1 Malaysia Development Berhad ke mana haluan selepas PRU-13? 1 MDB buat sedekah Dana Belia 1 MDB dan DanaPIBG (yang lain Pak Sedaro tak tertarik nak kupas).
Oleh kerana teman pembaca PM mungkin di kalangan teknokrat yang tajam fikiran, usahawan berjaya yang faham makna BerZakat, dan Lembaga-Lembaga Pengarah GLC, MNC, PLC, Sdn. Bhd. dan Enterprise yang akur dengan disiplin ilmu 153, mungkin dalam aliran ini 1 MDB kena mula berfikir apa selepas PRU-13?
Sukalah hendak disunting, manalah tahu andai terendam fikiran kecil mereka, bahawa 1 MDB kena laksana:
1. Pembinaan Tahfiz Sains di setiap Negeri-Negeri Beraja sahaja, dengan Dana daripada Cukai-cukai lebihan KDNK. Tahfiz Sains ini bermula dari peringkat Rendah dan Menengah.
2. Mewujudkan Dana Wakaf Kebangsaan untuk Kebajikan semua rumah anak-anak yatim yang tertubuh secara individu mahu pun berdaftar. Maknanya, untuk mengurangkan kekerapan "pengemis kecil" yang hari ini dilihat oleh penganut bukan Islam sebagai "wabak" sosial masyarakat Islam.
3. Dana Tani 1 MDB untuk mengurangkan dan menyindir tidak cekapnya AgroBank Berhad dalam urusan peminjaman Dana 3M dan sebagainya. Dana Tani 1 MDB ini perlu pada dijana pada nilai RM500 juta dan sasarannya membina 5000 usahawan Tani bertaraf antarabangsa dalam masa 3 tahun. Belajar dengan CIDA yang mewujudkan Mobile Resource Center sebagai fasilitator keusahawanan kepada usahawan secara direct.
4. Dana Masjid/Surau 1 MDB kepada institusi masjid yang boleh berdaya saing.
5. Dana Koperasi 1 MDB kepada koperasi-koperasi yang berdaya saing dan memenuhi sasaran penubuhan.
6. Pembinaan Perpustakaan Moden 1 MDB di lokasi khas, seperti Singapura, Jepun dan Sweden.
Jadilah tu, sebagai Modal Kerja bicara 1 MDB selepas PRU-13!
1MDB satu syarikat yang di tubohkan oleh Najib yang perjalannya penoh dengan mystry dan scandal.
ReplyDeleteModal awalnya 5 billion ringgit habis digunakan dalam masa stahun dan boleh dikatakan semua wang itu telap hilang dalam kerugian.
1.7 billion di gunakan untok membeli tiga syarikat dari keluarga Taib Mahmud dan 2 billion di gunakan untok membeli derivitive product.
Najib memberi lagi 2 billion dan wang di ambil dari KWAP semua nya habis di gunakan untok membeli lombong arang batu di Monolia dan Indonesia.
1MDB meminjam lagi 8.5 billion untok membeli power plant dari Ananda.Ananda memberi kapada Rosmah atas nama Yayasan 1MDB sabanyak 650 juta dan wang ini lah digunakan untok memberi bantuan yang Tuan nyatakan.
Diharap Tuan dapat selidek lebeh mendalam sama ada apa ang nyatakan ini benar.Jika BN kalah dalam GE 13 ,susah bagi Najib dan Rosmah untok menjawab apa yanbterjadi dalam 1MDB