Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, August 15, 2012

Mencabar Majlis Profesor Negara

Hipotesis apa yang diguna pakai oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dalam memberi ulasan ke atas segmen hujahan mereka? Antara Najib, Anwar dan Nik Aziz?

Apakah MPN menggunakan pendekatan soalan akar iaitu Integriti Personaliti Kepimpinan dan Kepemimpinan? Apakah MPN mengadakan hipotesis perkiraan kemenangan bersandarkan soalan-soalan tentang Kredibiliti, Kepimpinan, Skandal, Integriti Insani, Integriti Parti Politik, Integriti regime dan regimental kepemimpinan mereka?

Apakah kutipan input soal-selidik MPN berkisar kepada kumpulan kecil atau nukleus yang berkepentingan memberi jawapan spesifik kepada Najib, Anwar dan Nik Aziz?

Pak Sedaro takdo lah, PhD bergulung-gulung. Tapi mengikut pengamatan dan kajian kawasan tertentu misalnya di Kubang Pasu, Pekan, Kepala Batas, Pagoh, Merlimau, Permatang Pauh, Kota Bahru, Johor Bahru, Kangar, Ipoh Barat, dan Kuching dengan perkiraan hipotesis yang sama dengan MPN, jelas jawapan mereka jauh tersasar sama sekali.

Majlis Profesor Negara punya 3 orang Profesor Ulung. Cuma yang benar-benar memasuki ilmu bidang kesarjanaan Ulung ialah anak Pilah, Dr. Shamsul Amri Baharuddin. 2 lagi boleh dipertikaikan martabat keSarjanaan mereka.

Daripada kacamata rakyat awam yang hanya ada SRP/PMR, SPM, STPM/Matrikulasi, Sarjana Muda, mereka melihat koleksi input dan dapatan bahan info yang tidak melambangkan kemenangan BN. BN dilihat menang pada fizikal dan bukannya pada perspektif metafizik.

Andai hipotesis MPN ini berwibawa dan kajian MPN ini tidak boleh diragui, Pak Sedaro fikir amat wajar MPN buat sebuah Kertas Referundum Rakyat untuk Kajian Impak Integriti Kerajaan Barisan Nasional berasaskan kepemimpinan Najib Razak vs Kerajaan Bayangan Pas+DAP+PkR berteraskan kepemimpinan Hadi Awang, Karpal Singh dan Wan Azizah berdasarkan autoritinya Presiden Parti Masing-masing. Kemudian ditimbang tara dengan Kertas Kajian Khas De Facto Parti Siasah masing-masing jika ada misalnya Lee Kwan Yew (DAP), Nik Aziz Nik Mat (Pas), Anwar Ibrahim (PkR).

UMNO pula mungkin "VETERAN-VETERAN UMNO yang berteras Jawatan Tertinggi seperti Tun M, Tun A, Tan Sri Aziz Tapa, dan ramai lagi yang hidup.

Pecahan rakyat sebagai sampling ialah pandangan 1 juta orang pengundi berdaftar daripada 222 Kawasan Parlimen. Bukan main hentam jemput dan cekup/tangkap muat saja sampel kajian. Bukan juga daripada kajian sekunder dan jurnal-jurnal terdahulu. Bukan juga daripada semangat dalaman dan simpati masing-masing. Barulah Kajian Majlis Professor Negara tidak boleh dipertikaikan.

MPN harus ingat, yang dikaji dan diperihalkan ialah bukan soal siapa manusia itu, tetapi soal KUASA. KUASA menentukan kepentingan rakyat. KUASA memberi gambaran sebenar bagaimana pemerintahan diamal dan dizahirkan melalui Najib dan kumpulannya.

KUASA Syiah, KUASA Komunis dan KUASA Freemason memberi gambaran bahawa Malaysia akan hancur binasa. Malaysia daripada sebuah Persekutuan, bakal bertukar kepada Republik andai 3 kuasa itu dibiarkan berleluasa. Malaysia yang asalnya sebuah Negara Islam, bakal menjadi sebuah Negara Percaya Tuhan Pelbagai. Malaysia asalnya daripada sebuah Negara BerRaja, bakal menjadi "BeRaja Di Mata, BeSultan di Hati".

Pak Sedaro cabar wibawa kajian keSarjanaan Majlis Profesor Negara. Ibarat bidalan yang dinukilkan oleh Abdullah Munshi "Laut Yang Dalam Terokalah dengan Hikmah, Manusia Yang Kelam Berbahasalah dengan Ihsan, Rakyat yang Perlu Bersuluh Berpesanlah dengan Kalimah, Kuasa BerKeRajaan diamallah dengan Amanah."

1 comment:

  1. Tak perlu nak construct hypothesis pun utk kajian public opinion ni. Based on the rakyat opinion pun dah boleh buat andaian. En kalau tak faham pasal public opinion poll tak yah la komen.

    ReplyDelete

Blog Archive