Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, August 17, 2012

Analisa Integriti Politik

Apakah kayu ukur integriti seorang Ahli Politik? Cukupkah sekadar kegiatan di bawah:

1. Bilangan tetamu/pelawat harian ke Pejabat ADUN/Khidmat/Pejabat Rasmi (jika EXCO/MB)?

2. Bilangan mesyuarat rasmi yang dihadiri?@ Mesyuarat tidak rasmi yang gagal hadir?

3. Bilangan Perjumpaan Rasmi dan Sosial yang dihadiri?@ yang hanya hantar wakil?

4. Bilangan buah kampung dan taman dalam kawasan yang telah dilawati?

5. Jumlah peruntukan yang berjaya diagih dan dilunaskan kepada kepentingan, keperluan dan kehendak kawasan?

6. Jumlah peruntukan Persekutuan yang berjaya diagih dan dilunas kepada keperluan hakiki kawasan?

7. Jumlah duit politik "Dana Sumber Politik" yang berjaya dikutip daripada Usahawan, kemudiannya diselewengkan?

8. Jumlah duit peruntukan Kerajaan yang dikemutkan untuk tembolok sendiri dan suku-sakat politiking kufur sendiri?

9. Jumlah kumpulan Kongsi Gelap/Samseng yang menjadi "God Father/Guardian" kepada aktiviti politik?

10. Jumlah pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang menjadi rakan dan sahabat yang bercita-cita memajukan tanahair?

11. Jumlah pegawai-pegawai Kerajaan yang bersekongkol untuk menjahanamkan peruntukan Kerajaan, memanipulasi kuasa, menyeleweng kedudukan dan menggelap amanah rakyat?

12. Bilangan projek-projek "Gajah Putih" yang berjaya diselesaikan?

13. Bilangan/Jumlah pembuatan keputusan tidak bijaksana, sehingga mengorbankan Dasar-Dasar Utama seperti P.3, P.152, dan P.153?

14. Jumlah keputusan untuk korbankan seorang manusia seperti Anwar Ibrahim (hukuman palang) untuk terus mengkecamuk kesantunan Negara, berbanding dengan nilai AMAN dan DAMAI dan kehormatan Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

15. Pertimbangan program bahawa pemuda di kohort 20-40 tahun (merujuk kepada kekuatan populasi NSDK seramai 456,000) tidak penting kerana mereka ikut-ikut, bila tiba masa mengundi PASTI undi BN?@perincian yang Maha Lemah kerana hingga tarikh ini 30 Julai 2012 tiada kajian spesifik yang dilancarkan oleh mana-mana NGO atau Jabatan berkenaan Integriti Politik Generasi X-Y. Apa ke jadahnya Institut Integriti Malaysia, jika Kerajaan Negeri/Persekutuan begitu lemah tidak melihat kepentingan ini?

16. Kepincangan Wakil Rakyat dalam menganalisa keputusan/pemikiran kerana pengaruh pemikir dan petualang kiri-kanan yang tidak JUJUR? Apakah ini satu hipotesis yang benar...

17. Jurang ekonomi, sosial dan pendidikan masih menjadi rasional perbezaan utama antara ras di Malaysia?

Banyak lagi yang menjadi persoalan dalam kajian Analisa Integriti Politik, yang masih tiada jawapannya. Kedaifan Kerajaan BN ialah takut jika keputusan analisis ini seperti keputusan Kajian Integriti Politik di Kepala Batas, Pulau Pinang tahun 2006, yang menunjukkan kawasan Perdana Menteri pun ketika itu, tidak faham makna Integriti Politik dan Negara. Begitu sekali digebangkan soal Integriti dalam Pokok 1 Malaysia, tertegak IIM di Jalan Duta (katanya), namun kegiatan HANRUH INDOKTRINASI INTEGRITI dianggap tidak penting.

Pak Sedaro suko berposan kepada YAB PM, YAB TPM dan YAB MB-MB, "jangan posan mato yang rabun seluang". Perbahasan Integriti dalam Gagasan 1 Malaysia anda masih dangkal, daif dan naif. Di manakah peranan Presiden Institut Integriti Malaysia dan Ketua Pengarah Biro Tatanegara meletakkan maqam Integriti pada haknya?

Integriti Negara bersatu pada 1 April 1946, diuji secara paksa pada 13 Mei 1969. Kembali mengalami tragedi pada 1998. Secara tersembunyi Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 (semuanya KOTOR JIJIK) ialah gelombang Min Chong Yuen Thong mencabar Integriti Politik dan Integriti Perlembagaan Negara...?

Jawablah pada rakyat dan sejarah apabila amanah yang diAMANAHkan kepada kalian tidak tuntas. 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive