Perbezaan Ahli UMNO dengan Orang UMNO terlalu banyak. Sesuai dengan petikan 100 perkara yang Mesti Di Laksana oleh Ketua UMNO Cawangan oleh Almarhum Dato' Ihkwan Nasir, Setiausaha kepada Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, semasa Allahyarham Dato' Mohamed Rahmat beramanah sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Gerakan 100 perkara ini sedang diselia baik semula oleh Ahmad Maslan, Pontian kerana dia seorang Orang UMNO bukan Ahli UMNO.
Ahli UMNO ialah orang yang tidak taat setia dan boleh lompat parti, Orang UMNO ialah orang taat setia dan tidak akan berpaling tadah kepada mana-mana parti politik, walaupun di beri subsidi, opsyen, nafkah sebanyak RM1 billion sekali pun.
Ahli UMNO ialah orang yang tidak faham pengertian Perjuangan Memerdeka Tanahair secara Alif, Ba, Ta kerana tidak mahu mengerti Objektif dan Matlamat Undang-undang Tubuh UMNO, manakala, Orang UMNO ialah orang yang arif perihal Agama, Bangsa dan Tanahair dan faham bebenar makna tersirat dan tersurat UMNO daripada akar ke buahnya.
Ahli UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh partai siasah manipulasi Freemasonary bermula daripada DAP yang lahir daripada falsafah Sosialisme bertarikh 30 April 1930, mahu pun Syiah yang diterbalik oleh kelompok luar akar akustika Dr. Burhanuddin Al-Helmy pada 1974 dan kelompok 1998 iaitu simpati Anwar Ibrahim, akhirnya bercita-cita untuk menelanjangkan segala rahsia-rahsia besar Negara kepada masyarakat Antarabangsa, khasnya Amerika Syarikat.
Manakala Orang UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh mana-mana partai siasah, mahu pun pertubuhan bukan kerajaan, atau perseorangan mereka tidak akan mungkir perjanjian antara Rakyat dengan Raja Melayunya.
Ahli UMNO ialah orang yang hanya tahu perut, tekak, seleranya terpelihara dan dipelihara, manakala, Orang UMNO ialah orang yang sanggup berjuang atas nama Jihad Fisabillillah dan berteraskan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Ahli UMNO begitu ramai dalam UMNO semasa, manakala Orang UMNO begitu minoriti dan ramai yang tidak mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Ahli UMNO begitu ramai dalam gelaran dan pangkat bergelar dari Istana Raja-raja Melayu, manakala Orang UMNO tidak jelap/hadap untuk menerima sebarang kurnia gelaran dan pangkat gelaran dari Istana.
Ahli UMNO begitu ramai yang sanggup membunuh kesantunan dan kesusilaan rakyat tanpa integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia, manakala Orang UMNO akan sentiasa memperteguh, memperkaya, memperkemas dan menaik taraf ilmu dan amalan kesufian bertamadun dengan fahaman Integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia.
Pesanan Pak Sedaro kepada Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, nafiri yang sedang ditiup ialah pencarian calon berteraskan Orang UMNO bukan Ahli UMNO. Andai Orang UMNO, maka akan kembalilah roh perjuangan seperti yang dibawa oleh Almarhum Za'aba, Dato' Wahab Panglima Bukit Gantang, Tun Dr. Ismail, Bekas IG Tun Salleh, Bekas PAT Tun Ibrahim, Tun Sardon Jubir, Tun Jaffar Albar, Tun Razak, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Almarhum DYMM Tuanku Abdul Rahman, Undang-Undang Luak Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol (yang dipedaya Inggeris pada 1946 termasuk Almarhum Dato' Kamat Haji Sulaiman), Sheikh Abdullah Fahim, Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Muhammad Ali Al-Attas, Dato' Onn Jaafar, Almarhum Tuanku Muhammad, Sir Raja Chulan dan ramai lagi kalangan bangsawan, istanawan, ilmuan dan agamawan.
Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu CLEAR soal Program Transformasi Politik UMNO khasnya. Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu SETTLE soal siapa "kacang lupa akan kulit", "baung dalam sangkar", "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "musuh dalam selimut" dan "musang berjanggut".
Ingatlah pesanan Orang UMNO 11 Mei 1946 yang bersidang di Istana Bukit Serene, seorang yang bernama Haji Ahmad Fuad (Pulau Pinang) dan seorang bernama Salleh (Batu Pahat). Mereka berpesan pada kalam yang sama "bahawa Pelanduk sering lupa akan Jerat, namun yakin dan pastilah bahawa Jerat tidak pernah lupa pada Pelanduk".
PEMIMPIN UMNOLAH YANG MENGGADAI HAK MELAYU
ReplyDelete7 OGOS — Puak ekstremis dalam Umno telah menghasilkan satu video clip Ianya sudah tentu ditayang diserata tempat Penyibaran video clip ini tentu mengundang jawapan Kalau Umno bersedia menyiarkan video clip tersebut maka mereka juga harus bersedia untuk menerima tentangan Mulai hari ini kita akan mendedahkan hipokrasi Umno dan presiden Umno yang telah membeloti bangsa Melayu Kita akan jawab satu persatu pembohongan dan hipokrasi Umno Siapa kawan baik Najib Towkay George Kent — seorang Cina Malaysia Hari ini sudah terbukti bahawa Najib lah yang campur tangan supaya George Kent yang gagal pra kelayakan teknikal dan komersil mendapat kontrak RM1 billion lebih tersebut Towkay inilah juga yang dikhabarkan membroker projek dwi jajaran double tracking dari Gemas ke JB Bukankah pemimpin Umno yang merosakkan bangsa Melayu Melayu tetap Melayu dan Umno hanyalah suatu diantara beberapa wadah perjuangan orang Melayu Apabila wadah Umno sudah rotten to the core maka bodohlah orang Melayu jika masih mahu bersama Umno Siapa kawan baik Rosmah Low Teik Jho Robin Tan Desmond dan Cindy Lim Semua Cina Malaysia Orang atas sekongkol dengan Cina bikin wang banyak dan bersuka ria rakyat bawahan dianjur supaya bergaduh dan berlawan.
Untuk maklumat lanjut sila baca berikut:
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/benarlah-umno-itu-sudah-rotten-to-the-core-sakmongkol-ak47/
Salam,
ReplyDeleteCiri ahli umno ialah, mereka hidup dalam serba kemewahan hasil menjadi ahli umno dan berdamping dengan ahli2 umno berjawatan besar. Mereka akan pertahankan parti/ ahli berjawatan bermati-matian walaupun sedar apa yang dibuat oleh individu dalam parti itu jelas salah.
Orang umno kebanyakannya yang tinggal kini ialah veteran yang dah tak aktif dalam politik, mungkin kerana kecewa atau kesihatan yang tak mengizinkan (macam atok aku). Hidup biasa2 hingga orang pun tak pandang sangat. Dia juga selalu cakap tentang umno yang dah rosak (mcm tun selalu cakap). Bila aku cucuk jarum, kenapa tak sokong PR. Jawapannya :- Ko tak tau, jasa umno dan perjuangan amno dulu (memang atuk aku ni teruk kena lanyak jopun dulu). Sedih la pulak aku dengan orang tua ni. Setianya kepada umno walaupun tahu umno dah rosak. Nak kata umno ni bagi kemewahan pada dia, tak jugak.
Apapun, bagi aku, atok aku tetap pejuang yang asli dan ORANG UMNO yang sejati. Antara yang masih hidup.
ps. yang buat aku bangga, KM tetap hormati atok aku dan tak lokek keluarkan duit dari poketnya bila jumpa atok aku yang bernama Abdul Hamid Bin Muhammad (Melaka).
UMNO kalau diulas sampai melangit baik e pun kalau ahli e tak berguno, hampehlah jadi e. UMNO nama badan yang berjasa, tapi ahli-ahli e yang rosak, hampeh lako. Tak habih2 nak projek, projek, lopeh tu bilo dapek projek, keluarlah MERZ e, bolagak pulak kehulu kehilir, Bila projek habis, mercedez tu pun hanyut ontah komano. Itulah deh orang UMNO.
ReplyDeleteKito ganti orang baru lak jadi AJK UMNO ni, apo macam brother2. Mad Hassan pun kito tukar kali ni.... tak boguno langsung... apa nak jadi tu, orang nak jadi MB, dia pun nak jadi MB, tapi....hancuih..
ReplyDeleteSalam...Camni ajolah,
ReplyDelete1. Kok Tun Mahathir pun dah cakap UMNO ni dah busuk sampai ke ulu poghut, apo kito nak buekan. Tak dapek kito nak nolong do.
2. Cakap banyakpun den dah lotih litak dah ni. Mako, kito konolah sobulek kato dan tindak. Usahlah kito banyak gaduh sosamo kito laie. Takdo paedah e. Bulat air dek pombotung.
3. Bak kato pobilngan: "Naik bojonjang, tughun botanggo". Masa PRU 13 sok, kito ghamai2 bagilah deh rehat sebatikal kojap. Tak lamo - 4-5 tahun. Biar UMNO muhasabah cuci diri dulu.
4. UMNO, parti yg dah momentah paling lamo dlm dunio. 54 tahun. paling handal dah tu. Apo nak laie. Jadi, dek tolalu lamo, konolah cuti sabatikal kojap.
5. Oghang Melayu konolah bojiwo godang, boghani dan sedio terimo cabaran. Maghi kito bagi poluang kek PAS & PKR pimpin oghang Melayu pulak. Tun Mahathir dah cakap, oghang Melayu nang coghodek2 sumo dah masuk PAS/PKR. Jadi, eloklah kito cubo pulak, camno.
6. Kok tobukti PAS/PKR tak buleh pimpin oghang Melayu, bulehlah UMNO naik semulo. Masotu, pomimpin UMNO tontu nang dah handal2 dan elok2 bolako. Haa... baghulah UMNO handal semulo peghintah negagho 50 tahun lagi...
Haaaaaa... Apo macam?
Tajuk Berita Harian:
ReplyDelete"Orang tengah sewakan kepada peniaga luar RM30,000 sebulan
Kuala Lumpur: Orang tengah yang menjual ‘tapak bazar Ramadan VIP’ di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid India, di sini dipercayai mampu memperoleh keuntungan atas angin sekitar RM4.5 juta hingga RM9 juta. Jumlah berkenaan berdasarkan anggaran 300 tapak bazar Ramadan termasuk berstatus ‘VIP’ disewakan kepada peniaga lain dengan harga sekitar RM15,000 hingga RM30,000 sepanjang Ramadan ini".
Agak-agaknyalah... nak buat hal ni, ahli umno atau orang UMNO? he he he...
TUNKU ABDUL RAHMAN MENINGGAL DUNIA BUKAN SEBAGAI AHLI UMNO..
ReplyDeleteTUN HUSSEIN ONN MENINGGAL DUNIA, BUKAN SEBAGAI AHLI UMNO
UMNO ASAL TELAHPUN DIBUBARKAN PADA TAHUN 1988. JADI, UMMNO KINI BUKANLAH UMNO ASAL LAGI...
TUN DR MAHATHIR TUBUHKAN UMNO BARU, KEMUDIAN KELUAR UMNO, KEMNUDIAN MASUK UMNO SEMULA...
KALAU BEGITU... SIAPA AHLI UMNO, SIAPA ORANG UMNO?
orang umno telah pun pupus bersama pengharaman parti umno oleh makamah yang ada hari ini adalah ahli dari parti haram yang di jajah pemikiran nya oleh pemimpin haram dari parti yang telah di haramkan.mereka ini adalah melayu baru yang di ciptakan oleh dr m.
ReplyDeleteBRO APO MAT SABUN ASKAR YANG BERSARA TAPI TAK BERPENCEN DAPEK, KOK TAKDO MAT SABUN TAKDO UMNO SONANG LENANG CAMNI DO. PAYAH BONA KO NAK BORI PENCEN MACAM MACAM ALASAN DEN DONGAR DOKTRIN BRITISH MASIH DIGUNO PAKAI LAGI TU LAH JADI EH DAH 55 TAHUN MERDEKA UMNO MASIH BANGANG DAN BUNGKO BUEK KIRO2 SIFIR UNTUK MENJAGO KEBAJIKAN ANAK BANGSO YANG PONAH BERKORBAN SUATU KETIKO DULU, PRESIDENT PERHEBAT DAN VETERAN DOK DUN DUN CHEI LOBIH.....TAKDO KLOPIR CAMMANO PUN BERBANYAK TERIMA KASIH DAN TABIK SPRING UNTUK DATO PRESIDENT CEUPAC YANG BANYAK MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN ANGGOTA DIBAWAH NAUNGANNYA TU BARU NAMO PEMINPIN BERJIWA RAKYAT
ReplyDeleteMana ada lagi orang UMNO dalam UMNO.Yang tinggal semuanya ahli UMNO termasuk presiden.
ReplyDelete