Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, August 5, 2012

Batu pun menangis...

Ado sorang sahabat den, tiap kali dalam speech dio selalu di zikir eh ayat..."Jangan malu untuk menangis kerana dalam Quran ada sebut batu pun menangis". Walaupun selalu tedotik dalam hati den melihat aksi 'drama queen' sahabat den tu, sobab tak ponah pulak den dongar dio nyobut surah yang mano satu dalam Quran yang cerito pasal batu menangih...tapi den pasrah yolah. Sajo den nak refresh supayo kito tak lupo kisah batu menangis ni.

KISAH 1

Suatu hari, Nabi SAW berkunjung ke rumah puterinya Siti Fatimah binti Muhammad. Siti Fatimah adalah isteri kepada Saidina Ali yang juga merupakan ibu kepada dua orang cucunda Rasulullah SAW yang sangat disayangi oleh baginda iaitu Hassan dan Hussin. Siti Fatimah mengadu kepada Nabi SAW akan kelemahan dirinya dan keletihan dalam menjalankan tugas sebagai seorang isteri.

Setelah puteri baginda mengadu akan keletihannya, maka Nabi SAW menyatakan, "Baiklah Fatimah, nanti ayah akan tolong kamu." Maka Nabi SAW masuk ke dapur dan mengisar biji gandum untuk dijadikan tepung. Setelah lengkap satu pusingan, tidak semena-mena batu pengisar itu berpusing dengan sendiri sambil menangis.

Maka Nabi SAW pun berbicara dengan batu tersebut, "Wahai batu, kenapa kamu menangis?" (Fatimah mendengar perbualan Nabi SAW dengan batu itu).

Kata batu tersebut, "Demi Allah yang mengutuskan engkau wahai Nabi, sesungguhnya aku pernah mendengar ayat Al-Quran yang diturunkan kepadamu yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu..." (Surah Tahrim: 6).

"Aku takut, batu yang Allah maksudkan dalam ayat itu termasuk diriku ini. Wahai Nabi Allah, berdoalah kepada Allah agar aku terlepas dari azab api neraka."

Maka Nabi pun berdoa dan menyatakan kepada batu tersebut bahawa batu yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat tersebut ialah batu yang dijadikan sembahan yakni berhala.

KISAH 2

Dalam beberapa riwayat disebutkan bahawa salah seorang nabi, ketika melewati jalan, telah melihat sebiji batu kecil yang mengeluarkan air yang banyak. Nabi itu hairan dan memohon kepada Allah SWT untuk berbicara dengan batu tersebut. Nabi itu bertanya, "Dengan ukuran mu yang kecil ini, bagaimana boleh keluar air yang melimpah darimu?"

Batu itu menjawab, "(Aliran air yang melimpah ini)...disebabkan rasa takutku pada Allah. Sebab aku mendengar Allah berfirman, api neraka yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu. Kerana itu, aku takut akan termasuk di antara batu-batu (neraka) itu."

Kemudian Nabi itu memohon pada Allah SWT agar tidak menjadikan batu kecil itu sebagai bahan bakar neraka. Allah mengabulkan permintaan Nabi itu dan memberikan pahala kepada batu tersebut.

KISAH 3

Pengalaman seorang sahabat Nabi SAW iaitu Uqa'il bin Abi Thalib ketika bersama Nabi SAW; beliau berasa haus, dan setelah mencari air di mana jua pun tetap tidak ditemui. Maka Baginda SAW berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergi mendaki gunung tersebut dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Baginda SAW. Namun sebelum Uqa'il selesai berkata, gunung tersebut telah berkata dengan fasihnya;

"Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa sejak Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud; 'Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu.' Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu, maka tidak ada lagi air padaku."



Kok batu yang takdo otak dan akal tu pun bulih nangih sobab memikirkan azab neraka Allah SWT yang Maha Agong, takkanlah kito manusia yang dibokalkan akal fikiran dan perasaan ni lobih toruk daripado batu? Wallahualam.

2 comments:

  1. Terima kasih PM..1st time aku dengar ada riwayat kata batu pun nangis..jahilnya aku..terima kasih kerana kongsi cerita ni..

    Sama lah kita berdoa supaya kita pun xjadi bahan bakar dineraka kelak..amin

    ReplyDelete
  2. Salam kasih sdro den Paneh Miang. Osah tosonuh hati sey. Timo kasih. JazakaAllah.

    Maghilah kito bykkan buek kebajikan dlm hidup kito ni.

    Ghontikanlah kutuk mengutuk hino menghino sesamo kito dek bezo pandang politik. Apotah lagi pitnah mempitnah, kapir mengkapir & saling mengharamjadahkan.

    Namopun politik harus berbezo pandangan. Takkan jumpo nang samo pondapek do. Sesamo sendiri dlm satu partI pun lelain idea. Inikan pula lain parti.

    Ikutlah ingatan Nabi: "Bobezo pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat".

    Makno ey, lelain pendapek ni menguntungkan umat sobonar ey. Cumo kito wajib jago adab. Adab bezo pendapek. Dalam baso arab ey "adabul ikhtilaf". Wallahuaklam.

    Pandangan ikhlas dari Cucu Tok Porbo.

    ReplyDelete

Blog Archive