Umat Islam Perlu Ambil Bahagian dalam Pembangunan Ekonomi pesan Muhyiddin Yassin. Kenyataan berasas dan mulia. Namun, realitinya ialah:
1. Sebutkan mana satu institusi kewangan dan perbankan Malaysia yang mengota Janji untuk bantu usahawan Muslim di Malaysia?
2. Apakah Lembaga Zakat Negeri yang ada dan Baitul Mal menyambut faham yang sama?
3. Berapa ramaikah usahawan Muslim yang berjaya dibantu oleh sektor kewangan Negara?
4. Usahawan Muslim di Malaysia masih memerlukan sokongan kewangan yang besar daripada Pengurus Kewangan Berlesen, apakah Janji Di Tepati?
5. Siapakah boleh beri jawapan lebih berasas, mengapa "kemut" sangat sektor perbankan dan kewangan berlesen hendak beri pinjaman keusahawanan kepada umat Islam?
6. 80% Pegawai Pengawal Pinjaman ialah orang Melayu-Islam, tapi kebanyakannya suka Makan Duit Haram, sanggup bergelumang dengan Perkara Haram, Tiada Integriti bahasa orang kampung sekarang?
7. Apabila ada peluang Direct-Nego, maka, yang pasti dapat ialah Dewata Qadin Ahli Politik, walaupun projek itu akan jahanam, tak kiralah siapa pun dia. Lagi syok dia pakai baju Tun ke, Tan Sri ke?
8. Adakah diadakan Kajian Persekitaran berapa ramai usahawan Melayu di bawah umur 40 tahun dapat bantuan kewangan sebaiknya, dalam bentuk Geran, Pinjaman Mudah, Pinjaman Berjangka, Pinjaman Secara Factoring sebagainya?
9. Apakah maknanya jika banker Melayu lebih sudu dari kuah? Boleh nak beri pinjaman, tapi kau beri aku makan dulu boleh...makan duit kau, betina, golf, arak, judi, shopping, joli katak di luar negara, bayar housing loan, bayar installment kereta, tukar rim, laptop rosak, kereta anak accident sebagainya...! Banyak skrip-skrip BIADAB pengawal kewangan ini kalau nak luluskan PINJAMAN...apakah Muhyiddin sedar bab ini?
10. Paling seronok, di akhir persoalan semuanya, Mesti orang bertanya..kalau 1 hingga 9 ini, berlaku kenapa tiada laporan SPRM? Siapa nak jawab? Apakah dengan membuat laporan SPRM boleh selesai dalam masa 24 jam? Usahawan ini perlu bisnes, untuk cover isirumah dan mungkin pekerja? Ada yang terpaksa suap lebih 1000 perut, andai 1000x2 maka ada 2000 perut berpayung dengan hasil usahawan ini. Sesungguhnya lingkaran kepentingan bisnes bukan dalam gandaan 2, ianya akan berganda 4 setiap satu bisnes. Dan dari 4 akan berganda 16. Sistem ini telah dikaji oleh Al-Khindi dalam ilmu statistiknya, sebab itulah Hukum Pengkamiran penting.
Sukalah Pak Sedaro menegaskan Malaysia ingin melihat wujudnya Tsumani Usahawan Muda Melayu Islam seramai 100,000 orang dalam masa 2 tahun, maka, semak semula semua bentuk piagam pinjaman dan pembiayaan di sektor bank dan kewangan. Mungkin Perbendaharaan (dengan kredibiliti Ketua Setiausaha Perbendaharaan baru, Dr. Irwan Serigar Abdullah - PTD secara lantikan (kaedah-kaedah perjawatan awam) sejak 1984) kena buat Sistem Flying Squad Usahawan Muda iaitu Perbendaharaan sebagai Debentur dan Penjamin Usahawan, duit yang diguna akhirnya boleh menerbitkan pulangan kerja dan ekonomi sebanyak 15 kali ganda setiap kitaran pinjaman (tak mustahil)!?
tak paham la.mano paneh,chedin,islah???apasal tak nulih lagi???bosan tul la den asik baco pak sedaro ni.
ReplyDeletependedahan paling berani dan bernas. kakitangan TERAJU pun begitulah juga. berjanji pandai,bagi harapan jangan cakaplah.... setinggi gunung . tapi bila nak proses paper janji tinggal janji....lagi teruk perangai dari orang politik.harap pm atau tpm peka dan ambil perhatian..... jgn rosakkan imej agensi bangsa melayu hanya kerana ada seekornlintah didlm organisasi ini
ReplyDeletebro cicit kamat. isu yg diutarakan ni sangat bagus kerana ia adalah cermin kepada permasalahan usahawan kecil melayu hari ni. mmg impak direct kepada kehidupan rakyat khususnya umat melayu yg masih terkapai2 nak bersaing dgn kaum kiasu. cuma kalau tulisan ini disampaikan dgn cara yg lebih mudah dan berkesan, punch line tepat, pasti ia akan beri impak dan perhatian pembaca dan akan banyak komen membina. mungkin bro cicit kamat boleh belajar dengan paneh cara menulis yang berkesan. tak guna point bagus kalau orang yg baca tak dapat hayati dan tak sampai maksud yg ingin ditujukan.
ReplyDeletekepada bangsa Melayu di semua agensi samada kerajaan atau swasta, simpanlah sikit perasaan syg pada bangsa sendiri. kalau bukan bangsa sendiri yg nak tolong anak Melayu...siapa lagi?
-tom tem bak-
Pendapat den gomen bagi ajo geran kek usahawan melayu.. X perlu proposal... Buat style dewan perniagaan cina... Kalau nak apply bank usahawan melayu ni tk pandai buek proposal... Namo meniago tapi P&L dan B&S yakni kedudukan kewangan sendiri pun tktau... Poning kepalo pegawai nak rekemen... Last2 pegawai yg tolong buekkan koteh kojo... Kut camtu baik pegawai ajo yg meniago jadi usahawan...
ReplyDeleteDen bukannya apo.. Sekadar nk bgtau yg apek & nyonya pun pandai buek proposal... Sopan lak tu.. Usahawan melayu lak baru hantar solai korteh dah tanyo bilo buleh keluar duit? Nak meminjam pastikan tahap minima ilmu meniago tuh kono ado..
Nasihat den bg ajo la geran... Tabur yo duit toruih kek ushawan melayu... Buleh boli keto baru atau nikah baru....