Sejak tiupan angin Monsun Barat Daya yang tidak stabil di Sabah, rupanya ramai kalangan Pribumi yang meragui makna Allah yang sifatnya Maha Penakluk dan Maha Agung. Misalnya seorang penjual mutiara bernama Mustafa sanggup memaklumi akhbar bahawa selama 2 tahun, dia mencurigai kuasa Allah dan mencabar Allah. Kini diberitakan dia telah taubat nasuha.
Pak Sedaro fikir kisahnya ini yang mungkin terpencil kepada sebilangan ummah Melayu, merupakan manifestasi khilaf dan tidak bijaksana para da'i menjalankan Amanah di pelusuk rantau dan sudut Jajahan Melayu. Transkrip Khutbah Jumaat tidak memberi impak berkesan kepada penganut, mungkin.
Soalan kedua, mengapakah akhbar tabloid menjadikan ini sebagai Modal Cerita Utama, seolah-olah menggambarkan betapa liberalis pemikiran penulisan dan rakyatnya? Andai mengikut hukum karma ke atas umat-umat terawal daripada umat Nabi Muhammad, kumpulan manusia seperti Mustafa di Sabah ini sudah lama menerima hukuman tunai atas muka bumi.
Soalan ketiga,suntingan atau editan Ketua Pengarang Akhbar Tabloid seharusnya lebih berintegriti dalam meneropong sensasi isu kerana artikel seperti Cabar Allah, Cerca Allah, Di Mana Allah dan sewaktunya ialah lambang penulisan berfahaman Komunis, Freemasonary dan Syiah?
Penulisan begini mempelawa Aura Negatif dalam ekosistem insani. Dulu, Pak Sedaro menulis perihal Gelombang Beta, Alpha, Delta dan Tetha, juga sedikit tentang NLP. Sesungguhnya alam buana ini secara fiziknya berada dalam gelombang Beta. Pusat Kawalan minda dan minda alam semesta berada dalam gelombang Alpha. Begitu banyak penulisan seperti tersebut, juga gambar mati di bunuh, maklumat kemalangan, pengeboman sana-sini,...akhirnya menjemput melaut Gelombang Beta Bercas Negatif. Hingga akan sampai, seorang Islam melupakan Solat kerana dalam solat Muslim itu sudah berada dalam maqam Alpha.
Dek demikianlah, ramai yang mencintai dan merindui Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kerana pada mereka di sana lebih tenang. Mana tak tenang, kerana 2 tanah haram itu penuh dengan Gelombang Delta dan Tetha, yang tidak putus-putus dan dikelilingi malaikat-malaikat rahmat bertingkat bersusun hingga ke Pintu Langit Ke Tujuh. Inilah perasaan dalaman sebenar kepada penziarah dan umat Islam yang dijemput Allah ke Tanah-tanah Haram ini.
Sukalah Pak Sedaro posan, kalau nak rasa nikmat Gelombang Delta peringkat asas, dijemput ziarah Masjid Kampung Ulu, Melaka. InsyaAllah kalian akan merasai nikmatnya, walaupun tidak sekuat Gelombang di Masjidil Haram dan Nabawi. Inilah makna ikhlas, taat setia, kasih sayang yang disumbang oleh pembinanya selepas peristiwa Melaka dikuburkan oleh Portugis pada 24 Ogos 1511.
Kuasa Minda, Law of Attraction, Law of Amanah, Law of Siddiq, Law of Tabligh and Law of Fatanah masih belum dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pengamal dan ilmuan NLP di Malaysia, khasnya Pengamal NLP Melayu-Islam. Kali ini kerana disebut betul-betul, Melayu-Islam kerana sudah ramai Melayu-Tidak Islam. Ramai sudah Melayu tidak Solat, menjadi mubaligh Kristian seperti Melayu di Singapura, dan banyak lagi yang boleh menafikan Melayunya dalam daftar 160(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957.
Masanya sudah tiba untuk semua pengamal media cetak, media elektronik, media komersil awam diberikan Kuliah Law of Integrity oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah CASIS, UTM, Dato' Sheikh Haji Murtadza Sheikh Ahmad, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz.
No comments:
Post a Comment