Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, August 22, 2012

PAS KORUP!!

Parti ini diluluskan pendaftaran oleh Kerajaan British pada tarikh ditubuhkan 16 September 1951. Pas dijayakan sebagai organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 di Pulau Pinang. Pas tertubuh sebagai sebuah parti politik Melayu bertujuan memecah-belah (divide and rule) Kesatuan Melayu yang buat pertama kali dalam sejarah disatukan pada 11 Mei 1946 di Istana Bukit Serene dengan restu pembesar Melayu dan Raja-Raja Melayu. Penjajah Inggeris sebelum ini mengharamkan Hisbul Muslimin, namun memberi izin kewujudan Pas yang sengaja dijadikan "keldai" pilihan Inggeris Freemasonary untuk mencacatkan kesopanan dan kesantunan Keluarga Bangsa Melayu sebelum kelahiran Sijil Lahir Persekutuan pada 31 Ogos 1957.

Penghasilan simbol/lambang PAS pada bendera PAS, juga sebuah cerita lucu. Tudung tin biskut Marie digunakan pakai untuk melukis simbol bulat yang dinamakan Bulan Putih dan diconteng dengan cat hijau pada latar belakangnya di depan seorang Inggeris dan anak Hindu (kuda tunggangan PAS untuk mengambil borang daftar dan bantu mendaftarkan pertubuhan itu di Pulau Pinang). Maka, kekal hingga ke sudah lambang parti berupa Bulat ditengah diwarnakan putih dan hijau sebagai warna latar/asas. PAS menyamakan maksud ini iaitu Putih dan Hijau ialah warna kegemaran Nabi s.a.w., oleh yang demikian penubuhan PAS di restui oleh Perkumpulan Siasah Islamiah Antarabangsa dan para ulama' muktabar dunia. Begitulah mudahnya, teknik pemesongan pemikiran orientalis yang dianuti oleh PAS, hanya untuk ketamakan KUASA, maka, sanggup ia mencemar dan mencetus "berantakan perpaduan dan kesatuan Melayu". Secara tersiratnya inilah, punca pergolakan politik Melayu pertama atau boleh dinamakan Dilema Integriti Politik Sulung Melayu bermula dari detik PAS ditubuhkan, hingga memisahkan aliran fahaman Agama Ubudiyah dengan Rububiyyah. PAS menghalalkan stigma "Sekular" ciptaan Freemasonary.

Dalam Perlembagaan Pas, di sebut pada Fasal 4, iaitu Seruan PAS ialah "Allahu Akbar". Jadi, sebab mengapa ahli Pas atau pun dalam sidang Pas mereka akan berteriak atau bertempik, kalimah muktabar ini secara "lantak aku lah, suka hati mak ayah aku". Sedangkan kalimah Allah Hu Akbar ialah kalimah dzikir yang perlu dilafaz dengan penuh beradab. Kaedah mereka ialah sesuka hati, seolah-olah kalimah ini boleh dijadikan bahan sorakan "sesedap nak pakai" oleh sesiapa sahaja baik Kafir Harbi atau Zimmi pun boleh laungkan.

Pesanan Allah dalam Surah Mariam ayat 3 dan Luqman ayat 19 menjelaskan perihal, kalimah dzikir tidak boleh sewenang-wenang diguna pakai dan dijadikan bahan jajaan. Riwayat Muslim juga menyatakan bahawa Nabi saw pernah bersabda "Wahai manusia, tahanlah (rendahkan suaramu ketika menyeru Tuhanmu) untuk dirimu (yang kamu sendiri sahaja dapat mendengar)..."

Satu lagi fatwa korup Pas untuk seleweng akidah ummat di Malaysia ialah bab membolehkan demonstrasi. Fatwa halal demonstrasi oleh Pas diambil daripada fatwa Abdul Rahman Khaliq, pengasas Yayasan Ehya Al-Turos, seorang Mesir yang pernah belajar di Universiti Madinah dan telah dihalau dari Madinah kerana beberapa salah laku dan sikapnya yang kontroversi dengan ajaran Islam khasnya Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Abdul Rahman Khaliq ialah orang yang mengeluarkan fatwa boleh berdemonstrasi, dengan berdalilkan kepada perintah bersolat jemaah, solat Jumaat dan perhimpunan di Arafah (sebagai sandaran hujah dhoif bahawa Islam menghalal demonstrasi). Inilah hujah agung Pas, yang nyata terpesong daripada milikan ilmu Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Pas sudah makin korup dan bankrap, bila secara nyata hari ini menjadikan diva-diva artis sebagai Agen Perang Saraf Politik mereka. Artis yang dikatakan sudah bertaubat dan mengenal Islam melalui kacamata Pas telah diselewengkan kefahaman dengan melacur mereka atas lantai Pinkie Pas dan sekutu-sekutunya secara berleluasa dan besar-besaran. Tahniah dan Syabas Pas kerana pertubuhan Pas telah berjaya menghalalkan Gerakan Terancang Freemasonary dan Komunis melalui kulit keturunan Sawo Matang atau Malay Polenesia.

Pas juga berjaya menelanjangkan beberapa orang bekas Pegawai Kanan ATM dan PDRM, dan mereka dijadikan keldai pilihan untuk menjaja politik miskin Syiah, Wahabi dan Khawarij Pas.

Secara rohnya Pas hanyalah sebuah parti Melayu yang mendokong fakulti assobiyah berteraskan Kitab Syiah Shah Iran. Gerakan Pas hari ini bukan melihat kepada perpaduan, tetapi kuasa untuk membuktikan bahawa Pas mampu meruntuhkan sebuah empayar Islam Melayu Moden; walaupun yang terkorban nanti ialah Abang Kandung dan keturunan mereka sendiri. Ternyata begitu ramai, ahli guru-guru agama di Malaysia yang lebih mendalami resepi dan makna Merdeka, dengan beraninya isytihar bahawa DAP ialah parti yang diharamkan dipilih oleh rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat. Maka DAP bukan pilihan kita!

Kerjasama Pas dengan DAP, dek kerana Pas tidak mahu berasaskan prinsip yang nyata dan muktabar ulama' Malaysia melihat kerjasama Pas bersama DAP dan PkR ialah Pakatan Haram untuk DIUNDI dan DIPILIH rakyat kerana rakan kongsi Pas iaitu DAP menolak terang-terang Perkara 3 iaitu Agama Islam Agama Bagi Persekutuan.

Paneh Miang sebagai pasukan blogger Bangsa dan Tanahair ini berdoa agar hidayah Allah turun lebih awal kepada sekalin makhluk Melayu untuk insaf dan sedar dalam-dalam, bahawa Korupsi Siasah yang berlaku semakin nyata dan tunai. Walaupun ramai anak Melayu tidak bersetuju dengan UMNO/BN, namun gerakan yang perlu kalian laksanakan ialah BUAT TEGURAN DAN DESAKAN terang-terang kepada semua Ketua Bahagian UMNO dan Jawatankuasa UMNO Bahagian supaya selesaikan segala hutang JANJI DI TEPATI.

Kini 6 prinsip kena dipakai, iaitu CEPAT, TEPAT, INTEGRITI, PRODUKTIF, KREATIF DAN INOVASI. Apalagi hayunlah....!

6 comments:

  1. kalau bab demo tu zaman nabi pn ad kisah..dimana pemuda yg dianaiya jiran..dia tak tahan lalu bertanya, maka dijawab, letakkanlah halangan didepan rumah utk bg org ramai tgk, bila org lalu, org bertanya "mengapa" lalu dia khabar kn dianaiya...maka org ramai pun menyumpah seranah dan doa utk jiran dia yg zalim td..

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap amba lambang pas zaman org puteh dulu ialah bulan bintang. Ia ditukar kpd bulan bulat zaman pemerintahan ORG MELAYU CAMPUR.

    ReplyDelete
  3. Satu2nya parti yg boleh dibawa berunding ialah parti umporno, parti yg lain yg bawa wadah islam terus diketepikan. Itulah sebabnya parti perikatan demi menyanjungi pendatang dari tanah besar, lambang tongkang digunakan. Warna pulak warna biru gelap sengkek. Setelah datang zaman mamakanda mahakutty, lambang tongkang diganti dgn lambang daching timbang ikut suka dari peniaga pendatang dulu.Puak british sgt suka pd puak ini sbb puak bangsawan ni ikut cara hidup mereka.

    ReplyDelete
  4. Terbaik!!! Beginilah hebat & bernasnya analisis politik cybertrooper uMNO. Masing2 berlumba2 mmpamir kebangangan diri demi perhatian bos politik kroni. Apa yg penting? MASYUUUUKK!!

    ReplyDelete
  5. setahu lah umno dan freemason itu adik beradik.

    ReplyDelete
  6. owh camtu ke...?????
    dapat sumber dari mana nie...????
    nak tahu jgk...
    and bila lak rosmah nak tutup aurat....
    dah lama nak tanya nie...????

    ReplyDelete

Blog Archive