Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, August 1, 2012

Bongkalah...Kelab Melayu Negeri Sembilan!!!


Asrama Permai di Hospital Bahagia. Hotel Permai di Terengganu. Motel Permai takdo laie (kok elok boleh didirikan di Negeri Sembilan), amat cantik kalau Kelab Melayu Negeri Sembilan dapat menyembah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk menjayakan Agenda Bangsa Melayu.

Sebuah Motel bertaraf 5 bintang yang menawarkan intisari makanan Negeri Sembilan daripada 9 Luak amat sesuai dijadikan Bahan Pelancongan dan Aset Berganda Industri Pelancongan Antarabangsa. Pemikiran kreatif, kritikal, berinvovasi amat perlu dicanai dengan baik, agar Agenda Memakmur Kekayaan Belia Melayu melalui Kelab Melayu Negeri Sembilan atau Persatuan Belia Melayu Berwibawa Negeri Sembilan atau Kelab Kesatria Melayu Muda Negeri Sembilan boleh menjadi "champion" dan key success factor.

Ramai anak Negeri Sembilan belajar tinggi melangit, nang kayo melamboh-melambak, nang Dato'/Tan Sri pun dah banyak, yang takdo ialah kesatuan tabungan WAKAF sebagai alat memakmur mekanisme kekayaan.

Sudah masanya dicanang dan dijaja idea penuh hikmah iaitu Dana Wakaf Ekonomi Negeri Sembilan yang boleh dijadikan asas pembangunan pelbagai industri berteras ekonomi yang boleh diperjuangkan oleh Kelab Melayu Negeri Sembilan. Makanya, bila mana Seremban menjadi Majlis Bandaraya Seremban, maka, peranan Dana Wakaf Ekonomi Negeri Sembilan bakal menjadi input NKRA Kerajaan melalui kekuatan pasukan Kelab Melayu Negeri Sembilan atau yang seberani nama dan identitinya.

Bangkitlah Kelab Melayu Negeri Sembilan! Kembalikanlah zaman kegemilanganmu. Osah lamo bonar leno eh...

5 comments:

  1. jangan hentam kromo bro. Kelab Melayu NSDK sedang bergerak laju dari segi menghebahkan bahaya kristianisasi yang di bawa oleh DAP dan di sokong penuh dengan membabi buta oleh PAS dan PKR. Tetapi cadangan wakaf tersebut baik, cuma pelaksanaannya adakah mampu ajk Kelab Melayu LAksanakan ataujalankan ,maklumlah Melayu ni yang kayo kurang nak nyumbang,yg berpangkat heboh nak naik pangkat laie.Apo2 kito mesti;lah istiqamah didalam perjuangan ini, umpama PAs yang istiqamah nak memndirikan negara Kristian bersama DAP dan menghidupkan semula komunis yang s/u agongnya Mat Sabu

    ReplyDelete
  2. Bagus tu buat Fisabilillah. Kelab Melayu dah masanya Gerak Kerja Wakaf Ekonomi (tak mestinya AJK).Rugi bertagak-tagak, laksana terus.

    ReplyDelete
  3. MB nsdk kenalah bantu dan berI perhatian pada kelab melayu,ingatlah kalau bukan org melayu yangt sokong awak sapo lagi. Janganlan bila org nak tolong bantu awak(MB) suruh tinggalkan dokumen kek pondok jaga.

    ReplyDelete
  4. Memang layak KMNS ini dibantu sobab pengerusi dio pun ado cito2 tinggi nak jd Yb tp ghoman tak semonggah. Dah kono pocat sebagai SU PEMUDO UMNO SEREMBAN eloklah buek kojo di KELAB MELAYU tu. Nak jadi loyer pun dah macam bangang yo. Orang pun dah meluat.

    ReplyDelete
  5. Assalaamu'alaikum wrbth...berminat nak jadi ahli ni ..boleh ke sebab saya tinggal di sepang

    ReplyDelete

Blog Archive