tidak berkhidmat untuk rakyat dan tanahair. Mereka lebih mementingkan perut, tembolok dan hasil mahsul sebelum "dikafan" pada pilihanraya akan datang atau dikafan semulajadi (boleh la duit untuk waris-waris)

5. Ahli UMNO berdaftar tidak sangat dihargai oleh Ketua Bahagian pun. Andai ada cawangan dalam Bahagian yang dilihat boleh cabar wibawa dan ketrampilan Ketua Bahagian atau Jawatankuasa Bahagian, maka akan lahirlah dalam kalangan kumpulan tertentu "KAKI HASUT, KAKI ADU DOMBA, KAKI BAKAR, KUCING KURAP, ANJING MENYALAK BUKIT, MENGKARUNG LIDAH BERCABANG, SESUMPAH, KAKAK TUA, BURUNG BELATUK" yang peranannya melingkupkan kekuatan-kekuatan yang ada. Hari ini, yang ramai masuk PAS ialah kalangan mereka yang kecewa dan tersisih. Daftar PKR juga kalangan ahli UMNO yang dimeterai sebagai Pelampau UMNO.

6. Sabotaj dalaman UMNO cukup kuat dan hebat, mengalahkan Zionis. Tukang karut punyalah ramai. Thinkers cuma beberapa kerat. Buktikan, mana satu Bahagian UMNO dalam Malaysia yang wujudkan "Thinker Team", dan "Min Yuen Team".

7. Ahli UMNO masih marah dengan Pak Lah sebab izinkan Khairy Jamaluddin, menantu kesayangannya bertanding tiket Naib Ketua Pemuda UMNO. Akhirnya, misi Kj sebagai Ketua Pemuda berjaya. Tahniah dan Syabas kerana saudara Kj berjaya membuktikan peribahasa Kaduk Naik Junjung. Kekuatan Pemuda UMNO hanyalah pada kisah sedih dan fiesta. Akademi Pemuda UMNO langsung tiada operasi nyata. Pemuda UMNO menjadi kelompok borjuis dan elitis yang akhirnya dilihat amat BODOH oleh anak-anak Cina dan Keling.

8. Apabila pilihanraya Orang UMNO yang tidak sebulu dan setuju dengan pilihan Presiden parti akan menjalankan 'Ops Tomahawk'. Siapa yang boleh di'bom' serta dipelingkup akan dibuat tanpa rasa hormat dan bersalah. Inilah nasib yang dialami oleh mantan Setiausaha Politik 1 kepada YAB Perdana Menteri ke-5, Dato' ManDes dan Setiausaha Politik 2 kepada YAB PM, Dato' Hasbullah Lebai Isa. Tiada dalam mana-mana sejarah tamadun politik yang seorang paling kanan kepada Perdana Menteri tersungkur di lembah "political corruption mind". Perkara yang sama direncana di Jerlun, tapi Allah beri rezeki pada Mukhriz Mahathir lagi.

9. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri ialah Pengerusi Barisan Nasional. Maka, lawannya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Pengerusi PKR Negeri, atau pun Pengerusi DAP Negeri. Soalnya mengapa isu-isu kecil dan terpencil tidak mampu diselesai secara penuh hikmah? Kes seperti Nelayan Sungai Lereng di Klebang Melaka, mereka ini Totok UMNO, tetapi mengapa dikelas ketigakan isu PERIUK NASI mereka? Kes seperti Geran untuk Melayu di Kg. Raja, Cameron Highlands sudah larut 40 tahun, mengapa tidak diselesaikan? Sedangkan geran tanah dan kebun untuk Cina di 11 buah Kampung Baru sekiar Cameron Highlands boleh dibereskan segera? Dan mereka ini sahih, "KOMUNIS" dek kerana Briggs Plan 1950 dulu, mereka dilonggok di Cameron Highlands?

2013 atau kurang daripada tempoh tersebut, ialah fenomena biasa jika berlaku pilihanraya. Yang menjadi luar biasa ialah apabila Kelantan UMNO menang, NSDK BN kalah, Melaka BN bungkus, JOHOR BN telur hujung tanduk, KEDAH BN menang, PERLIS BN menang, Pahang BN kalah, Perak BN kalah, Pulau Pinang BN kalah, Sarawak BN kalah, Sabah BN memang, WPKL BN kalah. Agak-agak siapakah Perdana Menteri Malaysia? Melayu Plural-Liberal-Freemasonry-Syiah-Khawarij? Atau Cina Komunis? Atau Keling Komunis-Sosialis-Athies-Freethinker? Ataupun Paderi Kristian?

Apakah umat Melayu yang kini Profesional, Teknokrat, Ilmuan Besar, Pemandu Lori, Kaki Pukul, Gangster, Kongsi Gelap, Ahli Agama Hebat etc. telah berfikir tentang Obor dan Cokmar Kuasa Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1957 boleh nguyup ikut suka hati pemikir-pemikir biawak hidup yang bergentayangan dalam peperangan pilihanraya berkenaan?

Presiden UMNO/Pengerusi BN buat istiharah sebanyak mungkin. Pergi umrah, bertawassul depan Baitullah mohon petunjuk dan ilham untuk Pilihanraya Ke-13.

6 comments:

  1. Memang elok bonar la kalah nanti,,,den setuju tu,kito belajar jadi pembangkang pulak,,, dah lamo bonar kito perintah ni.Lagipun kuasa pemerintahan ni tak boleh nak jadikan pusako pulak do.sapo setuju,,angkat kaki,,hee,hee,,

    ReplyDelete
  2. Bang Paneh,
    Marah bonar sampai berapi-api tulisan eh. Kato oghang.."Sayangkan anak tangan2kan..Sayangkan UMNO tegur-tegurkan". Tapi ghaso den lah..tak makan tegur dah..jadi kenolah terghantuk baru tengadah. Udah nasib..

    ReplyDelete
  3. Komisyen tak dapek la,,duit dah abih boli cincin,,hee,,hee,,

    ReplyDelete
  4. ketua2 bahagian (dan yg kat atas nun) yg baca tulisan ni akan senyum kambing je, tak beri kesan pun...hati dah karat dgn duit dan projek. Lantak pi dgn orang lain, janji aku kenyang. Setuju dgn zaidi, bila terghantuk baru tengadah.

    ReplyDelete
  5. Ada pendapat mengatakan bloggers melayu ada kem. Samada Penyokong BN/PKR/DLLN.
    Apa pun jika anda beranggapan dan masih memakai nama dan mengakui anda melayu, anda adalah sebahgian dari keseluruhan bangsa melayu yang akan dikuburkan selepas pru13 jika melayu terus bersikap seperti anda. Orang lain semuanya salah diri anda maksum melakukan sebarang kesalahan.

    ReplyDelete
  6. Anon 6.03pm,,,
    Ada jugak pendapat mengatakan bloggers melayu ni tiada kem,,bergerak solo.Samaada penyokong BeeEnd,PKR,PAS,DAP.
    Apa pun jika anda mengaku melayu dan berjuang d landasan bangsa melayu semata2,PERCAYALAH perjuangan yg berlandaskan bangsa ni tdk akan kemana,perjuangan dan SEBAHAGIAN dari kalangan anda akan d TALKINKAN selepas PRU13 nt jika melayu bersikap seperti anda.Kunun2nya anda maksum,orang lain semua salah.

    ReplyDelete

Blog Archive