Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara mesti sudah berkira-kira untuk menyiapkan pasukan pelapis dan pendua Kontijen Malaysia ke Olimpik 2016. Semua Majlis Sukan Negeri mesti sudah bersiap-siap untuk menyediakan atlit Mencipta EMAS 2016.
Bukan masanya beralasan, perlu belajar daripada kesilapan. Belajar daripada kekalahan. Integriti Atlit kita sebenarnya tidak cukup menepati istilah SEMANGAT JUANG DAN JAYA DIRI yang tinggi seperti atlit China, Jepun, USA dan Germany. Kalau mencari kesalahan, sudah berbukit-bukit kertas kerja bersifat White Paper, Blue Paper dan Red Paper. Pembentangan atas pembentangan, lebih 1 kontena kertas menjawab dan terpaksa jawab. Namun, kekuatan metafizik atlit kita MASIH LEMAH, LESU dan LEWEH...
Manusia seperti Ratu Squash mungkin belum ada pengganti. Chong Wei sudah patut ada pendua mahupun pentiga. Pasukan bolasepak sudah wajar ada pendua sejak tahun 2000. Skuad memanah, menembak juga perlu ada pendua. Latihan bertubi secara latih tubi, latihan profesional sehingga mereka di bayar gaji profesional perlu ada. Kementerian Belia dan Sukan tidak perlu sibuk mengajur perayaan demi perayaan. Sambut ahli sukan macam sambut Dewata Raya. Ahli sukan kena belajar bagaimana untuk merasa diri dihormati dengan memberi darjah penghormatan palilng tinggi dalam sukan masing-masing.
Sejak 1996 lagi, MSN gagal merancang kejayaan. Saringan atlit di peringkat negeri berasaskan diskriminasi, bukan prestasi tahap tinggi. Majlis Sukan Negeri tidak memartabat Integriti Sukan Mutu Tinggi pada "mizan" sebenar, natijahnya wujud sekian banyak sekolah sukan. Tapi mana ahli sukan yang boleh diketengah sebagai "World Competitive Sportman"!
Ambil contoh, bowling alley di Paroi Jaya selepas Sukma NSDK, kita jadi sarang Jin. Lingkup sebuah premis, yang pastinya tidak kurang RM 5 juta terkorban di sana. Lapang sasar Bukit Galla, dulunya lokasi Tapak Latihan Menembak Rejimen Askar Wataniah 508, kini dengan fasiliti yang bersawang dan jarang-jarang guna pakai, maka, nampak begitu daif ibarat "habis madu sepah di buang"...
Emas Olimpik 2016 mesti dicipta melalui ilmu Sukan dan Semangat Kesukanan. Mental yang kuat, Fizikal yang kuat, Metafizikal yang mantap perlu dilalui setiap 3 bulan. Inilah yang dilalui oleh pasukan Jepun, China, USA dan Germany. Mereka mengikut latihan "gila babi ala Legion/Komando" untuk memastikan ketahanan Jiwa Raga dan meletakkan Nyawa mereka kepada Sukan yang dipakari. Mereka jadi Pakar Sukan dan Ahli Sukan Yang Berfikir "Thinking Sportman" bukan sebab dapat 1 juta sebagai ganjaran atau beberapa sen pun.
MSN kena ubah pedagogi dan modus operandi "HANRUH SUKAN".
Emas Olimpik 2016 bukan BURUAN, tapi EMAS OLIMPIK 2016 ialah KEPASTIAN!
No comments:
Post a Comment